Arang And The Magistrate
Episod 14
Sinopsis oleh : aznanie
Sambungan Episod 13 ...
Gim Eun Oh menarik tangan Arang meninggalkan Ju Wal. Gim Eun Oh memandang Arang setelah mereka sampai di hadapan bilik Arang. Kemudian, dia pergi dari situ. Arang dapat merasakan bertapa kecewanya Gim Eun Oh dengan penolakannya. Ju Wal terpaksa beredar dari situ setelah diperlakukan sedemikian rupa.
Arang bertemu dengan Gim Eun Oh. Dia menenangkan Gim Eun Oh. Dia berjanji dia tidak akan membuat Gim Eun Oh lebih tertekan. Gim Eun Oh memujuk Arang supaya menerima dirinya tetapi Arang tidak mahu. Dia mengingatkan Gim Eun Oh yang dirinya akan pergi bila tiba masanya. Dia tidak mahu Gim Eun Oh menderita setelah dirinya tiada nanti.
Arang berlalu dari situ. Gim Eun Oh mengejarnya dan memeluknya dari belakang. Gim Eun Oh berkata dia akan lakukan apa sahaja yang di mahukanya. Sekiranya dia mahu memeluk atau memegang atau berkata sesuatu, dia akan melakukannya. Apa yang akan berlaku kemudian, akan difikirkan nanti. Arang melepaskan tangan Gim Eun Oh dari pelukannya. Dia berlalu meninggalkan Gim Eun Oh yang mengerti dengan perlakukannya. Arang berpendapat sekiranya Gim Eun Oh terusan dengan keinginannya itu, pasti Gim OEun Oh akan lebih menderita nanti selepas kehilangannya.
Arang pergi ke rumah Ju Wal. Dia melihat keadaan di hadapan rumah Lord Choe itu. Tiba-tiba Ju Wal keluar dari rumahnya. Dia terkejut melihat Arang berdiri di hadapan rumahnya. Dia bertanya kenapa Arang berada di situ.
Ju Wal mengajak Arang ke suatu tempat. Arang meminta maaf mengenai kejadian semalam. Ju Wal memandang Arang dan berkata yang dia mahu Arang memberikan hatinya kepadanya. Arang terkejut dengan kata-kata Ju Wal itu. Dia berkata yang dia berpura-pura tidak mendengarnya dan berlalu dari situ. Ju Wal berkata adakah Arang menolak dirinya disebabkan dia pernah menjadi tunangan Lee Seo Rim. Ju Wal memberitahu Arang yang dia tidak pernah memberikan hatinya pada Lee Seo Rim. Hatinya tidak pernah di isi oleh mana-mana gadis sebelum ini. Hanya Arang yang berjaya menambat hatinya. Arang terdiam dan hanya memandang Ju Wal tanpa kata.
Bang Ool mencari buku peninggalan nenek moyang. Dia tidak ingat di mana dia meletakkan buku itu. Tetapi dia pasti, buku itu ada di dalam rumah itu. Sedang dia mencari, Dol Soe datang dan memberinya daging untuk dimakan bersama kimchi buatannya. Bang Ool memarahinya kerana menyebabkan Arang putus asa dan hilang semangat. Dol Soe menyesali perbuatannya. Dia hanya bimbangkan tuannya. Apabila Arang pergi ke dunia selepas kematian, tuannya akan keseorangan dan tentunya dalam kesedihan. Bang Ool terkejut mendengarkan kata-kata Dol Soe itu. Dia tidak tahu yang Arang akan kembali ke dunia kematian.
Arang bertemu dengan Bang Ool. Dia meminta Bang Ool agar segera mencari maklumat mengenai tempayan itu. Barulah Bang Ool mengerti kenapa Magistrate Gim Eun Oh berkata yang dia tidak mempunyai masa yang banyak untuk menunggu. Bang Ool tahu ada sesuatu yang terjadi antara Arang dengan Magsitrate itu. Dia tahu Arang tidak dapat menerima Magistrate kerana takut Magistrate Gim Eun Oh akan kesedihan apabila kehilangan dia. Sepatutnya Arang tinggalkan Gim Eun Oh dengan sesuatu kenangan untuk dikenang. Kesedihan dan kegembiran memang sudah sebati dengan manusia. Kata-kata Bang Ool itu begitu meninggalkan kesan di hati Arang.
