Saka Gelam terus-terusan menganggu Nia. Bukan setakat itu, Saka Gelam juga menyelamatkan Nia dari di rompak ketika mengeluarkan wang dari bank. Saka Gelam jugak menyerupai perempuan cantik untuk mengelirukan Nia. Nia yang masih mempercayai yang Puteri Jarum Permata itu wujud dengan mudah mempercayainya.
Fauzan makin angau dikerjakan hantu perempuan cantik. Datin yang bimbang akan perangai pelik Fauzan meminta nasihat Nia. Nia menyarankan supaya Datin membawa Fauzan berjumpa pakar jiwa. Takut kalau dibiarkan semakin teruk jadinya nanti.
Fauzan meminta restu Datin untuk mengahwini Ros iaitu hantu perempuan cantik. Fauzan memperkenalkan Ros kepada Datin namun Datin tidak melihat sesiapa di situ. Hanya mereka berdua sahaja yang ada. Datin menyuruh Fauzan berhenti berpura-pura seperti orang tak siuman. Pada Datin perbuatan Fauzan itu hanyalah supaya ibunya tidak mendesak dia menerima Nia.
Pak Abbas terjumpa hantu ibu Nia semasa nak balik ke rumah selepas berjemaah di surau. Lintang pukang Pak Abbas lari ke rumah Roslan. Roslan membuat air jampi. Di sembur muka Pak Abbas dengan air jampi itu. Setelah 3 kali semburan barulah Pak Abbas sedar dari kerasukaan.
Pak Abbas menyuruh Roslan meminta pertolongan dari Pak Berahim. Pak Berahim bersetuju menolong mereka. Sesampai di rumah Roslan, Pak Berahim pun memagar rumah itu dengan barang yang sudah dijampinya. Sekali dicampakkan sahaja, keluar asap berkepul-kepul dari tanah. Rupanya bukan 1, tapi banyak lagik jin yang tersembunyi di situ. Mereka menggunakan lori untuk membuang jin-jin yang telah ditangkap oleh Pak Berahim.
Adrus meminta pertolongan Sha untuk mengorat Nia. Dia tak konfiden untuk meluahkan rasa hatinya pada Nia. Dia sedar dirinya tidak ada apa-apa untuk bergandingan dengan Nia. Sha menyampah dan meluat dengan perangai Adrus itu. Dan tidak mahu menolongnya.
Pak Berahim yang bersetuju untuk menolong Nia telah mendapat satu gambaran peristiwa zaman dahulu dimana bermulanya kewujudan Saka Gelam. Dan juga kewujudan Puteri Jarum Permata. Pada malam itu dia bermentera memanggil Puteri Jarum Permata.
Sedang Nia tidur, tiba-tiba dia terjaga dari tidurnya kerana merasakan ada sesuatu di bilik tidurnya. Bila diamati, dia mendapati seorang perempuan cantik yang kelihatan seperti seorang Puteri berada di dalam biliknya sambil memandangnya. Kemudian, Puteri itu mendekatinya dan memberikan sekuntum bunga kepada Nia. Nia menyambut bunga itu dan bersambung .... tunggu episod 4 daaaa ...
0 comments:
Post a Comment