Malam tadi tengok cerekarama kat tv3 ... sempena hari raya korban ... cerekarama berkisar tentang pengorbanan ... cite yang penuh dengan pengajaran dan teladan ... pergolakan dalam sebuah keluarga ... hanya kerana seorang lelaki hubungan 2 beradik menjadi kucar kacir ... si adik yang terlalu mengikut perasaan sehingga menyebabkan si kakak dan seluruh keluarganya menanggung akibatnya ... setelah datang musibah, penyesalan mulai dirasakan si adik ... kembali mencari keluarga yang ditinggalkan ... malangnya dalam pencariannya ... si adik kehilangan suami yang amat dicintainya ... best tak intro ... hehe ... jadi, jom layan sinopsis cerekarama Satu Pengorbanan ni ...
Sinopsis oleh : aznanie
Zana dan Murad adalah kenalan dari zaman kanak-kanak. Di sebabkan bekerja di bidang yang sama hubungan mereka semakin rapat. Ibu dan ayah Murad beranggapan yang mereka berdua mempunyai hubungan istimewa, lalu mereka berdua sepakat meminang Zana untuk disatukan dengan Murad. Zana bersetuju dengan lamaran itu kerana sangkanya Murad memang ada mempunyai perasaan terhadapnya. Di luar pengetahuannya, adiknya, Zura menyimpan perasaan terhadap Murad. Dia tidak dapat menerima kenyataan yang Murad akan berkahwin dengan kakaknya, Zana. Zura memarahi Murad yang sengaja mempermainkan perasaannya.
Ibu dan ayah Murad memberitahu Murad akan tindakan mereka merisik Zana. Murad yang terkejut akhirnya menerima sahaja kerana melihatkan kegembiraan ibu dan ayahnya mahu bermenantukan Zana. Padanya, kegembiraan ibu bapanya adalah kegembiraannya juga.
Zura mulai menunjukkan sikap protesnya di atas kejadian itu. Dia marah pada Zana yang merampas Murad darinya. Zana menerangkan pada Zura, bukan dia yang merisik Murad tapi keluarga Murad yang merisik dirinya. Terjadi pertengkaran antara mereka. Pertengkaran mereka itu di dengari oleh ibu bapa mereka yang kebetulan baru pulang dari berjemaah di masjid. Ayah mereka memarahi Zura yang bersikap biadap dan memalukan mereka sekeluarga. Ayahnya mahu Zura meminta maaf kepda Zana dan melupakan Murad. Zura tidak mahu meminta maaf pada Zana dan mendoakan yang Zana tidak akan bahagia kalau berkahwin dengan Murad. Tetapi pada ayahnya Zana memberitahu yang Zura sudah meminta maaf dari nya kerana dia tidak mahu Zura dimarahi oleh ayah mereka lagi.
Sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerjanya, Zura ternampak Murad sedang menunggang motosikalnya untuk ke kebun. Zura sengaja menghimpit Murad sehingga Murad terjatuh di bahu jalan. Sakit hatinya bila mengenangkan yang Murad akan berkahwin dengan Zana sedangkan yang menyintai Murad adalah dirinya.
Zana memberitahu Murad perihal dia bergaduh dengan Zura kerana Murad. Zana tidak kisah seandainya Murad mahu berkahwin dengan Zura. Dia rela melepaskan Murad kepada Zura tetapi Murad menidakkan yang mereka mempunyai hubungan perasaan selama ini. Murad memberitahu Zana yang Zura sengaja menghimpitnya sehingga dia jatuh dan motosikalnya mengalami kerosakkan. Zana seakan tidak percaya dengan tindakan Zura itu. Murad menyuruh Zana memberitahu Zura yang dia mahu berjumpa dengan Zura.
Zana menelifon Zura untuk memberitahunya yang Murad mahu berjumpa dengannya. Tetapi Zura tidak mahu menjawab panggilannya. Akhirnya Zana menghantar pesanan ringkas sahaja. Zura yang terbaca pesanan itu melonjak keriangan. Pertemuan di antara Zura dan Murad di lakukan tanpa kehadiran Zana. Zura memujuk Murad supaya tidak berkahwin dengan Zana. Dia menerangkan dengan bersungguh-sungguh tentang perasaannya dan seharusnya Murad memilih wanita yang mencintainya bukan wanita yang tidak mencintainya. Padanya hanya dia yang benar-benar menyintai Murad sedangkan Zana hanya menurut sahaja permintaan orang tua mereka. Murad termakan dengan kata-kata Zura. Hatinya berbunga bangga kerana Zura begitu menyintainya. Murad memujuk Zura supaya membenarkan dirinya bertunang dengan Zana kerana tidak mahu menghancurkan hati kedua ibu bapanya. Janjinya pada Zura, bertunang bukan bererti dia harus mengahwini Zana. Zura gembira dengan kata-kata Murad itu.