Kehilangan satu tempayan miliknya membuatkan Lady amat marah. Dia bertanya kepada Ju Wal siapakah yang berani masuk ke dalam kuilnya dan mengambil barang kepunyaannya. Ju Wal tidak mengetahuinya tetapi sejenak dia teringat tentang Arang yang ditemui di hadapan rumahnya. Dia yakin itu adalah perbuatan Magistrate Gim Eun Oh. Hanya Magistrate yang mempunyai keberanian begitu. Lady tidak percaya dengan kata-kata Ju Wal tetapi Ju Wal meyakinkan Lady yang Magistrate ada berjumpa dengan Lord Choe dan bertanyakan tentang mentera yang dijumpai di lubang tulang itu sama dengan mentera di rumah mereka. Lady amat marah dan memanggil Lord Choe berjumpanya.
Lord Choe memberitahu yang dia tahu siapakah Arang yang sebenarnya. Dia juga tahu yang Arang memiliki tubuh yang kekal abadi. Lady terkejut dengan kata-kata Lord Choe itu. Dia tidak menyangka yang Lord Choe tahu apa yang dia rancangkan bersama Ju Wal. Lord Choe melahirkan rasa kecewa kerana Lady seakan-akan meminggirkan dirinya dan bertanya apakah yang akan Lady berikan padanya untuk dia memberitahu maklumat mengenai Arang. Lady mulai naik angin dengan Lord Choe yang sungguh berani bermain tarik tali dengannya.
Lady menyuruh roh jahat miliknya pergi mencari tempayan itu ke rumah Magistrate. Dia berpesan supaya mereka mencari tempayan itu sahaja dan jangan membuat kecoh.
Roh jahat peliharan Lady menyelongkar pejabat Magistrate Gim Eun Oh. Dia memasuki bilik Gim Eun Oh tetapi dia tidak bertemu apa-apa. Gim Eun Oh sedar apa yang berlaku tetapi dia tidak berbuat apa-apa. Dia hanya mendiamkan diri sahaja. Roh jahat itu pergi ke bilik Arang. Mereka melihat Arang sedang tidur. Setelah keluar dari bilik Arang, mereka tahu sesuatu yang Arang memiliki tubuh yang kekal. Mereka bertiga mahu masuk semula ke bilik Arang tetapi terdengar tapak kaki menuju ke situ. Mereka terus menghilangkan diri.
Gim Eun Oh yang merasakan sesuatu bakal terjadi kepada Arang terus bergegas ke bilik Arang. Dia membuka pintu bilik Arang dan terlihat Arang sedang tidur di situ. Dia berasa lega. Dia kemudiannya duduk di luar bilik Arang sehingga tertidur di situ.
Mu Yeong masih teringat kata-kata Mu Yeon. Mu Yeon menyalahkan dirinya atas apa yang berlaku. Jade Emperor dan King Yama melihat keadaan Mu Yeong. Jade Emperor menegur Mu Yeong. King Yama hanya berlalu menunjukkan yang dia masih marah pada Mu Yeong.
Jade Emperor meminta supaya Mu Yeong fokus pada menangkap hantu-hantu yang berkeliaran di dunia dan melupakan apa yang telah berlalu. Mu Yeong bertanya sekiranya mereka gagal menghapuskan Mu Yeon apa yang bakal terjadi. Jade Emperor berkata yang Mu Yeon akan terus menngambil roh-roh jahat dan menghapuskan roh-roh yang lainnya. Mu Yeon akan mengambil alih tubuh Arang dan akan lebih berkuasa. Ianya bakal memporak perandakan dunia dan heaven sekaligus. Mu Yeong bertanya adakah Jade Emperor begitu percayakan Gim Eun Oh akan berjaya menghapuskan Mu Yeon. Jade Emperor berkata dia percaya Gim Eun Oh dan Mu Yeon hanya percayakan Mu Yeong. Mu Yeong terdiam dan berfikir akan maksud yang tersirat dari kata-kata Jade Emperor.
