Sambungan dari episod 1 :
Apabila Nia terjaga dari tidur, dia terlihat saka Gelam tergantung di atasnya. Dia memarahi saka Gelam itu kerana berani menggangu tidurnya. Dia menyuruh saka Gelam itu pergi dengan menjerit sekuat hati. Rupa-rupanya Nia hanya bermimpi.
Keesokkan harinya, Nia mendapat panggilan telefon dari Pak Langnya yang menyatakan ibunya telah meninggal dunia. Nia yang berada di rumah Adrus, bergegas balik ke rumahnya ditemani Adrus.
Sementara itu, Pak Lang Nia bersama ketua kampung pergi ke kubur ibu Nia. Meninjau-ninjau keadaan kubur itu. Manalah tau kubur itu berlubang ker, tanda mayat keluar dari kubur. Tapi tiada apa-apa perubahan pun pada kubur ibu Nia itu.
Pak Lang Nia memberitahunya yang diaorang tak sempat nak buat kenduri tahlil kerana ada kejadian yang tidak diingini berlaku semasa pengkebumian ibu Nia. Nia yang memahami hanya mengganguk. Mereka bercadang mahu membuat kenduri tahlil itu malam ini.
Datin iaitu boss tempat Nia bekerja mengetahui yang ibu Nia telah meninggal dunia. Dia bersama anaknya, Fauzan datang ke rumah Nia. Dia memberitahu Nia segala perbelanjaan untuk kenduri tahlil itu ditanggung olehnya.
Bapa Adrus, Pak Berahim baru sahaja mahu pergi ke rumah Nia apabila ada seorang perempuan iaitu Zeti (Dynas) menelifonnya untuk berubat dengannya. Dia memberitahu bahawa dirinya telah terkena ilmu hitam suaminya. Pak Berahim pun bersungguh-sungguh mengubati Zeti. Berlagak pandai sahaja padahal semuanya tipu belaka.
Pada malam kenduri tahlil, semasa bebudak katering sibuk menyiapkan makanan untuk majlis tahlil itu, mereka dikejutkan dengan kedatangan hantu ibu Nia. Semua cabut lari. Yang didalam rumah bertanya kenapa kecoh-kecoh? Mereka menunjukkan ada hantu kat situ. Semua cabut lari. Tapi Nia menghalang Pak Langnya lari. Dia menyuruh Pak Langnya berlawan dengan hantu ibu Nia itu.
Ketika itulah, Datin tiba di rumah Nia. Semua orang menunjuk ke arah hantu itu tetapi Datin tidak nampak pun hantu itu sedangkan hantu itu berdiri disebelahnya.
Apabila Datin balik ke rumah dia, hantu yang dirumah Nia itu pun ikut sekali Datin tu balik. Dia menggangu si Fauzan tidur.
Pak Berahim yang mengetahui akan gangguan di rumah Nia itu menyuruh Adrus menghantar garam yang dijampinya ke rumah Nia. Di rumah Nia, Nia sedang memanggil Puteri Jarum Permata. Sedang dia asyik memanggil tiba-tiba terdengar suara perempuan. Nia menyangkakan Puteri Jarum Permata yang datang, rupa-rupanya saka Gelam yang datang. Nia memarahi saka Gelam yang mempermainkannya. Sedang Nia memarahi saka Gelam itu, kawan serumahnya mendekati Nia dan ternampak saka Gelam itu. Di kala itulah Adrus sampai. Kawan Nia membuka pintu dan Adrus ternampak saka Gelam itu. Dia membaling saka Gelam itu dengan garam pemberian Pak Berahim sambil menjerit ALLAH HU AKBAR. Saka Gelam itu hilang dari pandangan setelah dilempar garam oleh Adrus. Selepas itu Adrus pun pengsan.
Setelah sedar dari pengsan, Adrus bertanya apa benda makhluk hitam itu. Nia menerangkan itulah saka ibu dia si saka Gelam. Saka Gelam nak cari tuan baru sebab tuan lama dia dah mati. Tuan baru tu Nia lah.
Pak Berahim berasakan yang dia harus membantu Nia. Adrus telah menceritakan segalanya pada Pak Berahim. Sedang mereka mahu pergi ke rumah Nia, Zeti datang mencari Pak Berahim. Keadaannya lebih teruk lagi sehinggakan mukanya lebam-lebam dikerjakan makhluk yang besar dan berbulu. Pak Berahim bertindak memandikan Zeti dengan air bunga-bungaan yang telah dijampi bersama Adrus.
Setelah selesai upacara itu, mereka pun bertolak ke rumah Nia. Zeti bermurah hati ingin menghantar Pak Berahim dengan keretanya sedangkan Adrus menaiki motosikalnya. Semasa di dalam kereta Zeti, mak Adrus menelifon Pak Berahim. Zeti sengaja bertanya arah jalan ke rumah Nia supaya isteri Pak Berahim tahu yang Pak Berahim bersama perempuan lain. Isteri Pak Berahim berasa marah dan menuduh Pak Berahim.
Datin meminta Nia datang ke rumahnya kerana mahu berbincang pasal kerja denganya. Si Fauzan melihat seorang perempuan cantik yang bernama Ros di taman. Dia berbual-bual dengan perempuan itu. Datin terlihat kelakuan anaknya. Dia tidak nampak sesiapa bersama anaknya dan menuduh Fauzan sengaja berbuat demikian kerana tidak sukakan Nia.
Semasa Nia sampai ke rumah Datin, Fauzan sengaja buat perangai pelik. Dia memeluk Nia sehingga Nia tergamam. Dia meja makan dia sengaja mengambil makanan dengan banyak sehingga habis semuanya. Nia dan Datin terpinga-pinga dengan perbuatan Fauzan itu.
Bersambung ...
0 comments:
Post a Comment