Tuesday, October 30, 2012

Sinopsis Korean Drama 'Arang And The Magistrate - Episod 6'


Arang And The Magistrate
Episod 6

Sinopsis oleh : aznanie

Sambungan Episod 5 ...

Gim Eun Oh terkejut apabila mendapati yang cucuk sanggul itu adalah milik ibunya. Dia tertanya-tanya kenapa ianya berada di tempat itu. Adakah ibunya sudah mati di tempat itu iaitu tempat yang sama dengan Lee Seo Rim mati. Sedang dia berfikir, tiba-tiba Dol Soe menjerit memberitahu yang dia terjumpa sesuatu yang aneh di tanah. Dol Soe membawa Gim Eun Oh ke tempat itu. Gim Eun Oh mendapati ada sekeping papan di situ. Gim Eun Oh dan Dol Soe mencuba membuka penutup kayu itu. Mereka tidak perasan ada beberapa keping mentera di setiap penjuru kayu itu.


Setelah berhempas pulas, akhirnya penutup kayu itu terbuka. Gim Eun Oh terlihat sesuatu yang seakan-akan tulang manusia di situ. Dia terjun ke bawah dan memeriksa tempat itu. Dia yakin itu adalah tulang manusia. Dia mengali lagi. Bukan satu tapi banyak tengkorak dan tulang-tulang manusia di situ. Dol Soe yang ketakutan menyuruh Gim Eun Oh keluar dari situ tetapi Gim Eun Oh masih mahu mencari tulang yang lain. Dia mahu mencari kalau-kalau ada barang-barang kepunyaan ibunya di situ.


King Yama melihat Jade Emperor begitu khusyuk bermain baduk. Wajah Jade Emperor tenang dan gembira menandakan segala yang dirancangnya berjalan dengan baik. King Yama menasihatinya supaya tidak terlalu yakin kerana segalanya baru bermula. Jade Emperor mahu Mu Yeong bersiap sedia kerana Mu Yeong bakal melakukan satu tugas yang berat. King Yama mulai gelisah mendengarkan kata-kata Jade Emperor itu.


Dol Soe balik ke pejabat dan memanggil beberapa orang pengawal berserta 3 orang pegawai untuk mengorek tulang-tulang di dalam lubang itu. Lady mulai merasakan sesuatu. Dia menyuruh Ju Wal pergi ke gunung itu dan melihat keadaan di situ. Ju Wal tertanya-tanya kenapa Lady memerintahkannya pergi ke gunung itu. Apabila dia sampai, dia melihat Gim Eun Oh dan orang-orangnya sedang mengeluarkan tulang-tulang dari lubang. Tulang-tulang itu adalah mangsa-mangsa yang dibunuhnya dan rohnya di ambil oleh Lady.


Arang tersedar dari tidurnya. Dia teringat saat-saat dirinya ditikam. Dia masih merasakan kesakitan di saat itu. Tetapi dia tidak merasakan kesakitan lagi. Dia melihat kesan tikaman di dadanya. Dia terkejut melihat tiada kesan tikaman di dadanya. Dia berasa hairan. Dia mengambil berus warna. Di hujung berus itu sedikit tajam. Dia mencucuk batang berus itu ke lengannya. Dia merasakan kesakitan dan darah memancut keluar dari situ tetapi tiada kesan cucukan di situ. Dia kehairanan. Dia menjerit kepada Jade Emperor yang di panggil si tua penipu. Apa tujuannya berbuat begitu kepadanya. Adakah dia manusia atau bukan. Arang berang dengan keadaan dirinya itu.


Mu Yeong datang bertemu dengan Jade Emperor. Jade Emperor mengeluh kerana selama 400 tahun semua roh-roh hilang tanpa dapat dikesan. Semua itu mengundang permasalahan kepada urusan mereka. Jade Emperor mengarahkan Mu Yeong bersedia kerana tidak lama lagi semua itu akan di bongkar. Mu Yeong bertanya bagaimana semua itu boleh terjadi. Jade Emperor hanya tersenyum. Baginya Mu Yeong tidak perlu tahu rancangannya. Yang perlu Mu Yeong harus bersedia melakukan satu tugasan yang akan diberi kepadanya nanti. Mu Yeong berasa hairan tetapi tidak bertanya lanjut.


Mu Yeong meminta kepastian dari Jade Emperor tentang tali yang mengikat Arang sewaktu dia mahu membawa Arang ke Underworld. Adakah Jade Emperor yang membuka tali itu sehingga Arang dapat melarikan diri darinya. Jade Emperor hanya tersenyum dan mengangguk. Fahamlah Mu Yeong yang rancangan Jade Emperor itu ada kena mengena dengan Arang.

