Hari ni hari isnin .. gerai ikan tak bukak ... gi kedai runcit .. ada sayur taughe .. bolehlah masak sayur taughe .. lama tak makan sayur taughe ... beli tauhu sekali ... nak masak tumis berkuah jek la ... pastu wat sambal belacan .. wah .. dah telan air liur dah ni .. huhu .. tapi takkan nak makan sayur taughe ngan sambal belacan jek kan .. vegetarian la pulak .. haha .. tengok kat bahagian ikan .. alamak .. tak banyak pilihan la .. ikan siakap ... besar-besar lah pulak .. lagi pun baru lepas makan ikan siakap .. tak nak lah ikan siakap .. ada ikan kembung .. dah tak segar nampaknya .. perut dah terburai .. huhu .. yang nampak segar cuma ikan talapia .. sebenarnya anak talapia kot .. sebab kecik jek saiz dia .. haha .. buleh la ni .. goreng jek ..
Taughe Dan Tauhu Tumis Berkuah Bahan-bahan :
Taughe - dibuang ekor dan dibersihkan
Tauhu - di potong dadu
Ikan bilis - dibersihkan dan ditumbuk
Bawang merah - ditumbuk
Bawang putih - ditumbuk
Sos tiram - sedikit sahaja
Lada merah - dihiris
Garam dan ajinomoto secukup rasa
Air masak - sebanyak yang diperlukan
Cara membuatnya :
Tumis bahan tumbuk dengan menggunakan minyak yang sedikit
Masukkan lada merah yang dihiris ke dalam bahan tumisan tadi
Kacau hingga bahan tumbuk itu garing
Masukkan taughe dan tauhu
Masukkan air sebanyak yang diperlukan
Masukkan garam dan ajinomoto
Kacau dan biarkan ia mereneh seketika
Tutup api dan hidangkan
Ikan talapia goreng ..
0 comments:
Post a Comment