Sinopsis oleh : aznanie
Cerita bermula apabila 4 orang sahabat yang menuntut di sebuah kolej sedang dalam perjalanan ke Kuantan dari Kuala Lumpur. Semasa perjalanan pulang, mereka terperangkap di dalam kesesakan lalulintas. Ketika itulah, Nik (Shahir Af8) bercerita mengenai kisah seram yang terjadi di lebuhraya karak.
Dalam ceritanya, seorang lelaki yang kerosakkan enjin keretanya telah berjalan mencari bantuan. Meninggalkan isteri dan anaknya yang masih kecil di dalam kereta yang rosak itu. Dia menahan beberapa buah kenderaan tetapi tidak ada sesiapa yang mahu memberhentikan kenderaan dan menolongnya. Tiba-tiba di belakangnya ada lembaga hodoh. Lembaga itu menangkapnya dan membawanya ke keretanya yang rosak itu. Tidak lama kemudian, sebuah kereta peronda polis lalu dan memberhentikan kenderaannya. Polis itu menyuruh isteri lelaki tadi keluar dari kereta dan berjalan ke arah mereka dan menyuruh perempuan itu berjalan tanpa menoleh ke belakangnya. Tetapi oleh kerana perasaan ingin tahu, perempuan itu menoleh ke belakang dan melihat lembaga hodoh itu sedang meratah suaminya. Dia menjerit ketakutan dan lembaga itu menerkam ke arahnya.
Zura (Shera Aiyob) memarahi tindakan Nik itu. Jack (Md Eyzendy) mentertawakan Nik yang dimarahi Zura. Ida (Kilafairy) tidak mengendahkan perbualan teman-temannya. Dia khusyuk mengenakan alat solek dimukanya. Jack mengatakan yang dirinya tidak mempercayai kewujudan hantu di dunia nih. Zura tidak senang dengan kata-kata Jack itu. Baginya sebagai manusia mereka sepatutnya menghormati makhluk-makhluk lain ciptaan Allah.
Memandangkan keadaan lalu lintas yang sesak dan tidak bergerak, mereka mengambil keputusan untuk mengikut sahaja jalan lama lebuhraya Karak. Walaupun mengetahui yang jalan itu 'keras' namun mereka tekad jugak meneruskan perjalanan mengikut laluan itu.
Setibanya di Pekan Karak, mereka berhenti seketika. Jack mahu ke tandas untuk buang air kecik. Manakala, Ida dan Nik memberi burger. Zura tidak keluar dari kereta. Dia melihat video hari lahir Nik di handphonenya.
Semasa di dalam tandas, Jack mendapat satu ilusi dimana, dia bertemu dengan seorang budak lelaki memakai baju sekolah yang bertanyakan adakan Jack melihat ibunya. Bila Jack memegang bahu budak lelaki itu, di dapati budak itu bukanlah manusia sepertinya. Budak itu adalah hantu. Dia menjerit ketakutan dan ketika itu Nik datang mentertawakannya. Jack keluar dari tandas dan bertemu dengan seorang perempuan cantik yang meminta dia menemaninya pulang ke rumahnya. Tetapi memandangkan kereta mereka penuh, Jack menolak permintaan perempuan itu. Kemudian perempuan itu bertanya pulak adakah Jack melihat anaknya. Jack memberitahu yang budak itu ada berkeliaran dekat-dekat kawasan itu jugak. Jack bertanya kenapa keluar dalam keadaan yang gelap gelita di waktu malam-malam begini. Jack berkata perempuan itu bukanlah hantu kerana perempuan itu lengkap berpakaian cantik lagik. Bila Jack berlalu, tiba-tiba kepala perempuan itu bergolek di hadapannya. Jack terkaku tidak bergerak. Bila kepala perempuan itu mula terangkat di udara, Jack menjerit sekuat hati.