Lee Bang memberitahu Gim Eun Oh yang semua barangan dan tulang-tulang itu semuanya sudah di bawa ke situ. Gim Eun Oh mencari barangan ibunya di dalam timbunan barangan yang di ambil dari lubang itu. Tiada satu pun barangan di situ adalah milik ibunya. Gim Eun Oh baru tersedar, sekiranya ibunya sudah mati, pasti roh ibunya datang mencarinya.


Gim Eun Oh terpandang Arang. Dia menarik tangan Arang supaya mengikutnya. Arang meronta untuk melepaskan diri. Dia bertanya kemana Gim Eun Oh mahu membawanya. Gim Eun Oh menunjukkan cucuk sanggul yang pernah di pakai oleh Arang. Dia yakin ibunya juga pernah dibawa ke tempat itu sama seperti Lee Seo Rim. Dia mahu Arang pergi ke situ dan mengingati kembali apa yang berlaku di situ tetapi Arang tidak mahu. Dia berasa takut kerana dia merasakan yang dia pernah mati di situ. Dia tidak mahu melalui perasaan itu lagi. Gim Eun Oh naik berang dengan kata-kata Arang itu. Dia memberitahu yang Arang akan hidup semula walau cedera bagaimana teruk sekalipun. Arang tetap tidak mahu pergi ke sana. Seandainya di situ terdapat bukti siapa yang membunuhnya pun dia tidak akan kesana pada malam itu. Dia akan ke sana apabila dirinya sendiri yang mahukannya. Bukan kerana di paksa oleh Gim Eun Oh. Arang meninggalkan Gim Eun Oh yang kecewa dengan jawapannya itu.


Ju Wal meminta maaf dari Lady kerana gagal mempertahanakan kawasan mereka. Lady telah tahu yang lubang tempat mereka melupuskan mayat-mayat mangsa mereka telah di temui. Lady itu mahu Ju Wal membunuh Gim Eun Oh yang dianggap pengacau dalam urusannya. Dia mahu Ju Wal membawa mayatnya sebagai bukti yang Ju Wal telah membunuhnya. Ju Wal bertanya tentang tulang-tulang yang di temui oleh Gim Eun Oh itu. Lady mahukan Lord Choe yang menguruskan tentang  itu.

Arang mulai berfikir secara rasional. Kenapa dia ingat saat-saat Lee Seo Rim mati. Baru dia terfikir yang itu adalah permulaan untuk dia mengingati kembali kisah silam bagaimana Lee Seo Rim mati. Perasaan yang dilalui oleh Lee Seo Rim ketika itu. Arang pergi ke gunung itu. Dia masuk ke dalam pondok itu dan berbaring di tempat yang sama dia terbaring sewaktu di tinggalkan oleh pembunuhnya. Dia berharap yang dia akan mengingati sesuatu tetapi setelah lama berbaring di situ tiada apa-apa yang berlaku. Dia mulai naik angin dan memarahi si tua penipu. Sewaktu dia mahu berjalan keluar, kakinya terseliuh dan Arang terjatuh. Kepalanya terhantuk pada pintu pondok itu. Dia seperti melihat bayangan seorang wanita yang memakai cucuk sanggul dan dia menarik cucuk sanggul itu. Dia merasakan yang cucuk sanggul itu di dalam genggamannya. Tapi bayangan itu tidak dapat dilihatnya dengan jelas.


Ju Wal bersiap mahu melaksanakan tugas yang di beri Lady kepadanya. Dia akan membawa mayat Gim Eun Oh kepada Lady sebelum subuh menjelang. Dia mengekori Gim Eun Oh yang mundar mandir mencari Arang yang belum balik. Dia tahu Arang marahkannya. Dia tidak patut pentingkan perasaannya sendiri tanpa memikirkan perasaan Arang. Sewaktu Ju Wal sudah bersedia untuk membunuh Gim Eun Oh, tiba-tiba terdengar suatu suara memanggil nama Gim Eun Oh. Ju Wal terlihat seorang gadis menuju ke arah Gim Eun Oh. Terkejut Ju Wal melihat gadis itu. Gadis itu adalah gadis yang ditikamnya. Dia sudah yakin yang gadis itu sudah dibunuhnya tetapi kenapa gadis itu tidak mati.

