Friday, November 02, 2012

Sinopsis Cerekarama 'Hero Kampung'

Cite kelaka ... lakonan mantap Zul Yahya, Emelda Rosmila, Liza Abdullah, Wan Maimunah, Munir dan ramai lagi ... kisah seorang pemuda bernama Eddy yang perasan hensem padahal suam-suam kuku jek .. haha ... si Eddy ni minat gile kat seorang awek cun ... nama dia Suhaila ... macam-macam cara dia gunakan untuk mengorat Suhaila tapi tak dilayan ... jadi, jom layan sinopsis cerekarama Hero Kampung ni ...


Sinopsis oleh : aznanie


Eddy hanya bekerja sebagai penoreh getah. Tetapi bercitarasa tinggi. Dia perasan yang dirinya itu kacak. Semua gadis yang di pilih oleh ibu dan kakaknya ditolak mentah-mentah. Kononnya tidak sesuai dengan citarasanya.

Di kampung itu ada seorang gadis yang bernama Me'ah. Me'ah ni minat jugak kat Eddy tapi Eddy anggap dia cam kawan biasa jek sebab Me'ah tak cantik. Pipi Me'ah ada bintik-bintik hitam. Dengan cermin mata yang besar membuatkan penampilan Me'ah tidak menarik langsung dari pandangan mata Eddy. Di tambah dengan basikal yang sering di tunggang Me'ah sarat dengan bunga-bungaan.

Eddy tertarik dengan seorang gadis yang bernama Suhaila. Bermacam-macam cara dia cuba untuk mengurat Suhaila tetapi tidak berjaya. Eddy cuba cara bomoh. Tetapi tidak berhasil. Eddy memujuk Siti untuk membantunya, pun tidak berhasil melembutkan hati Suhaila. Eddy buntu memikirkannya.

Kakak Eddy, Azi mencari calon isteri untuk si Eddy. Mula-mula dia memperkenalkan Cikgu Milah, guru sekolah tadika. Di tolak oleh Eddy dengan alasan Milah tidak sesuai kerana kulit Milah yang agak gelap berbanding dirinya. Kemudian, Azi memperkenalkan Eddy dengan Cikgu Rozi pula. Eddy bersetuju kerana Cikgu Rozi cantik dan gebu. Eddy sudah mula memasang angan-angan untuk berkahwin Cikgu Rozi tetapi malangnya Cikgu Rozi sudah pun berkahwin. Eddy kecewa. Dia berpaling mencari Suhaila semula membuatkan Suhaila semakin rimas.

Eddy berterus-terang dengan Me'ah. Dia tidak mahu Me'ah salah faham dengan hubungan mereka. Dia hanya menganggap Me'ah sebagai kawan sahaja. Tidak lebih dari itu. Eddy yang perasan kacak itu memberitahu yang dirinya menjadi rebutan gadis-gadis di kampung itu. Dia tidak mahu Me'ah berasa cemburu jikalau dia bersama dengan Me'ah kelak. Me'ah menemplak Eddy yang nyata perasan itu. Me'ah berkata semua gadis sukakan Eddy sebab Eddy guna ubat guna-guna pada mereka. Entah-entah dirinya pun sudah terkena ubat guna-guna Eddy. Sebab itu dirinya suka sangat pada Eddy.

Ibu Eddy mulai bosan dengan kerenah Eddy. Dia memberi amaran kepada Eddy jikalau Eddy tidak bernikah sebelum tahun baru ni, mereka tidak mahu menaja majlis perkahwinannya dan dia dilarang tinggal bersama ibu mereka lagi. Eddy binggung memikirkan semua itu.

Akhirnya Eddy menyerahkan semuanya pada ibu dan kakaknya. Mereka berdua berpakat menipu Eddy dengan menyatakan yang dia akan berkahwin dengan Suhaila. Eddy gembira kerana berjaya juga berkahwin dengan Suhaila.

Di hari pernikahannya, Eddy gugup sehingga tidak dapat melafazkan akad nikah dengan lancar. Kakaknya Azi memberi semangat kepadanya. Akibat terlalu gemuruh, Eddy mengikut sahaja kata-kata tuk kadi itu dan tidak perasan yang nama Suhaila sudah bertukar kepada Sumeah.

Sewaktu mahu menyarung cincin, Eddy baru tersedar tentang itu. Ibu dan kakaknya memaksa dia menyarungkan cincin kepada isterinya tetapi Eddy masih mahu. Dia masih mahu mempertikaikan nama Suhaila dengan Sumeah. Ibu Eddy meminta penutup muka pengantin perempuan di buka. Sebaik di buka, Eddy melihat Me'ah duduk di situ. Wajah Me'ah sudah bertukar menjadi cantik. Eddy terkelu melihat kecantikan Me'ah. Ibu dan kakaknya berpura-pura mahu membatalkan perkahwinannya tetapi Eddy dengan rakus mencapai cincin di tangan kakaknya dan mendekati Me'ah dan menyarungkan cincin di tangan isterinya itu. Matanya tidak berkelip merenung Me'ah. Tangannya menggigil sewaktu menyarungkan cincin. Dia tidak percaya yang Me'ah boleh menjadi cantik seperti itu. Dia berasa gembira kerana dapat berkahwin dengan gadis cantik seperti Me'ah. Tamat ...

Para pelakon :
Zul Yahya sebagai Eddy
Emelda Rosmila sebagai Sumeah
Hanez Suraya sebagai Suhaila
Liza Abdullah sebagai Kak Azi
Wan Maimunah sebagai Ibu Eddy

*  Kelaka ada ... nyampah pun ada ... haha ... nyampah tengok orang yang perasan hensem ... umur dan lanjut tapi memilih ... nak yang cantik ... yang gebu ... yang mempunyai pekerjaan yang tinggi ... padahal dia cuma penoreh getah aje ... yang lawaknya jumpa bomoh nak mintak ubat guna-guna nak kenakan Suhaila .. tapi rupa-rupanya tok bomoh tu pun dah 3 kali masuk meminang Suhaila kena reject ... hahaha ... lawak ... lawak ....  

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...