Friday, November 11, 2011

Sinopsis Novel 'Atas Nama Cinta'

"Akulah penunggu cinta yang tegar ... menanti di mana-mana
sampai bila-bila ... "

Sinopsis oleh : aznanie

Ardini anak bongsu kepada Haji Salleh dan Hajah Aminah. Walaupun mempunyai kakak dan abang kandung tetapi dia rapat dengan abang sepupunya, Zahin yang dipelihara oleh Haji Salleh dan Hajah Aminah setelah kematian ibu bapanya. Kasih sayang yang dicurahkan kepadanya tak ada beza di antara anak-anaknya yang lain. Ardini amat rapat dengan Zahin. Baginya Zahin adalah pelindungnya dari dibuli oleh abang dan kakaknya. Sehingga dewasa hubungan mereka tetap erat dan mesra.

Pertemuan pertama dengan Firas amat menjengkelkan hatinya. Gelaran gorilla yang diberikannya membuktikan ketaksukaannya pada kehadiran lelaki itu. Pada Zahin diluahkan rasa geramnya di usik oleh Firas. Zahin dengan selamba menambah sakit hatinya.

Berlainan dengan Firas, hatinya mulai terpaut dengan Ardini. Tingkah laku Ardini yang sopan mencuit hatinya. Dia bertekad akan membuatkan Ardini jatuh cinta padanya.

Setahun berlalu, namun Firas tidak pernah berputus asa. Kasih Adrini tetap ditagih walaupun dibohongi oleh Adrini yang Zahin itu adalah suaminya. Binggung Adrini dengan sikap Firas. Namun hatinya terusik melihat kesungguhan dan keprihatinan Firas kepadanya.

Sesungguhnya dalam benci ada sayang. Itulah yang dirasakan Adrini. Dia mulai menyayangi Firas. Namun sengaja membiarkan lelaki itu tertunggu-tunggu kata putus darinya. Firas menyedari hakikat itu. Sengaja dibiarkan Adrini gelisah akan kehilangannya supaya Adrini berterus terang tentang perasaannya.

Akhirnya Adrini selamat menjadi tunangan Firas walaupun mendapat tentangan dari abang Adrini, Arfan. Berbagai tuduhan yang dilemparkan oleh Arfan terhadap Ardini dan Firas. Dia tidak percaya kepada kejujuran Firas. Dia merasakan Firas tidak sepadan dengan Ardini.

Majlis perkahwinan Ardini berlangsung dengan meriah. Kepulangan Arfan menambah bahagia Ardini. Dia tahu Arfan sayangkan dirinya walau bukan ditunjuk terang-terangan.

Namun bahagia yang dikecapi Ardini tercalar dengan hadirnya Najihah dalam hidup Firas. Hancur hati Ardini bila Firas meminta izinnya untuk berkahwin dengan Najihah. Adrini di sepak terang bila menyatakan ketidak setujuannya. Firas berubah menjadi lelaki yang baran dan mengerunkan Ardini. Dalam keterpaksaan, Ardini bersetuju membenarkan Firas mengahwini Najihah walaupun mendapat tentangan dari keluarganya dan keluarga mertuanya. Dia melihat kesungguhan suaminya itu untuk mengahwini Najihah dengan linangan airmata.

Setelah persiapan untuk perkahwinan Firas dibuat dan urusan pemindahan saham milik Firas bertukar nama kepada Najihah selesai, perempuan itu bertindak membatalkan perkahwinan mereka. Najihah sebenarnya tiada niat untuk mengahwini Firas. Dia hanya mahukan harta benda Firas sahaja. Firas malu untuk berdepan dengan Ardini dan keluarganya. Dan tindakan Najihah mengiklankan berita pembatalan perkahwinan mereka di surat khabar makin mengundang masalah.