Arang terkejut apabila mendapati pintu biliknya tidak dapat dibuka. Dia menolak dengan sekuat hatinya. Kebetulan di kala itu, Gim Eun Oh tersedar dari tidurnya. Arang merempuh pintu itu dan Gim Eun Oh tergolek ke lantai dan Arang juga tersungkur di situ. Dia bertanya apa yang dibuat oleh Gim Eun Oh di situ. Gim Eun Oh berkata yang dia mahu berkata yang dia tidak akan menarik balik kata-katanya pada Arang. Dia takut Arang akan melarikan diri darinya jika dia tidak berbuat begitu. Arang terdiam dan terharu melihat kesungguhan Gim Eun Oh itu.
Arang memberitahu Gim Eun Oh yang hantu-hantu yang mereka panggil untuk menjadi pengintip mereka hilang. Mungkin mereka sudah di tawan dan di masukkan ke dalam tempayan itu. Gim Eun Oh berpendapat yang orang yang bertanggungjawab memagar kawasan itu bukanlah mahu menangkap roh atau hantu semata-mata. Arang menidakkan yang Lord Choe mempunyai kuasa ghaib yang sebegitu. Gim Eun Oh berkata bukan Lord Choe sahaja yang tinggal di rumah itu. Arang menafikan yang Ju Wal juga memiliki kuasa yang sebegitu. Jika Ju Wal memiliki kuasa itu sudah tentu dia mengetahui identitinya. Gim Eun Oh bersetuju dengan kata-kata Arang itu. Sebab itulah Ju Wal mengekori Arang tanpa mengetahui yang Arang adalah hantu sebenarnya. Arang berkata yang jika Ju Wal, sudah tentu dia tidak meluahkan perasaannya. Gim Eun Oh terkejut dengan kata-kata Arang itu. Arang menenangkannya. Jika dia tidak dapat menerima Gim Eun Oh masakan dia dapat menerima Ju Wal. Gim Eun Oh berasa lega dengan kata-kata Arang itu.
Arang tercari-cari siapa lagi yang berada di rumah Lord Choe yang mempunyai kuasa yang sebegitu. Akhirnya Gim Eun Oh memutuskan untuk mencari maklumat tentang pembantu rumah Lord Choe.
Gim Eun Oh memanggil Lee Bang untuk mengetahui tentang pembantu rumah Lord Choe. Lee Bang memberitahu yang Lord Choe hanya mempunyai 2 orang suruhan lelaki iaitu Geo Deol dan Gim Seo Bang dan 2 pembantu perempuan. Dan kesemua mereka tidak tinggal di situ. Selepas selesai kerja, mereka akan balik ke rumah mereka pada waktu malam.
Kedengaran suara riuh rendah di luar. Rupanya ramai yang datang untuk mengisi jawatan pengawal seperti yang diiklankan. Pegawai-pegawainya memberitahu yang mereka tidak memerlukan sebegitu ramai pengawal jadi mereka mahu menyuruh mereka semua balik. Gim Eun Oh menyuruh pegawainya mengambil kesemua mereka menjadi pengawalnya.
Magistrate mengingatkan semua pengawalnya yang mereka harus patuh pada setiap arahan yang diberikan olehnya. Dia juga berjanji yang mereka semua tidak akan kelaparan selagi mereka berkhidmat untuknya. Dia menyuruh Dol Soe mengajar mereka seni mempertahankan diri supaya dapat berkhidmat dengan lebih baik lagi.
