Monday, November 21, 2011

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api

Teringin nak makan ketam .. semalam cari kat gerai ikan depan umah tak de pulak ketam .. tadi pagi kak yong datang ... tanya dia .. kat mana ada orang jual ketam .. dia kata kat gerai depan klinik .. gi la beli ketam kat situ .. sekilo Rm 10 ... rembat jek la .. berat-berat ketamnya .. banyak isi la kot .. jangan kulit jek yang berat .. tak puas pulak nak makan isi ketam .. hehe .. nak masak lemak cili api ketam-ketam itu semua ... haha .. ayen suka makan ketam goreng tapi disebabkan ayen balik umah atuk dia ari ni .. maka tak de lah ketam goreng untuk dia .. haha ...

Ketam Masak Lemak Cili Api
Bahan-bahan :
Ketam - dibuang cengkerang dan dibersihkan (potong 2 jika perlu)
Cili api - terpulang kepada citarasa masing-masing
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Serai - diketuk
Santan - dari sebijik kelapa
Serbuk kunyit - sedikit sahaja untuk kuah nampak menarik
Garam, Gula dan Ajinomoto secukup rasa
Air masak secukupnya

Cara membuat :
Tumbuk atau blend bawang merah, bawang putih dan cili api hingga lumat
Tumiskan bahan tumbuk atau blend tadi bersama serai yang telah diketuk
Kacau-kacaukan ia sehingga bahan itu garing
Masukkan air masak secukupnya
Masukkan ketam dan kacau-kacaukan ia
Biarkan seketika sehingga ketam masak
Bila air ketam tadi mulai mengering, masukkan santan
Masukkan juga garam, gula dan ajinomoto secukup rasa
Masukkan juga serbuk kunyit sedikit dan gaul sebati
Biarkan kuah menggelegak sebentar
Tutup api dan hidangkan bersama nasi putih

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...