Saturday, June 11, 2011

Cinema At TV3 'Ghost Rider'

Malam tadi tak de kerja nak buat .. bersantai sambil tengok tv ... lepas tengok cite Keranamu Laila ... tengok cite Ghost Rider pulak .. anak sedara aku, along cakap banyak babak kena potong .. biasalah tu .. nak cukupkan masa 2 jam .. masuk iklan lagik ... faham-faham sudah le .. hehe ..

Ghost Rider ni mengisahkan tentang Johnny Blaze yang telah membuat perjanjian dengan syaitan setelah syaitan itu berjanji untuk menyembuhkan penyakit barah ayah dia. Setelah ayah dia sembuh dari penyakit barah, ayahnya mati exsiden pulak masa buat pertunjukkan. Diaorang ni kerja kat karnival. Buat aksi lasak. Menunggang motosikal, lompat kat gelung api. Rupanya syaitan tu, sembuhkan ayah dia dari penyakit barah tapi tak nak ayah dia jadi penghalang untuk dia bekerja dengan syaitan tu.

Johnny ada awek, Roxzene. Awek dia cakap nak pindah. Kena duduk ngan mak dia. Johnny tak bagi Roxzene pergi. Dia rancang nak lari ngan awek dia. Tapi pada hari yang dijanjikan, ayah Johnny mati. Syaitan tu cakap Johnny kena lupakan keluarga, kawan dan masa depan. Dia akan cari Johnny bila masanya tiba kelak. Jadi, Johnny hanya pandang jek awek dia, pastu terus menghilangkan diri.

Dah beberapa tahun lepas tu, Johnny dah jadi popular dengan buat persembahan aksi lasak bermotosikal. Cipta rekod lompatan paling jauh. Ada sekali dia jatuh tergolek-golek tapi tak apa-apa. Rupanya syaitan tu yang lindung. Dia tak nak Johnny tu mati.

Suatu hari, Johnny jumpa Roxzene semula. Roxzene dah jadi wartawan. Dia percaya itulah petunjuk yang dia nantikan. Johnny merasakan dia diberi peluang kedua untuk menikmati kehidupan dia. Dia pujuk Roxzene supaya terima dia semula. Roxzene setuju. Diaorang buat janji untuk makan malam bersama.

Pada malam tu, sedang Johnny bersiap-siap nak pergi jumpa Roxzene, syaitan tu muncul dan cakap kat Johnny masanya dah tiba. Dia kena cari roh jahat bernama Blackheart dan hapuskan dia.

Johnny berjaya menghapuskan satu roh jahat. Bila siap jek kerjanya, dia bertukar menjadi manusia semula. Dia sampai ke suatu tanah perkuburan. Penjaga kubur itu tahu siapa dia. Apa yang terjadi dan menasihatinya agar bersedia kerana akan jadi lagi kejadian yang sebegitu menimpa dirinya.

Polis menyiasat apa sebenarnya yang terjadi. Mereka menjumpai plat motosikal Johnny. Dia dibawa ke balai polis dan dimasukkan di dalam lokap. Dalam lokap tu, ramai orang jahat. Jadi, Johnny bertukar wajah sekali lagi menjadi tengkorak berapi. Pada malam itu, dia berjaya menghapuskan satu lagi roh jahat. Tetapi identitinya telah diketahui umum.

Dia datang kembali bertemu dengan penjaga kubur itu. Penjaga kubur itu menceritakan apa yang dicari oleh Blackheart. Dia pasti menggunakan orang yang Johnny sayang untuk mendapatkan apa yang dikehendakinya.

Johnny mencari Roxzene tetapi sudah terlewat kerana Blackheart sudah berjaya mendapatkan Roxzene. Blackheart menyuruh Johnny mencari surat perjanjian pekan san verganza. Johnny bertemu kembali dengan penjaga kubur itu. Penjaga kubur itu memberikan surat perjanjian itu kerana Johnny mahukan surat itu untuk sesuatu tujuan yang baik bukan tamakkan sesuatu.

Mereka bersama-sama menuju ke pekan itu. Rupanya penjaga kubur itu adalah Ghost Rider yang terdahulu. Bila sampai ke pekan itu, Blackheart sudah menunggu Johnny. Dia melepaskan Roxzene setelah Johnny menunjukkan surat perjanjian yang dimintanya. Tetapi Johnny bertukar menjadi ghost rider apabila Blackheart leka. Surat perjanjian itu tercampak ke tanah. Johnny menembak Blackheart dengan menggunakan senapang yang diberi oleh penjaga kubur.
Tetapi usahanya tidak berjaya membunuh Blackheart. Blackheart berjaya mendapatkan surat perjanjian itu. Dia terus menyeru roh-roh jahat yang ada di pekan itu untuk bersatu di dalam badannya. Johnny tidak berputus asa dia berusaha sedaya-upayanya untuk menghapuskan Blackheart. Akhirnya Blackheart dapat dihapuskan setelah ditembak dengan menggunakan tenaga berapi Johnny. Syaitan itu muncul untuk mengambil kembali kuasa ghost rider yang diberikan kepada Johnny tetapi Johnny tidak mahu menyerahkan kuasa itu kerana dia mahu melawan syaitan itu dengan menggunakan kuasa yang ada pada dia. Syaitan itu marah dan menghilangkan dirinya. Johnny membawa diri ke tempat lain di mana tiada siapa mengenali dirinya.

* Best cite nih .. ada cd dia .. tapi malas nak tengok .. tengok kat tv jek ... dah beberapa kali ulang tayang kat tv pun masih nak tengok lagik ... haha ... suke jugak tengok cite aksi cam nih .. mendebarkan perasaan jek ..   

2 comments:

Anonymous said...

setan tu bkn mati sbb kne tembak.tapi dgn kuasa tenung. kt tv3 tu giler, ptong byk sgt.smpi cite pn da larii.

aznanie said...

o ye ker ... tu la pasal .. potong banyak sangat .. babak penting pun kena potong jugak .. hehe .. tak pe lepas nih kena tengok cd dia .. baru tak kena potong .. haha ..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...