Arang keluar dari pejabat Magistrate. Di luar, pengasuh Lee Seo Rim terlihat Arang. Dia terkejut dan seperti tidak percaya. Geo Deol membawanya bertemu dengan Lord Choe. Lord Choe meminta pengasuh Lee Seo Rim mengesahkan yang Arang adalah Lee Seo Rim. Pengasuh Lee Seo Rim teragak-agak untuk menjawabnya. Lord Choe mulai mengugut akan keselamatan anak dan cucunya. Pengasuh Lee Seo Rim terpaksa memberitahu yang Arang memang mirip dan serupa dengan Lee Seo Rim. Lord Choe berpuas hati dengan jawapan itu. Dia memanggil Geo Deol supaya menghantar pengasuh Lee Seo Rim pulang. Sebenarnya Lord Choe menyuruh Geo Deol membunuh pengasuh Lee Seo Rim itu.
Lady memberikan Lord Choe mentera yang dapat menyembuhkan penyakit Lord Choe. Sebagai balasannya, Lord Choe harus memberitahu semua maklumat mengenai diri Arang. Lord Choe memberitahu yang Arang adalah Lee Seo Rim, gadis yang pernah menjadi tunangan Ju Wal. Lady terkejut dengan berita itu. Sekarang dia tahu apa yang Arang mahukan dan apa yang dicari oleh Arang.
Ju Wal bertemu dengan Lady. Lady menyuruhnya jangan berbuat apa-apa yang boleh merosakkan rancangannya. Ju Wal kehairanan dengan arahan Lady itu.
Dol Soe sedang melatih pengawal yag baru bila mana Bang Ool datang ke pejabat Magistrate. Dia mahu memberitahu yang dia sudah dapat mencari cara untuk membuka tempayan itu. Dol Soe ternampak kelibat Bang Ool. Dia mahu menunjuk-nunjuk di hadapan Bang Ool. Dia menyuruh pengawal yang baru itu menyerangnya. Sedang dia bersungguh-sungguh berlawan, Bang Ool pergi dari situ. Dol Soe terpinga-pinga mencari kelibat Bang Ool.
Bang Ool, Gim Eun Oh dan Arang bertemu di dalam pejabat Magistrate. Bang Ool memberitahu yang tempayan itu adalah tempat menyimpan roh sebelum di hantar ke dunia selepas kematian. Gim Eun Oh mahu Bang Ool membuka tempayan itu. Setelah membaca mentera, Bang Ool menanggal mentera yang tertampal di penutup tempayan itu. Setelah penutup tempayan itu dibuka, keluarlah roh jahat yang pernah berlawan dengan Gim Eun Oh. Arang dan Gim Eun Oh terkejut melihatnya. Roh jahat itu memandang Arang. Gim Eun Oh menarik Arang ke belakangnya. Roh jahat itu berlawan dengan Gim Eun Oh. Gim Eun Oh menyuruh Arang membawa Bang Ool keluar dari situ. Belum sempat Arang keluar, roh jahat itu menahannya dan meminta Arang menyerahkan tubuh Arang kepadanya. Arang terkejut. Bang Ool bertanya kenapa Arang tidak keluar dari situ. Dia tidak nampak roh jahat itu dan tidak tahu yang roh jahat itu telah menghalang mereka. Roh jahat itu menolak Bang Ool sehingga Bang Ool terjatuh dan pengsan. Dia memaksa Arang memberikan tubuh Arang kepadanya. Arang menjerit tidak mahu dan dikala itu Gim Eun Oh melibas kipasnya ke arah roh itu dan roh itu hilang dari pandangan.
Arang ketakutan dengan kejadian itu. Gim Eun Oh menyambut Arang dari jatuh ke lantai. Dol Soe bergegas ke situ apabila terdengar jeritan. Dia masuk ke dalam bilik itu dan melihat Bang Ool terbaring di lantai. Dia terus memangku Bang Ool.
Lady mengetahui yang satu dari roh miliknya telah mati. Dia tertanya siapakah Magistrate itu yang mampu menghapuskan roh miliknya. Tiba-tiba dia berasa seperti lemah. Roh wanita yang didiaminya itu cuba menolaknya keluar kerana dia tidak dapat roh pada bulan mengambang yang lalu. Dia perlu bersabar sedikit waktu lagi sehingga dia berjaya mendapatkan Arang.