Gim Eun Oh meninggalkan Arang dan terus berlalu. Arang mengejarnya dan memberitahunya bagaimana dia mendapat cucuk sanggul itu. Dia ingat yang tangannya menarik cucuk sanggul itu dari kepada seorang wanita. Gim Eun Oh bertanya bagaimana rupa wanita itu. Arang menjawab yang dia tidak tahu. Gim Eun Oh bertanya bagaimana situasi Arang ketika itu. Arang menjawab dengan tidak tahu jugak. Gim Eun Oh naik angin dengan kata-kata Arang itu. Dia bertanya bagaimana Arang boleh mengingati kejadian itu. Arang memberitahunya yang dia pergi ke pondok di atas gunung itu. Gim Eun Oh memarahinya kerana pergi ke sana bersendirian. Arang mempertahankan dirinya. Dia tidak mahu mengajak Gim Eun Oh menemaninya kerana Gim Eun Oh asyik memaksanya mengingati tentang ibunya sahaja dan menggangu tumpuannya.


Ju Wal berdepan dengan Arang. Dia bagai tidak percaya yang Arang masih hidup. Arang terkejut melihat Ju Wal. Dia mengingati Ju Wal kerana Ju Wal pernah membantunya melarikan diri dari Gim Eun Oh dahulu. Gim Eun Oh yang melihat kejadian itu mulai tidak senang. Dia menarik tangan Arang beredar dari situ dengan alasan hari sudah malam tanpa sempat Arang berbicara lanjut dengan Ju Wal.


Ju Wal pergi ke bilik Lady. Dia mahu memberitahu tentang Arang. Tetapi dia melihat kasut Lord Choe ada di situ. Dia memberitahu yang dia mahu bertemu dengan Lady. Lady memberitahunya yang Lord Choe sakit dan dia sedang mengubatinya. Ju Wal berlalu dari situ.

Lady mahukan Lord Choe melakukan sesuatu untuknya. Lord Choe berjanji akan melakukan apa sahaja asalkan Lady menyembuhkan penyakit yang dihidapinya itu. Setelah Lady mengubati Lord Choe, Ju Wal membawa Lord Choe ke dalam biliknya. Semasa dia keluar dari bilik Lord Choe, dia terserempak dengan orang suruhan ayahnya. Dia memberitahu orang suruhannya itu yang Lord Choe sakit dan tidak mahu diganggu.


Gim Eun Oh melihat kasut Arang di luar biliknya. Gim Eun Oh tidak mahu menggangu Arang ketika itu. Dia pergi ke bilik Dol Soe. Dia mengajak Dol Soe menemaninya ke gunung itu lagi tetapi Dol Soe tidak mahu. Dia merajuk dengan Gim Eun Oh kerana Gim Eun Oh banyak berahsia darinya. Setelah Gim Eun Oh pergi, Dol Soe nekad mahu mengheret sahaja Gim Eun Oh pergi dari Miryang tetapi akhirnya dia tidak sanggup melakukan begitu. Dia kembali menyambung tidurnya.


Lee Bang dan kawan-kawannya melihat Gim Eun Oh keluar dari kawasan pejabat. Mereka memandang dengan perasaan bengang kerana Gim Eun Oh sudah mulai menggangu kesenangan mereka. Mereka tidak mahu Gim Eun Oh membuat sesuatu yang akan menyebabkan Lord Choe marah kerana mereka akan menerima akibat dari perbuatan Gim Eun Oh itu. Salah seorang rakannya, menyarankan supaya mereka membunuh Gim Eun Oh dengan menyatakan itu adalah perbuatan hantu yang lubangnya di gali oleh Gim Eun Oh. Lee Bang bersetuju dengan cadangan rakannya itu dan pergi berjumpa dengan Lord Choe untuk meminta pandangannya. Tetapi orang suruhan Lord Choe tidak mengizinkan Lee Bang bertemu dengan Lord Choe dengan alasan Lord Choe sakit dan tidak mahu diganggu.

Arang mencari Gim Eun Oh apabila mendapati Gim Eun Oh tiada dibiliknya. Di kala itu, ketiga-tiga pegawai kerajaan itu sedang binggung memikirkan apakah tindakan mereka supaya dapat menghapuskan Gim Eun Oh. Mereka nekad untuk menghapuskan Gim Eun Oh meskipun tanpa bantuan dari Lord Choe.

