Korean Fried Squash
1 biji Squash - potong sederhana nipis
Tepung gandum - secukupnya
Telur - secukupnya
Minyak - untuk menggoreng
Kertas tisu - untuk menggeringkan squash
Cara membuatnya :
Squash yang telah dipotong di rendam dengan garam secukupnya
Biarkan selama 10 minit
Sediakan tepung gandum di dalam mangkuk
Telur di pecahkan dan di kocak dalam mangkuk
Panaskan minyak dalam kuali
Minyak masak mestilah separuh terendam Squash tadi
Keringkan squash dengan kertas tisu
Celup dalam tepung gandum. Pastikan semua bahagian squash terkena dengan tepung gandum
Kemudian, celup pula dengan telur. Pastikan kedua-dua belah squash yang dicelup dengan tepung gandum tadi dicelup sepenuhnya dengan telur
Goreng dalam kuali yang telah dipanaskan tadi
Goreng hingga garing dikedua-dua belah permukaan
Ulang langkah sehingga kesemua squash tadi habis
Enak di makan panas-panas
Inilah dia squash yang aku cakap tu ... beli kat Giant Tampoi ... walaupun tak berapa nak sahih ... rasanya memang inilah dia buahnya ... hehe ... kalau salah maafkan saya yerr ... anggap ler ini versi malaysia punya ... hehe
0 comments:
Post a Comment