Malam minggu datang lagi ... setiap malam minggu tengok cerekarama ... kali ni tengok sorang-sorang ... anak-anak dah tidur ... awal diaorang tidur ... penat main siang tadi la tu ... hehe ... kisah malam ni tentang sepasang suami isteri yang dapat menunaikan ibadah haji ... tapi diaorang cam tak teruja nak pegi .. lebih pentingkan urusan perniagaan mereka ... buat kuih ... jual barangan dari katalog ... buat bunga telur ... sibuk bebeno ... sampai dah kena uji dengan ALLAH pun masih tak sedar ... buat lagi ... lagi kemaruk nak gantikan rezeki yang dah hilang ... tak hirau langsung pasal nak menunaikan haji ... sembahyang jemaah kat surau tak ikut ... kursus haji pun tak ikut ... persediaan zahir dan batin untuk menunaikan haji tak de langsung .. suami dia ada jugak terniat nak buat persiapan ke Mekah tapi terpaksa ikut kata isteri dia ... tak reti membantah langsung ... kena queen control gituuu ... layan jek la sinopsis cerekarama Tiada Jalan Ke Sana ...
Sinopsis oleh : aznanie
Raunah dan Roslan sentiasa sibuk menjalankan perniagaan mereka. Mereka menjual bermacam-macam barangan. Menjual kuih, menjual barangan dari katalog, mengambil tempahan bunga telur dan bermacam-macam produk lagi. Kehidupan mereka sentiasa sibuk sehingga membataskan masa bersama anak-anak dan untuk diri sendiri juga.
Suatu hari, mereka mendapat surat dari Tabung Haji yang mengatakan mereka terpilih untuk menunaikan haji pada tahun ini. Tetapi mereka bagai tidak teruja dengan berita itu. Mereka lebih teruja untuk mencari rezeki dan mementingkan pernigaan mereka.
Laila binggung dengan sikap ibu dan ayahnya itu. Pernah Laila menasihati mereka tetapi bagai mencurah ke daun keladi. Tiada perubahan pun. Laila kesal dengan sikap ibunya yang mementingkan harta dunia sedangkan kewajipan kepada ALLAH di abaikan. Ayahnya pula menurut apa sahaja kata ibunya walaupun ayahnya tidak bersetuju dengan tindakan ibunya itu.
Edy pulang bercuti di rumah ibu dan ayahnya. Laila memberitahu Edy mengenai berita yang ibu dan ayahnya layak ke tanah suci Mekah untuk mengerjakan haji. Edy gembira dengan berita itu. Tetapi setelah diberitahu yang ibu dan ayahnya tidak membuat apa-apa persiapan untuk ke sana, Edy jadi bingung. Dia cuba bercakap dengan ayahnya. Saranan ayahnya supaya membelikan mereka cd dan buku panduan cara-cara mengerjakan haji mungkin boleh membantu mereka. Edy bersetuju dengan cadangan itu.
Kesibukan ibunya makin menjadi-jadi, walhal tarikh pemergiannya ke tanah suci semakin tiba. Raunah masih mengambil tempahan membuat bunga telur untuk pengantin sebanyak 5000 batang. Sedangkan lagi tarikh pemergian mereka tidak lama sahaja lagi.
Sewaktu Raunah dan Laila berjalan ke butik pengantin selepas mengeluarkan wang di sebuah bank, tiba-tiba beg tangan Raunah di ragut oleh seorang lelaki. Raunah berusaha mengejar peragut itu tetapi tidak berjaya. Dia yang kecewa dan sedih kerana banyak wangnya di dalam beg itu. Walaupun sudah membuat laporan polis, tetapi peragut itu tidak dapat ditangkap dan duitnya tetap sudah hilang.
Anak-anaknya menyedarkan Raunah dan Roslan tentang musibah yang melanda mereka itu sebagai peringatan dari ALLAH. Tetapi Raunah masih belum terbuka hatinya untuk berubah. Mereka masih bergelut mencari rezeki untuk mengantikan rezeki mereka yang hilang itu. Mereka pergi kursus haji tetapi sekejap sahaja. Belum pun habis kursus haji mereka berdua sudah menghilangkan diri.
Laila dan Edy membuat rancangan untuk menyedarkan ibu dan ayah mereka. Mereka berdua memboikot ibu mereka dengan pertolongan ayah mereka. Mereka melakukan sembahyang berjemaah dan belajar agama bersama-sama. Akhirnya, ibu mereka mengalah dan meminta maaf dari mereka.
Sewaktu hendak menghantar barangan yang ditempah dari pelanggan mereka, van yang dipandu oleh Roslan terlanggar seekor lembu. Raunah koma selama beberapa hari akibat dari kejadian itu. Tarikh yang sepatutnya mereka pergi ke tanah suci sudah berlalu sewaktu Raunah terlantar di hospital. Barulah Raunah berasa menyesal dengan kelakuan dirinya yang tidak mengambil berat akan hal mahu menunaikan haji.
Setelah itu, Raunah dan Roslan mulai berubah. Mereka mulai berjinak-jinak dengan hal-hal keagamaan. Hubungan dengan anak-anak mereka kembali mesra.
Setahun berlalu, Laila dan Fuad selamat di ijab kabulkan. Raunah dan Roslan mendapat peluang lagi untuk mengerjakan ibadah haji. Raunah berjanji kali ini mereka akan menumpukan sepenuh perhatian kepada perkara-perkara yang menjurus ke arah itu. Roslan berseloroh dengannya mengatakan ada tempahan dari pelanggan mereka yang mahukan mereka membuat 10,000 batang bunga telur. Mata Raunah bercahaya mendengarkannya tetapi bertukar kecewa apabila mengetahui yang Roslan hanya melawak dengannya. Masing-masing mentertawakan sikap Raunah itu. Tamat ....
Para pelakon :
Zila Bakarin sebagai Raunah
Roy Azman sebagai Roslan
Shera Ayob sebagai Laila
* Cerita yang penuh dengan pengajaran ... sebanyak mana pun rezeki yang kita perolehi jika tidak mengerjakan apa yang wajib kita lakukan pasti tidak akan cukup ... walaupun sudah terpilih ke Mekah tetapi jika ALLAH tidak mengizinkannya tetap tidak dapat pergi juga ... seseorang itu kena bersedia dari segi mental, fizikal, iman dan kesungguhan untuk mengerjakan rukun islam ke 5 itu .... bukan sekadar mampu dari segi kewangan sahaja .... walaupun cite ni cite serius tetap ada lawak-lawaknya ... 2 orang pembantu Raunah memang kelaka .... dengan sikap yang sentiasa kecoh dan kelam kabut membuatkan rasa nak tergelak tengok telatah diaorang ni .... hehe ... layanzzzz
0 comments:
Post a Comment