Tamat sudah cite Soffiya yang ditayangkan di TV3 petang tadi ... happy ending ... akhirnya, Soffi buat keputusan untuk terus bersama Kamal, walaupun Kamal dah suruh dia pilih Ilyas .. tapi kan ... kalau Soffi tu pilih Ilyas susah jugak ... ya la kan ... anak Ilyas nak panggil Soffi tu apa ... nenek ke mak ... anak Soffi pulak nak panggil Ilyas tu apa pulak ... abang ke ayah .. hehe .. sebab tu Soffi tak nak pilih Ilyas ... hehe .. tu pandangan aku jek .. apa pun .. jom layan cite Soffiya episod akhir yang sinopsisnya digarap oleh aku ..
Soffiya - Episod Akhir
Sinopsis oleh : aznanie
Penemuan mayat Fiona diberitahu pihak polis kepada Kamal. Kamal bagai hilang akal melihat mayat Fiona didepan matanya. Dia meraung di sisi mayat Fiona. Kedatangan Ilyas makin membuat kemarahan Kamal tak terkawal. Dia marahkan Ilyas kerana gagal menjaga Fiona sehingga Fiona mati di bunuh.
Soffi datang bertemu dengan Kamal di hospital dengan tujuan untuk menenangkan perasaan Kamal. Namun kedatangan Soffi tidak diendahkan oleh Kamal. Walaupun Fiona gagal diselamatkan tetapi anak dalam kandungannya dapat diselamatkan. Tetapi keadaan anaknya kritikal kerana kekurangan darah. Mereka perlu mencari darah dari keluarga bayi itu.
Ilyas keluar mencari Haris. Dia mahu Haris bertanggungjawab di atas perbuatannya kepada Fiona. Walaupun Fiona sudah tiada, Haris perlu menyelamatkan anaknya. Namun Haris tidak mahu ada apa-apa kaitan dengan bayi itu. Ilyas berang mendengar kata-kata Haris dan bertindak membelasah Haris.
Ilyas dan Soffi mahu mendermakan darah mereka kepada anak Fiona. Dan darah Ilyas adalah yang paling sesuai untuk diberikan kepada anak Fiona itu. Setelah darah Ilyas diberikan kepada bayi itu, keadaan bayi itu semakin stabil.
Kamal tidak mahu makan dan tidak mengendahkan kesihatan dirinya. Soffi bingung memikirkan tentang Kamal. Dia menelifon Doktor yang merawat Kamal. Doktor menyuruh Soffi membawa Kamal ke hospital kerana kaki Kamal sudah ditahap kritikal dan perlu dipotong segera untuk mengelakkan kuman memasuki darah dan membuatkan saluran ke jantung tersumbat. Soffi berjumpa dengan Ilyas untuk meminta Ilyas memujuk Kamal ke hospital.
Pihak polis datang ke rumah Kamal dan memberitahu yang pembunuh Fiona sudah dapat ditangkap. Pembunuh itu adalah Muiz. Polis menjumpai gambar ahli keluarga Kamal dan gambar Soffi di dalam rumah Muiz.
Bidan yang menyambut kelahiran anak Soffi hasil di perkosa oleh ayahnya, memberitahu Soffi yang anaknya tidak mati. Dia bersubahat dengan ayah Soffi untuk berbohong kepada Soffi. Soffi bersetuju untuk berjumpa dengan mak bidan itu. Namun mak bidan itu meminta Rm 5 ribu sebagai ganjaran di atas maklumat yang diberikan. Soffi bersetuju dan mak bidan itu memberi alamat tempat anak Soffi berada.
Dari dalam kereta, Soffi melihat bertapa bahagianya anaknya dilayan dengan begitu baik oleh keluarga angkatnya. Ilyas mengajak Soffi berjumpa dengan keluarga angkat anaknya dan menceritakan keadaan yang sebenarnya. Tetapi Soffi tidak mahu. Dia tidak mahu menghilangkan senyuman yang terukir di wajah anaknya itu. Biarlah semuanya menjadi rahsia. Biarlah anaknya tidak tahu sejarah ibu bapa kandungnya. Cukuplah dia tahu yang anaknya masih hidup dan bahagia hidupnya.
Ilyas datang ke rumah Kamal bersama Soffi dengan tujuan untuk memujuk Kamal pergi ke hospital. Kamal meminta Ilyas menjaga Soffi dan anak Fiona sebaik mungkin kerana hanya Ilyas sahaja yang layak menjaga keduanya dengan baik. Ilyas bersetuju.
Kamal menyerahkan surat yang ditulis Ilyas kepada Soffi. Dia meminta maaf kerana mempunyai perasaan cemburu. Cemburu kerana dia amat mencintai Soffi.
Kamal terkejut apabila diberitahu yang dia adalah ayah kepada anak Fiona. Setelah ujian DNA dilakukan, sahlah yang bayi itu memang anaknya. Dia berasa bersalah kepada Fiona kerana tidak memberi peluang kepada Fiona menceritakan kedudukan yang sebenarnya.
Kamal di bawa ke dewan bedah. Dia tidak mahu Soffi menemaninya kerana mereka bukan suami isteri lagi. Dia sudah tidak perlukan Soffi dan dia mahu Soffi mulakan kehidupan baru. Sepeninggalan Kamal, Soffi membaca surat Ilyas yang diberi Kamal kepadanya. Dia membaca luahan hati Ilyas kepadanya.
Soffi berlari mencari Ilyas. Dia menyerahkan surat itu kepada Ilyas dan berkata ' sesungguhnya dugaan dari ALLAH itu memang hebat sama hebatnya dengan nikmat yang ALLAH berikan pada hambanya'. Soffi berlari mencari Kamal. Dia mahu Kamal tahu yang dia amat menyintai Kamal dan akan tetap menunggu Kamal walau mereka bukan suami isteri lagi.
7 bulan berlalu. Perut Soffi sudah mulai membesar. Ilyas mendukung anaknya ke pusara Fiona. Soffi membacakan yassin di tepi pusara Fiona. Selesai membaca, mereka memdapatkan Kamal yang berkerusi roda di tepi jalan. Kamal berasa bersyukur kerana Soffi sudi menerimanya walau keadaannya tidak sama seperti dulu. Tamat ...
Para pelakon :
Tiz Zaqiah sebagai Soffiya
Fizo Omar sebagai Ilyas
Azhar Sulaiman sebagai Kamal
Izhara Aishah sebagai Fiona
0 comments:
Post a Comment