Zura mulai berubah. Dia berlakon di depan Zana dan keluarganya. Pura-pura gembira melihat majlis pertunangan Zana dengan Murad itu padahal di hatinya berbuku kemarahan. Dia berharap Murad akan mengotakan janjinya secepat mungkin.
4 bulan sudah berlalu. Murad masih belum memutuskan pertunangannya dengan Zana. Zura mulai mempersoalkan perkara itu. Dia tidak mahu Murad mempermain-mainkan dirinya. Murad meminta Zura bersabar dan memberinya waktu. Zura menggugut untuk mendedahkan hubungan sulit mereka kepada orang kampung sekiranya Murad tidak mengotakan janjinya dulu. Murad mulai berang dengan sikap Zura itu. Dia mencabar Zura mendedahkan perkara itu kerana dia tidak takut langsung. Padanya dia tidak membuat apa-apa kesalahan. Setakat makan dan berjumpa berdua itu adalah perkara biasa kerana sejak kecil mereka bertiga memang rapat. Sedang mereka berbalah, kawan baik Zana, Ain datang berjumpa Murad. Dia menyampaikan berita yang abangnya tidak dapat datang kerana demam. Dia meluat melihat Zura yang tergedik-gedik di sebelah Murad.
Ain berjumpa dengan Zana. Dia memberitahu Zana yang Zura dan Murad mempunyai hubungan sulit tanpa pengetahuannya. Kata-kata Ain itu bagai belati menusuk hatinya. Dia tidak percaya Murad dan Zura sanggup melakukan dirinya sebegitu. Zana pergi ke kebun Murad. Dan kebetulan Zura sedang memujuk Murad untuk memutuskan pertunangannya dengan Zana. Zana yang terdengar perbualan mereka mulai terasa dipermainkan. Zana pulang ke rumah dengan fikiran yang bercelaru. Tiba-tiba van yang dipandunya tidak dapat dikawal dan terbabas merempuh sebatang pokok. Zana mengalami kecederaan yang serius. Ayahnya yang mendapat panggilan telefon dari pihak hospital begitu terperanjat dan mengalami serangan jantung.
Zana kehilangan sebelah penglihatannya dan mukanya berparut dengan teruk di sebelah mukanya. Ayahnya pula lumpuh sebelah badan akibat serangan jantung yang dialaminya itu. Zana berkurung di dalam biliknya. Dia tidak mahu berjumpa dengan orang lain. Kedatangan ibu dan ayah Murad sememangnya di nantikannya. Dia meminta agar pertunangannya dengan Murad di putuskan kerana dia merasakan yang dirinya sudah tidak sepadan untuk bergandingan dengan Murad. Walaupun ibu dan ayah Murad menentang keputusan Zana itu tetapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Zana memanggil Murad datang ke rumahnya. Dia memulangkan cincin pertunangan mereka. Zana tidak mahu mendengar kata-kata dari Murad kerana dirinya sudah tawar hati dengan perbuatan Murad dan Zura itu.
Zana bersemuka dengan Zura. Dia memberitahu Zura yang dirinya sudah mengetahui hubungan sulit antara Zura dengan Murad. Dia kemalangan kerana terlalu asyik memikirkan perkara itu. Dia mahu Zura tahu yang kecacatan yang dialaminya itu berpunca dari Zura dan Murad. Zura mulai mengelabah apabila mengetahui keadaan itu. Dia bertemu dengan Murad dan memberitahu tentang perbualannya dengan Zana. Murad juga mulai ketakutan. Zura mengajak Murad melarikan diri dari kampung itu dan Murad bersetuju dengan cadangan Zura itu.
Kehilangan Zura itu mengemparkan keluarganya. Ayahnya yang mendengar perkara itu terkejut dan meninggal dunia. Ibunya amat marah pada Zura. Dia tidak mahu memaafkan perbuatan Zura itu yang menjadi penyebab kepada kematian ayahnya. Zana memujuk ibunya supaya tidak mendoakan yang bukan-bukan kepada Zura kerana setiap perkataan seorang itu merupakan suatu doa. Zana meminta ibunya mendoakan yang terbaik untuk Zura.