Arang mulai ketakutan. Dia tertanya-tanya kenapa roh jahat itu mahukan tubuhnya. Dia teringat kata-kata demons yang ditemui di dalam gua dahulu. Dia menyatakan yang Arang akan mendapat masalah besar dengan tubuh yang begitu. Apakah yang terjadi padanya. Apakah yang dimaksudkan oleh roh jahat itu yang mahukan tubuhnya. Arang tidak tahu dan kebingungan.
Dol Soe mendesak Gim Eun Oh menceritakan apa sebenarnya yang berlaku di dalam bilik itu sehingga Bang Ool pengsan. Gim Eun Oh menyuruh Dol Soe melihat keadaan Bang Ool dan akan menceritakan semuanya nanti. Dol Soe keluar juga walaupun hatinya masih inginkan penjelasan dari Gim Eun Oh.
Gim Eun Oh bertanya adakah Lord Choe yang berkuasa menjadikan roh jahat itu demons. Dia melihat kipas yang diberi oleh gurunya. Adakah gurunya itu tahu yang dia akan melalui semua itu. Sebab itu gurunya memberikannya senjata yang sebegitu.
Arang masuk bertemu dengan Gim Eun Oh. Gim Eun Oh bertanya apa yang dikatakan oleh roh jahat kepada Arang. Arang tidak mahu Gim Eun Oh tahu apa yang diperkatakan oleh roh jahat itu kepadanya. Arang melihat kipas yang diberikan oleh gurunya. Arang bertanya apa sebenarnya kipas itu.
Gim Eun Oh menceritakan bagaimana dia bertemu dengan gurunya itu. Dia merajuk dengan sikap ibunya yang tidak pernah memperdulikan dirinya. Dia berjalan sejauh mungkin sehingga kepenatan dan tertidur. Apabila terjaga dia mendapati ada seorang sami yang tertidur di sebelahnya. Sami itu bertanya adakah Gim Eun Oh mahu belajar seni mempertahankan diri dan cara berlawan dengan hantu. Dia tinggal lama di gunung itu bersama sami itu.
Sehingga tamat pembelajarannya, gurunya memberikannya kipas itu. Gurunya memberitahunya yang kipas itu berupaya menghapuskan hantu atau roh dan menghantarnya ke tempat yang sepatutnya. Gim Eun Oh bertanya kenapa gurunya mahu pergi meninggalkannya. Gurunya memberitahu yang dia sangat sibuk. Dia mahu bermain baduk dan memberi kambingnya air juga dia menanam buah peach. Dia menyuruh Gim Eun Oh turun dari gunung itu. Gurunya juga memberikannya cucuk sanggul untuk memenangi hati ibunya. Gurunya berpesan suatu hari nanti Gim Eun Oh akan mengingati hubungan antara mereka.
Gim Eun Oh tahu ada sesuatu yang disembunyikan oleh Arang dari pengetahuannya. Dia mendesak Arang memberitahu apa sebenarnya yang terjadi. Dia melihat tangan Arang menggigil. Arang memberitahu yang roh jahat itu mahukan tubuhnya dan syaitan di dalam gua itu pun memberitahunya yang dia akan ditimpa masalah besar jikalau berterusan begitu. Arang tidak tahu apa yang mereka maksudkan dan bertanya kenapa dia di hidupkan dengan keadaan yang sebegitu. Gim Eun Oh tidak tahu apa yang harus dikatakan untuk menenangkan Arang. Dia sendiri terkejut dengan berita itu. Arang mahu bertanyakan tentang itu kepada Mu Yeong. Dia mahu bertemu dengan Mu Yeong.
Lady mencari maklumat tentang Magistrate Gim Eun Oh. Dia tahu yang Magistrate bukanlah sebarangan orang memandangkan Arang bersama dengannya. Maknanya Magistrate itu tahu semuanya tentang Arang. Dia bertanya kepada Lord Choe tentang asal usul Magistrate itu. Lord Choe menceritakan siapakah Gim Eun Oh kepada Lady.
