Tuesday, September 24, 2013

Sinopsis Asmara Luna - Episod Akhir

Abis sudah cite Asmara Luna lakonan Siti Saliha ... malam tadi episod last ... tak tau la nak dikatogerikan sad ending atau happy ending ... tapi semua dah settle ... Adam pun dah dapat terima awek pilihan ibu dia ... ibu dia pun dah meninggal ... Luna still ngan Habib hingga ke akhirnya ... layan joommm sinopsis Asmara Luna episod akhir ni ...

Sinopsis oleh : aznanie


Luna menyambung kembali pelajarannya selama 3 tahun. Atas permintaannya, tempat dia belajar dirahsiakan dari pengetahuan ibu kandungnya. Luna mahu memberi ruang untuk ibu kandungnya melupakannya kerana dia tidak mahu ibu kandungnya terus-terusan mendesak untuk kembali dalam hidupnya.

Adam mulai dapat menerima kenyataan yang Luna adalah anak saudaranya. Lantas, diterima cinta Nabilah tambahan Nabilah adalah pilihan ibunya.

3 tahun sudah berlalu. Luna sudah kembali. Habib masih setia di sisi. Emma adalah orang paling gembira kerana hasratnya untuk berkakak iparkan Luna akhirnya tercapai. Luna juga bahagia kerana akhirnya Habib menjadi miliknya setelah sekian lama memendam perasaan terhadap Habib.

Kepulangan Luna diketahui oleh ibu kandungnya. Pertemuan antara mereka tidak dirancang. Luna meminta ibu kandungnya itu melupakan dirinya sebagaimana sebelumnya. Dia tidak mahu ibu kandungnya hadir dalam kehidupanya. Dia masih ingat kata-kata yang diucapkan oleh ibu kandungnya dulu. Hatinya sakit dengan kata-kata itu. Ibu kandungnya amat menyesal dan berusaha memujuk Luna supaya memaafkan dirinya dan kembali ke pangkuannya. Tetapi di tolak oleh Luna.

Luna sebenarnya bukanlah membenci ibu kandungnya itu. Cuma dia tidak mahu kehadirannya akan mendatangkan masalah kepada semua. Jadi biarlah dia mengingati ibu kandung dan keluarga itu senyap-senyap, hanya dalam hatinya seperti dulu-dulu.

Ibu kandung Luna masih berharap agar Luna dapat menerima dirinya dan kembali ke pangkuannya. Dia mahu menebus segala kesilapan masa silamnya. Tamat ....

Para pelakon :
Siti Saleha sebagai Luna Najwa
Aidil Aziz sebagai Adam
Sofea Jane sebagai ibu kandung Luna

* Jalan cite yang mudah difahami ... lakonan para pelakon pun ok ... tak de la kaku sangat .... best akhirnya Luna ngan Habib ... lagu yang Habib nyanyi tu best la .. apa tajuk eaaa ...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...