Firas berasa tertekan dan rendah diri. Dia merasakan dirinya sudah tidak punya apa-apa lagi. Dia malu dengan Ardini. Malu dengan pekerja di syarikatnya. Dia lebih banyak mengurungkan dirinya dirumah. Sehinggalah dia bertemu dengan Girl dan teman lelakinya, Burn. Dia mengikut mereka berdua berhibur di kelab malam. Girl dan Burn memberi Firas dadah jenis Ice iaitu sejenis pil. Firas melupakan masalahnya apabila memakan dadah itu. Setiap malam dia mengambil dadah itu dan pulang bila subuh menjelma. Ardini makin tertekan dengan sikap Firas. Sebenarnya Girl yang dimaksudkan oleh Firas itu adalah Habibah, kawan sekerja Ardini yang berdendam dengan Firas kerana cintanya ditolak Firas. Manakala Burn pulak adalah Malik, orang kampung Ardini yang memang berdendam dengan Ardini kerana Ardini membaling batu sehingga menyebabkan kepalanya berdarah dan meninggalkan parut.

Rahsia Firas diketahui oleh Ardini. Dia memujuk Firas berubat di Rumah Penyayang untuk menghilangkan ketagihan dadahnya itu. Firas bersetuju. Untuk permulaan proses perubatan, Ardini tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan Firas. Ardini akur dengan peraturan Rumah Penyayang. Dia mahukan yang terbaik untuk Firas. Namun setelah sekian lama Firas berada di situ, Ardini masih belum dapat berjumpa dengannya. Firas sengaja tidak mahu berjumpa dengan Ardini. Dia belum bersedia namun dia selalu mengintai dari jauh saja. Sehinggakan Ardini mulai berasa putus asa dengan sikap Firas. Sebenarnya, Firas tidak sanggup berjumpa dengan Ardini kerana dia takut dirinya tidak dapat bertahan lama berada di situ apabila berjumpa dengan Ardini. Dia takut semangatnya akan luntur apabila bertemu dengan Ardini. Dia mahu bertemu dengan Ardini apabila dia betul-betul sudah bersedia.

Ketiadaan Firas membuatkan hidup Ardini kesunyian. Kehadiran Haikal membawa perubahan kepadanya. Mereka sering berjumpa dan bergurau senda bersama. Sehinggalah Haikal menyuarakan keinginannya untuk memiliki Ardini. Ardini menolak permintaan Haikal dengan menyatakan dia menyayangi Haikal sebagai rakan sahaja tidak lebih dari itu. Haikal kecewa dengan penolakan Ardini.

Ardini nekad untuk mengambil semula saham milik Firas yang telah diberikan kepada Najihah. Pertemuan dengan Najihah memberi satu impak yang besar kepadanya. Namun segala usahanya membuahkan hasil apabila Najihah termakan dengan taktiknya.

Meskipun Firas tidak mahu bertemu dengannya, Ardini tetap tidak lupa melawat Rumah Penyayang. Setiap kali kedatangannya ada sahaja makanan yang dibawa bersama. Semuanya adalah makanan kegemaran Firas. Dan tidak disangka hari itu dia dapat bertemu dengan suaminya, Firas. Setelah 2 tahun baru Ardini dapat bertemu dengan Firas. Firas sudah berubah. Tidak lagi gedempol dan berperut buncit seperti dulu. Perubahan fizikalnya nyata mengembirakan Ardini.

Penerimaan keluarga telah dijangka. Puas Firas memohon kemaafaan di atas kesalahannya namun ia dipandang sepi oleh mereka. Berkat kesungguhan yang ditunjukkan oleh Firas akhirnya, mereka semua dapat menerima dan memaafkan segala perbuatan Firas yang dahulu. Firas berjanji tiada lagi episod duka antaranya dan Ardini. Itu janjinya pada Ardini dan dirinya sendiri. Tamat ...

Penulis   : Lily Suriani
Terbitan : Alaf 21
Point      : 3/5

*Jalan cerita yang menarik cuma cara persembahannya agak slow ... ingatkan Ardini dengan Zahin ... rupanya mereka adik beradik sesusuan ... tapi cara digambarkan Firas itu agak kelaka ... lelaki gemuk .. dengan perut buncit ... sampai kena gelar gorilla ... haha .. lawak ... tapi kesian Ardini ... nangis aku baca bab penyeksaan Firas pada Ardini ... jahat betul .. sampai kena penampar ... kena tarik rambut ... dah lah si Firas tu besar .. sian Ardini yang badan kecik ... mesti sakit ... hehe .. emosi lah pulak ...

1 comments:

Anonymous said...

nvel ni sy nya bce spruh jln je lps x bce...skit ati ble sy bce..nsin baik nvel pnjm...ehhehhehhe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...