Tuesday, November 20, 2012

Sinopsis Filem 'Datin Ghairah'

Enjoy gak tengok cite ni ... Aaron Aziz pegang 2 watak ... watak perempuan semua pakai baju seksi-seksi ... hehe ... lakonan mantap dari Maria Farida dan Aaron Aziz sebagai teraju utamanya ... Faizal Husin pegang watak penjahat ... menjadi dia kalau bawak watak jahat-jahat ni ... memek muka dia sesuai jadi jahat ... haha .... mengisahkan tentang Datin Ghairieyah yang kematian suami dia Dato Mahfuz ... Dato Mahfuz disahkan hilang di laut setelah bot yang dinaikinya meletup di tengah laut ... sejak tu Sufian mendampingi Datin Ghairieyah ... Sufian hanya mahukan harta dan wang Datin Ghairieyah sahaja ... Datin Ghairieyah mempunyai 2 orang anak perempuan ... Emelia dan Emelda ... macam-macam berlaku dalam keluarga Datin Ghairieyah semenjak kematian Dato Mahfuz ... so .. jom layan filem Datin Ghairah ni ...


Sinopsis oleh : aznanie

Datin Ghairieyah Binti Mat Puas adalah isteri kepada Dato Mahfuz. Dato Mahfuz disahkan meninggal dunia setelah terlibat dalam letupan bot yang dinaikinya. Walaupun begitu mayatnya tidak ditemui. Mereka dikurniakan 2 orang puteri iaitu Emelia dan Emelda.

Semenjak Dato Mahfuz tiada, Sufian mulai rapat dengan Datin Ghairieyah. Sebenarnya Sufian ada agendanya yang tersendiri. Dia mahu mengikis harta dan wang Datin Ghairieyah. Datin Ghairieyah juga tidak pernah menganggap Sufian sebagai teman istimewanya. Padanya tiada siapa dapat mengantikan tempat Dato Mahfuz di hatinya.


Perjalanan syarikat miliknya mulai goyah kerana ada pekerjanya yang bersubahat dengan Sufian. Projek yang diusahakannya tidak menunjukkan tanda-tanda positif. Semuanya tergendala sedangkan wang sudah banyak dileburkan. Datin Ghairieyah tertekan dengan keadaan itu. Dia meminta Kapten Luqman menyiasat punca kejadian itu.

Disebabkan keputusan peperiksaan anak-anaknya teruk, maka Datin Ghairieyah menyuruh PA dia, Mel mengiklankan jawatan tenaga pengajar dengan syarat tenaga pengajar itu mestilah berusia 50 tahun ke atas. Derus telah terbaca iklan itu dan membuat rancangan bersama kawannya, Zamri.

Setiba di bandar Langkawi, Derus dan Zamri terjumpa dengan Datin Ghairieyah yang di dalam bahaya. Sekumpulan samseng mahu mencederakannya setelah menyamun beg yang berisi duit darinya. Pengawal peribadinya, Bob mengejar penyamun itu. Zamri membelasah kesemua samseng-samseng itu.

Setelah keadaan kembali reda, mereka memberitahu Datin Ghairieyah yang mereka orang baru di situ dan mahu mencari alamat rumah seseorang. Mereka menunjukkan iklan jawatan kosong itu kepada Datin Ghairieyah. Datin Ghairieyah sebenarnya terkejut dengan wajah Zamri yang menyamar sebagai Zakaria, pakcik kepada Derus. Wajahnya saling tak tumpah dengan wajah suaminya, Dato Mahfuz.


Sejak Zakaria hadir di rumah itu, Datin Ghairieyah mulai merasakan sesuatu. Dia terpikat pada Zakaria kerana wajahnya yang sama dengan arwah suaminya. Datin Ghairieyah mulai berasa kurang selesa dengan Sufian yang selalu mendesaknya. Sufian mahu Datin Ghairieyah melabur di dalam satu projek. Datin Ghairieyah meminta waktu untuk mempertimbangkannya dan perkara itu membuatkan Sufian berasa marah.

Pertemuan yang tidak disengajakan antara Zamri dengan Emelia di shopping complex membibitkan rasa cinta di hati Emelia. Di waktu itu, Zamri tidak menyamar sebagai Zakaria. Semenjak itu mereka berdua selalu berhubungan.


Sewaktu hari lahir Emelda, Datin Ghairieyah menjemput semua staf-staf di pejabatnya bersama-sama meraikan majlis ulang tahun Emelda. Sewaktu majlis berlangsung, mereka di datangi samseng yang pernah menyamun Datin Ghairieyah dulu. Pengawal peribadi Datin Ghairieyah iaitu Bob telah diserang oleh kumpulan itu tetapi dapat melepaskan diri dari mereka selepas mereka berjaya menculik Datin Ghairieyah. Kapten orang pertama yang perasan kehilangan Datin Ghairieyah. Penculik Datin Ghairieyah menghubungi Kapten supaya menyediakan wang tebusan sekiranya mahu mereka membebaskan Datin Ghairieyah.

Datin Ghairieyah terkejut apabila mendapati Sufian adalah dalang di sebalik semua kejadian yang menimpanya. Dia menyesal kerana tidak mempercayai kata-kata Kapten Luqman yang menyuruhnya berhati-hati dengan Sufian. Kapten Luqman pernah ternampak Sufian bersama dengan Man Toya, penjenayah yang amat dikehendaki oleh pihak polis.


Zamri bersama dengan pihak polis telah menyerbu tempat persembunyian Sufian dan kuncu-kuncunya. Kesemua mereka di tangkap oleh pihak polis. Rupa-rupanya Zamri adalah pegawai polis yang berpangkat DSP Zamri. Dia menyamar untuk masuk ke dalam keluarga Datin Ghairieyah untuk menyelamatkan Datin Ghairieyah dari bersubahat dengan kegiatan penyeludupan dadah dan senjata api.

Datin Ghairieyah sedih kerana Zamri mempermainkan hati dan perasaannya. Sedangkan dia sudah jatuh hati dengan Zamri. Akhirnya Zamri memberitahunya yang selama ini suami Datin Ghairieyah iaitu Dato Mahfuz belum mati. Dia diselamatkan oleh nelayan yang kebetulan berjumpa dengannya. Dato Mahfuz bekerjasama dengan pihak polis sehingga tertangkapnya Sufian dan Man Toya. Datin Ghairieyah meluru ke arah Dato Mahfuz dan memeluknya. Dia amat terkejut dan gembira dengan berita itu. Tamat ....


Para pelakon :
Maria Farida sebagai Datin Ghairieyah
Aaron Aziz sebagai Dato Mahfuz / Zamri
Faizal Husin sebagai Sufian
Yank Kassim sebagai Bob
Hairie Othman sebagai Kapten Luqman
Sheera Iskandar sebagai Emelia
Nadia Yasliza sebagai Emelda
Joey sebagai Derus

* Memula tengok cam menyampah jugak tengok si Maria Farida tu ... gedik jek .. dah suku cerita cam best ... leh layan ... tapi kan ... tu la .. baju pelakon pompuan semuanya pendek-pendek ... cam tak cukup kain ... versi berkemban moden ... huhu ... nampak ketiak .. tak de lengan ... skrit paras lutut ... hmmm ... cam tu ker cara hidup orang kaya ... opppsss ... ni bukan mengutuk tapi pandangan dari orang kampung seperti aku ... maaf jika ada yang terasa dengan statment aku ini ... layanzzz jek la ea ...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...