Arang dan Gim Eun Oh masuk ke bilik di mana Bang Ool berada. Mereka bertanya bagaimana mahu bertemu dengan pengambil roh. Bang Ool berkata apabila sudah mati, maka pengambil roh akan datang. Gim Eun Oh berkata dia mahu bertemu dengan pengambil roh sewaktu dia masih hidup lagi. Arang meminta Bang Ool membuat seperti dahulu sewaktu dia memanggil Mu Yeong dahulu. Bang Ool tidak mahu menolong mereka. Arang memanggil-manggil nama Mu Yeong tetapi tidak berhasil. Gim Eun Oh berkata yang mungkin mereka patut menggunakan hantu untuk memanggil Mu Yeong.
Gim Eun Oh mundar mandir di luar biliknya. Tiba-tiba Mu Yeong muncul di belakangnya. Dia bertanya apakah yang Gim Eun Oh mahukan darinya. Gim Eun Oh bertanya apakah sebenarnya Arang itu. Mu Yeong memberitahunya yang Arang memiliki tubuh yang kekal. Roh tahu tentang itu dan sekiranya mereka dapat memiliki tubuh Arang, mereka akan kekal dan tidak akan terhapus buat selamanya. Mu Yeong mahukan Gim Eun Oh melindungi Arang dengan baik. Gim Eun Oh mahukan Mu Yeong menghapuskan semua roh-roh jahat yang ada di dalam gua di rumah Lord Choe.
Gim Eun Oh pergi ke rumah Lord Choe. Dia melihat mentera pada laluan masuk ke kuil itu. Dia memgambil kipasnya dan melibas ke arah mentera itu. Mentera itu hilang setelah terkena kibasan kipas itu. Gim Eun Oh kagum dengan kebolehan kipas itu. Dia mula terfikir siapakah sebenarnya sami yang menjadi gurunya itu.
Gim Eun Oh masuk kedalam pondok disebelah kuil itu. Dia melihat ada tabir yang terpasang di situ. Di dalamnya ada sebuah kusyen tempat duduk. Tetapi tiada sesiapa di situ. Gim Eun Oh keluar dari situ.
Mu Yeong dapat masuk ke dalam kawasan itu setelah Gim Eun Oh menghilangkan mentera di kayu tersebut. Mu Yeong berdiri di hadapan pintu masuk ke kuil itu. Tiba-tiba dia diserang oleh roh jahat milik Lady. Sedang dia bertarung, Gim Eun Oh muncul dan dia berlawan bersama Mu Yeong.
Setelah dapat menewaskan roh jahat itu, mereka masuk ke dalam kuil itu. Gim Eun Oh membuka kipasnya dan mengibaskannya ke arah lantai dan penutup kayu itu terbuka dengan sendirinya. Gim Eun Oh memandang Mu Yeong. Dia memberitahu Mu Yeong yang gurunya telah memberikannya kipas itu. Mu Yeong memberitahunya yang gurunya itu adalah Jade Emperor. Mu Yeong terus berlalu meninggalkan Gim Eun Oh yang terpaku tidak percaya.
Mu Yeong memandang Mu Yeon. Gim Eun Oh yang baru sampai memandang Lady dan tiba-tiba dia seperti mengenali wanita itu. Dia mulai perasan yang wanita itu adalah ibunya. Bersambung ....
Para
pelakon :
Lee
Joon Ki sebagai Magistrate Gim Eun Oh
Sin
Min Ah sebagai Arang / Lee Seo Rim
Yeon
Woo Jin sebagai Joo Wal
Kwon
O Joong sebagai Dol Seo
Hwang
Bo Ra sebagai Bang Ool
Han
Jeong Soo sebagai Mu Yeong
Yoo
Seung Ho sebagai Jade Emperor
Park
Joon Gyoo sebagai King Yama
*
0 comments:
Post a Comment