Tetapi sebenarnya Jack hanya berdiri di hadapan cermin di dalam bilik air itu. Sedang dia membasuh muka, dia seperti melihat kelibat orang melintasinya belakangnya. Dia menyangka Nik yang mahu menyakatnya. Dia mencari di dalam bilik air itu. Nik mengerkahnya dan Jack memarahinya. Nik mentertawakannya kerana Jack menjerit seperti perempuan.
Mereka meneruskan perjalanan, Nik kehairanan kerana Jack hanya membisu sepanjang perjalanan. Nik berkata, ada satu tempat yang dikenali sebagai laluan angin lintang yang dipasang signboard ditepi jalan sebenarnya tidak ada angin lintang kat situ. Sepatutnya kat signboard tu tulis ' Awas hantu melintas'. Dan tindakan Nik itu mengundang kemarahan Zura dan Jack yang sudah mulai keletihan kerana memandu agak lama.
Sedang Nik, Zura dan Ida tertidur, Jack yang mulai mengantuk, dikejutkan dengan sebuah kereta volkswagen kuning yang memberi lampu dan membunyikan hon. Jack yang marah menyuruh kereta itu memotongnya. Volkswagen kuning itu memotong kereta mereka. Tidak lama kemudian, ada lagik sebuah kereta di belakang mereka yang sama dengan volkswagen kuning tadi. Apabila volkswagen kuning itu memotong mereka, mereka melihat tidak ada pemandu dalam keta itu, dan penumpang di belakangnya adalah perempuan yang di dalam ilusi Jack tadi. Sedang mereka leka melihat volkswagen kuning itu, di hadapan mereka seorang budak lelaki berbaju sekolah sedang berdiri tengah jalanraya betul-betul di hadapan kereta mereka. Ida bertindak menarik setereng kereta yang dipandu Jack ke tepi jalan dan kereta mereka menjunam ke dalam gaung dan merempuh sebuah pokok yang besar.
Sesampai sahaja, mereka memberi salam tetapi tidak ada sesiapa yang menyahut salam mereka. Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan satu suara lelaki. Rupa-rupanya penghuni rumah itu adalah seorang lelaki orang asli. Dia mengajak mereka masuk ke dalam rumahnya. Lelaki itu membahasakan dirinya Pak Malam. Pak Malam memberitahu ada yang mengekori mereka ke rumah itu. Dia menyuruh Zura berehat di dalam biliknya.
Jack dan Nik berasa hairan dengan kelakuan Pak Malam yang seakan tidak memperdulikan keadaan mereka yang baru lepas aksiden. Zura pulak lebih teruja melihat gambar Pak Malam bersama isterinya. Dia melihat ada kalung yang sama yang terletak di dalam laci bilik. Dengan perasaan ingin tahu, Zura menyarungkan kalung itu ke lehernya.
Zura merasakan ada sesuatu di luar rumah Pak Malam itu, dia mengintip di celah-celah lubang, tiba-tiba handphone dia berbunyi. Bila dia teliti handphonenya, dia merasakan ada kelibat yang berlalu dibelakangnya. Dia seakan terdengar suara perempuan mengilai. Tiba-tiba pintu bilik tertutup, tingkap jugak tertutup dan bilik itu seakan bergegar-gegar. Tiba-tiba kakinya dibelit dengan rambut yang panjang yang masuk dari arah lubang lantai rumah. Zura menjerit ketakutan.
Nik dan Jack yang berada di luar bilik tidak mendengar jeritan Zura. Nenek tua yang dijumpai Zura di dalam hutan itu, berada di dalam bilik itu. Dia memanggil-manggil nama Zura. Zura menjerit meminta tolong.
Nik tertanya-tanya adakah Zura dah tidur kerana tadi Zura hanya bergegas masuk dalam bilik setelah melihat gambar isteri Pak Malam. Jack mencadangkan mereka tidur dahulu. Bila hari telah siang barulah Nik mencari Zura. Bila Nik nak memejamkan matanya. Jack mahu menyentuh luka di dagu Nik. Nik memarahi Jack kerana beranggapan perbuatan Jack itu pelik.