Setahun berlalu, Zura terlantar sakit. Dia mengidap penyakit kanser usus. Rawatan yang diterimanya menyebabkan kepalanya botak. Murad sentiasa di sisinya. Zura meminta Murad membawanya pulang ke kampung. Dia mahu meminta maaf dari ayah, ibu dan kakaknya, Zana. Dia tidak mahu mati sebelum sempat meminta maaf dari mereka. Murad jugak mahu pulang untuk meminta maaf kepada ibu bapanya atas kesalahannya. Tetapi malang tidak di duga apabila mereka terlibat dengan kemalangan. Akibat dari kemalangan itu Zura koma selama 2 minggu. Murad pula telah meninggal dunia. Zura merasakan semua ini adalah hukuman pada kesalahan yang dilakukannya dahulu.
Permohonan untuk menunaikan haji telah diluluskan. Memandangkan ayahnya sudah meninggal dunia jadi Zana berjumpa dengan pihak tabung haji untuk mengantikan tempat ayahnya dan menemani ibunya mengerjakan ibadah haji di Mekah. Setelah semua urusan selesai dilakukan, berangkatlah Zana dan ibunya ke Mekah.
Zura pulang sendirian ke kampungnya. Akibat dari kemalangan itu, kakinya menjadi tempang dan tulang tengkuknya cedera teruk sehingga terpaksa memakai alat sokongan di lehernya. Dia mendapati rumah ibunya kosong. Puas dia memberi salam tetapi tiada jawapan. Ibu Murad melihat seorang wanita di beranda rumah Zana. Dia menegur wanita itu dan terkejut apabila melihat Zura di situ. Dia terus berpelukan dengan menantunya itu. Dia memberitahu yang ibunya dan Zana sedang menunaikan ibadah haji di Mekah dan ayahnya sudah meninggal dunia.
Zura pergi ke tanah perkuburan untuk mencari pusara ayahnya. Dengan bersusah payah, akhirnya Zura tiba di pusara ayahnya. Dia meratap dan meminta kemaafan dari ayahnya atas setiap kesalahannya.
Zana tinggal sendirian di rumah ibunya. Dia mahu menunggu kepulangan Zana dan ibunya di situ. Setelah selesai urusan menunaikan ibadah haji di Mekah, Zana dan ibunya pulang ke rumah mereka. Mereka mendapati yang rumah mereka berpenghuni dan menyangkakan ibu Murad yang berada di dalam rumah itu. Tetapi sangkaan mereka meleset kerana mereka mendapati Zura yang terbaring di situ dalam keadaan nazak. Zura meminta kemaafan dari ibu dan kakaknya. Ibunya memberitahunya yang dia sudah lama mengampunkan kesalahan Zura. Zana juga begitu. Pada Zana diberitahu yang dia ada menulis sepucuk surat yang disimpan di dalam al-quran. Dia mahu Zana membaca surat itu. Setelah di ajarkan syahadah, Zura pergi meninggalkan dunia ini.
Di dalam suratnya, Zura meminta Zana menerima matanya. Zura mahu dirinya hidup di dalam diri Zana. Hanya itu yang dapat dilakukan untuk menebus kesalahannya pada Zana dan keluarganya. Zana menunaikan permintaan terakhir Zura itu dan kini Zana dapat melihat dengan jelas menggunakan mata Zura. Tamat ...
Para Pelakon :
Siti Shahriza (EJA) sebagai Zana
Lisdawati sebagai Zura
Fahrin Ahmad sebagai Murad
Rosnah Johari sebagai ibu Zana
Zarina Zainurin sebagai ibu Murad
* Cerita sedih yang penuh dengan pengajaran ... pengorbanan yang terpaksa di lakukan demi orang lain ... kesian tengok nasib Zana ... menyampah aku tengok si Zura itu ... tak reti beralah langsung ... kalau dia nak mesti dia nak dapat jugak ... tak kira la apa nak jadi pun ... ayah dia dah marah pun tak peduli .. asalkan dia dapat kahwin dengan Murad ... yang si Murad ni pun satu hal ... dia terima Zana sebab mak ngan ayah dia sukakan Zana ... dia pun suka ... pastu kena goda ngan Zura sikit dah lupa semua ... nak Zura pulak ... hisshhh tak tetap pendirian betul ... geram aku ngan dua orang mangkuk ni ... oppsss ... teremo pulak ... hehe ... tapi ending dia buleh di kira adil ler ... semua yang bersalah menerima hukuman yang setimpal dengan kejahatan yang mereka lakukan ... best cite ni ... sukeeeee ...
0 comments:
Post a Comment