Thursday, November 17, 2011

Penyerahan Bantuan Khas Untuk Persekolahan Pelajar

Hari ni diadakan penyerahan bantuan khas persekolahan bagi pelajar sebanyak Rm 100.00 seorang yang diadakan di Wisma Sening. Alhamdulilah ... dapat lah membantu meringankan sedikit beban ibubapa ... ye la kan .. nak beli buku tulis, beli buku aktiviti, peralatan sekolah, kelengkapan persekolahan yang lain ...

Majlis dimulakan dengan aktiviti pendaftaran semua ibubapa yang hadir bersama anak masing-masing ... yang mengambil bantuan khas kat wisma ni hanya murid tahun 4 sahaja ... 3 sekolah ... yang murid tahun lain kena amik kat sekolah jek .. yang amik kat wisma ni dapatlah bersalam-salaman dengan Dato'Azalina Othman Said ..

Ewah .. sempat posing ek ... kak long dan Lela .. sorang kawan sekolah lama .. sorang lagi kawan baru kenal .. haha .. kenal kat kedai makan Wak Jamad .. sebab dia keja kedai makan tu .. haha ...

Borak jangan tak borak ... macam-macam cerita ada .. haha ...

Gelagat Ayen dan kawan dia, Afiq ... peace no warrrr ...

Tunggu kedatangan Dato' Azalina kat dalam dewan .. sesambil tu borak le ngan kawan-kawan yang datang sama .. bukan selalu dapat borak-borak cam ni .. hehe .. Dato' Azalina sampai tepat kul 2.00 petang .. seronoknya dapat bersalaman dengan YB ni .. bukan selalu dapat peluang cam ni ... lembutnya tangan YB .. hehe ..

Dato'Azalina bersalaman dengan tetamu yang hadir sejurus ketibaannya di dewan Wisma Sening ini ...

Majlis dimulakan dengan bacaan doa supaya majlis yang akan diadakan ni mendapat keberkatan dan berjalan dengan lancar ...

Bacaan doa dari wakil Jawatan Kuasa Kebajikan Kampung Wisma Sening ...

Selepas itu ucapan dari wakil PPD Johor ... menyentuh tentang isu wang bantuan khas untuk persekolahan pelajar ini ... jangan disalahgunakan untuk tujuan yang lain selain dari urusan persekolahan anak-anak ... ucapan yang ringkas dan padat ini mengambil masa sekitar 20 minit sahaja ..

Ucapan dari wakil PPD Johor ...

Seterusnya ucapan dari Dato'Azalina pula .. beliau menyentuh tentang pemberian wang bantuan khas untuk persekolahan pelajar ini adalah janji Perdana Menteri kita bagi meringankan beban ibubapa dalam hal persekolahan anak-anak ... inilah PM kita yang amat prihatin kepada kesusahan rakyat ... beliau menyentuh bagaimana PM kita tidak membeza-bezakan rakyatnya .. semua dapat .. cina, india, melayu dan dayak .. juga yang bukan hanya parti Umno sahaja malahan parti Pas, Keadilan juga turut merasai bantuan yang diberi .. turut juga disentuh mengenai bertapa susahnya orang melayu hendak bersaing dengan bangsa lain sedangkan Malaysia ini hak bumiputera ... beliau juga mengingatkan supaya elakkan pembaziran walau dalam apa bentuk sekali pun .. akhir sekali beliau mengingatkan wang bantuan ini bukan bertujuan untuk meraih undi rakyat untuk pilihan raya akan datang tetapi beliau percaya warga peneroka di sini masih setia bersama kerajaan Barisan Nasional ...

Dato'Azalina menyampaikan ucapannya dengan penuh bersemangat dan dengan suara yang lantang untuk memberi keyakinan kepada kami yang mendengar ucapan beliau ini ... 

Anak Siti sampai terlena dengar ucapan Dato'Azalina .. wah .. lentok betul .. lena sangat le tu .. hehe

Ayen dan kawan dia, Afiq .. bukan nak dengar orang bagi ucapan kat depan tu .. dia buleh main lagi tu ...

Seterusnya acara penyerahaan bantuan khas untuk persekolahan pelajar dimulakan ... nama-nama yang disebutkan berbaris menerima penyerahan bantuan khas itu dari Dato'Azalina .. hanya 10 orang sahaja yang dipanggil bagi mewakili sekolah masing-masing .. yang lain-lain amik dari kelas anak masing-masing .. haha .. tak de rezeki nak bersalaman lagi ngan Dato'Azalina ..

Dato' Azalina menyerahkan wang bantuan khas untuk persekolahan pelajar kepada salah seorang ibubapa yang hadir ...

Selesai semua acara penyerahan bantuan khas kepada para pelajar ... Dato'Azalina bergegas ke Bandar Penawar untuk acara di sana pulak ... kami pun bersurai setelah menerima wang bantuan dari kerajaan ini .. terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Malaysia kerana sudi memberi bantuan kepada kami bagi meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak kami .. juga kepada Dato' Azalina kerana sudi menyampaikan wang bantuan itu kepada kami .. juga kepada pihak sekolah yang bertungkus-lumus menguruskan hal-hal pemberian bantuan khas untuk persekolahan pelajar ini ... semoga bantuan sebegini dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang .. Insyallah ...
Dato'Azalina dikerumuni oleh orang ramai yang mahu bersalaman sebelum beliau meninggalkan dewan wisma ini ...

Lambaian terakhir Dato'Azalina sebelum meninggalkan dewan Wisma ..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...