Ida sedang bersiap-siap untuk mandi. Dia tidak mahu tidur dalam keadaan yang berpeluh dan dengan darah dari luka di badannya. Dia menjumpai kain batik yang telah berabuk dan memakainya setelah dibersihkannya. Ida pergi ke bilik air yang terletak di luar rumah Pak Malam. Dia merasakan ada lembaga mengekorinya tetapi dia memberanikan dirinya jugak untuk mandi.
Di dalam rumah, Nik dan Jack sedang berbicara mengenai kejadian yang menimpa mereka tiba-tiba Jack terpandangkan Zura berdiri di depan gambar Pak Malam dan isterinya. Tiba-tiba Zura duduk sama seperti isteri Pak Malam. Jack bertanya samada Zura nampak Ida atau tidak. Tetapi Zura hanya mendiamkan diri sahaja.
Sedang dia mandi, dia terdengar suara mengikutnya menyanyi. Dia pun bergegas masuk ke dalam rumah. Bila dia membuka pintu, dia terus mendapatkan Zura yang telah terbaring di lantai bilik. Nenek tua itu sudah tiada. Dan rambut yang membelit Zura juga telah tiada.
Tiba-tiba Nik dan Jack mendengar suara Zura dari dalam bilik. Jack dan Nik berpandangan kerana Zura ada di depan mereka. Sedang mereka kehairanan, makhluk yang menyerupai Zura itu telah menarik Nik dan Jack ke udara. Zura dan Ida menjerit-jerit memanggil nama Jack dan Nik. Sedang keadaan kelam kabut, Pak Malam muncul dan membaca mentera dan menolak pintu tersebut. Pintu terbuka dan Pak Malam terpandang makhluk yang menyerupai isteri dia. Pak Malam menjerit menyuruh makhluk itu pergi dari rumahnya. Jack dan Nik tercampak ke bawah setelah dilepaskan oleh makhluk itu. Zura dan Ida bergegas mendapatkan Nik dan Jack.
Pak Malam memberitahunya makhluk halus dan syaitan-syaitan memang ada di sekeliling mereka. Dan berbuat apa sahaja semahu mereka. Zura menyuruh Pak Malam berpindah kerana rumah yang didiami Pak Malam itu berhantu. Tetapi Pak Malam tidak mahu kerana di situlah isterinya mati. Lagipun tiada tempat lain yang boleh ditujuinya.
Pada malam itu, mereka berkumpul tidur di dalam bilik. Jack mengalami demam panas. Zura dan Ida mengambil keputusan untuk bergilir-gilir tidur supaya dapat menjaga Jack dan Nik. Zura mahu menanggalkan kalung yang dipakainya tetapi tidak berjaya. Kalung itu seakan-akan mengecil di leher Zura. Zura tertidur selepas itu.
Pak Malam turun ke belakang rumahnya secara senyap-senyap. Dia menuju ke kubur isterinya. Dia merayu supaya hantu belaan isterinya itu tidak menganggu Zura. Dan pergi sahaja dari situ. Bila dia masuk ke dalam rumah, dia melihat Zura sedang tidur dalam biliknya.
Ida yang sedang berjaga, merasakan dirinya diikat dengan rambut. Dia menjerit sekuat hatinya. Tetapi bila dia tersedar itu hanya khayalannya sahaja. Tiba-tiba dia terdengar namanya dipanggil. Dia melihat ke luar dan terpandang abangnya yang telah mati eksiden. Dia mengejar abangnya sampai ke tengah hutan. Abangnya memang sengaja menyuruh Ida mengejarnya. Bila sampai di tepi jalan, abangnya menuduh Ida suka dengan kematiannya. Ida menafikannya dan memohon supaya abangnya memaafkannya. Tetapi abangnya yang sudah menjadi hantu itu bertindak melanggarnya. Ida berusaha mengelak dan terjatuh ke dalam gaung dan mati setelah kepalanya terpacak kayu yang berceracak di situ.
Jack mendapati lukanya semakin parah. Dan dia dapati dirinya sudah bertukar hantu. Dia keluar rumah dan menurut arahan dari budak lelaki yang berpakaian uniform sekolah itu.