Arang menegur mereka bertiga. Kesemua mereka terperanjat dengan teguran itu. Sewaktu itu, Arang terlihat kelibat Dol Soe. Dia memanggil nama Dol Soe tetapi dimarahi oleh Dol Soe yang sememangnya tidak menyukainya. Dia bertanya adakah Dol Soe tahu ke mana Gim Eun Oh pergi. Dol Soe memberitahunya yang Gim Eun Oh pergi ke tempat di mana tulang-tulang itu ditemui. Arang mulai naik angin dan memarahi Gim Eun Oh kerana meninggalkannya sedangkan Gim Eun Oh sudah berjanji akan pergi bersamanya ke situ.


Ketiga-tiga pegawai kerajaan itu mendapat peluang untuk menghapuskan Gim Eun Oh. Rancangan mereka untuk menolak Gim Eun Oh ke dalam lubang itu dan menimbusnya memandangkan Gim Eun Oh pergi ke sana seorang diri.

Dol Soe geram melihat Arang. Dia merasakan yang Arang telah menyebabkan hubungannya dengan Gim Eun Oh mulai renggang. Gim Eun Oh seperti sudah tidak memperdulikan dirinya lagi. Dol Soe berjumpa denga Bang Ool. Dia meminta Bang Ool memberikannya sesuatu jampi untuk membuatkan Arang pergi dari sisi Gim Eun Oh. Bang Ool yang tidak faham maksud Dol Soe itu telah berkata sesuatu yang menaikkan kemarahan Dol Soe. Dia mencekam lengan Bang Ool dan mengoncang-goncangkan badan Bang Ool sehingga Bang Ool kesakitan. Tangannya sempat mencapai penutup periuk dan menampar kepala Dol Soe dengan menggunakan penutup periuk itu. Kemudian dia melarikan dirinya meninggalkan Dol Soe yang kesakitan di situ.


Gim Eun Oh kehairanan kerana dia tidak dapat mengesan kehadiran roh atau hantu-hantu di situ. Kawasan itu bagai sudah dipagar supaya tidak diganggu oleh kuasa lain. Sewaktu dia meninjau-ninjau di situ, dia terpandang mentera yang terdapat di setiap penjuru di papan penutup lubang itu. Dia mengumpulkan kesemua mentera itu. Kemudian dia pergi ke kawasan yang jauh sedikit kawasan lubang itu. Dia tercari-cari jikalau ada lagi mentera-mentera yang dipasang di situ. Akhrinya, Gim Eun Oh terjumpa mentera yang ditulis pada sehelai kain hitam yang diikat pada sebatang pokok. Gim Eun Oh menarik mentera itu dari pokok tersebut.


Jade Emperor, King Yama dan Mu Yeong menanti sesuatu terjadi pada bola kaca di hadapan mereka. Bola kaca itu adalah tempat yang dipagar oleh kuasa jahat di dunia manusia di mana di kawasan itu Mu Yeong tidak dapat memasuki tempat itu kerana terlindung oleh mentera-mentera yang terpasang di situ.


Gim Eun Oh yakin pasti ada lagi mentera-mentera yang lain di situ. Jika di penutup lubang itu ada 4 mentera di setiap sudut, pasti di atas sana juga ada 4 mentera di setiap sudut. Gim Eun Oh bertindak mencari mentera-mentera yang lain. Bersambung ....



Para pelakon :
Lee Joon Ki sebagai Magistrate Gim Eun Oh
Sin Min Ah sebagai Arang / Lee Seo Rim
Yeon Woo Jin sebagai Joo Wal
Kwon O Joong sebagai Dol Seo
Hwang Bo Ra sebagai Bang Ool
Han Jeong Soo sebagai Mu Yeong
Yoo Seung Ho sebagai Jade Emperor
Park Joon Gyoo sebagai King Yama

* Terbukti makin best ... gila la Magistrate Gim Eun Oh ... tak hiraukan apa-apa ... janji dapat cari maklumat tentang ibu dia ... tak ada rasa takut langsung ... jahat sungguh si Ju Wal tu ... tapi kesian juga ... dia terpaksa buat apa yang Lady jahat dia suruh ... kalau tak dia akan kembali kepada asal dia ... miskin dan berpenyakit ... lagi satu yang buat geram ... si Lord Choe tu ... asik perli Ju Wal jek ... dia dengki sebab Ju Wal tu penganti dia ... dulu-dulu dia lah yang mencari gadis-gadis untuk dikorbankan ... sekarang Ju Wal mengambil alih tugas dia ... dia takut kalau-kalau Lady tidak menghiraukan dirinya ... dia perlukan Lady itu untuk menyembuhkan penyakitnya dan membuatkannya berkuasa seperti sekarang .... wahhhh ... tak sabar nak tengok sambungannya ... hehe ... 










0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...