Zura tersedar apabila dia mendengar suara Jack menjerit memberitahu yang mereka sudah berjumpa dengan jalan keluar dari tempat itu. Zura bergegas keluar mencari mereka. Sedang Zura terjerit-jerit mencari Ida dan Jack, Pak Malam menyuruh Zura membiarkan mereka pergi. Pak Malam memberitahunya yang kawan-kawannya hanya menyusahkan dirinya sahaja dan akan menyebabkan dirinya tersesat. Zura memarahi Pak Malam yang pada anggapannya keterlaluan dengan berkata begitu.
Zura masuk semula ke dalam rumah dan mengejutkan Nik yang sedang tidur. Dia memberitahu Nik yang Ida dan Jack telah hilang. Nik bergegas bangun dan mencari Jack. Dia melihat Jack berlari di belakang rumah Pak Malam. Zura membuka laci dan mengambil surah yassin dan membawanya bersamanya.
Di luar rumah, Zura dan Nik mencari Jack. Nik menjumpai Jack sedang duduk mengupas kulit luka di mukanya. Dia meminta Zura menolongnya. Jack memberitahu yang dirinya telah dikawal oleh kawanya iaitu budak lelaki berpakaian sekolah dengan ibunya. Bila terpandangkan makhluk yang ditunjuk Jack, Nik dan Zura berlari meninggalkan Jack. Mereka berlari ke tengah hutan.
Bila sampai di kawasan perkuburan, Nik telah ditarik oleh tangan-tangan yang terdapat didalam lubang kubur itu. Zura berusaha menarik Nik naik tetapi tidak berhasil. Di saat itu muncul makhluk perempuan tua yang hodoh itu. Dia bertanya samada Zura tersesat dan tak dapat cari jalan pulang. Kemudian, muncul Jack dan Ida. Zura membaca ayat kursi tetapi dia tidak yakin dan tidak mahu maknanya sehinggakan Jack yang telah menjadi hantu itu turut membaca ayat kursi itu.
Muncul Pak Malam, dia menyuruh perempuan hodoh itu pergi dari situ dan jangan menggangu Zura tetapi makhluk itu tidak mahu pergi. Dia mahu terus menyesatkan Zura melalui kalung yang dipakainya itu. Kemudian muncul Nik yang menghulur tangannya kepada Zura dan menyatakan mereka akan hidup bahagia di sini selama-lamanya. Tetapi Zura terpandangkan Nik yang berada di dalam lubang sedang mengelupur di tarik tangan-tangan di dalam lubang itu.
Pak Malam menyuruh Zura kuatkan semangat, dan membaca ayat kursi dengan penuh yakin, bukan setakat menghafal sahaja tetapi tahu makna ayat kursi itu sendiri. Dengan penuh yakin, Zura mula membaca makna ayat kursi itu. Semua makhluk yang menganggunya telah tiada. Dia menolong Nik naik ke atas semula. Dan mereka berlari ke arah jalan untuk meminta pertolongan.
Bila tiba di atas jalan raya, mereka ternampak ramai orang dan kenderaan polis banyak di situ. Mereka pun menghampiri dan alangkah terkejutnya Zura bila melihat Jack dan Ida telah mati. Tiba-tiba dia melihat Nik jugak turut terbaring di sebelah Jack. Dia melihat Nik yang berada disebelahnya. Pak Malam menyuruhnya melepaskan Nik pergi. Sebenarnya, Pak Malam hanya nampak Zura sahaja pada waktu Zura sampai ke rumahnya. Yang dimaksudkan Pak Malam ada yang mengekorinya adalah kawan-kawan Zura itu. Barulah Zura memahami akan kata-kata Pak Malam itu.
Dengan berat hati Zura melepaskan Nik pergi. Nik kembali ke jasadnya dan Zura meraung kesedihan melihat semua rakan-rakannya telah mati. Tamat ...
Makna ayat Kursi :
“Allah tidak ada AIlah melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izin-Nya, Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.” (Q.s.,al-Baqarah:255)
0 comments:
Post a Comment