Sunday, March 20, 2011

Rombongan Menghantar Pengantin - Perjalanan Pergi Dan Cabaran

18/3/2011

Hari ni ikut rombongan menghantar pengantin ke rumah pengantin lelaki di Felda Tementi, Pahang. Sebanyak 6 buah kereta yang mengiringi kereta pengantin. Kami bertolak kira-kira jam 3.00 petang selepas Imam Ngatijan selesai membacakan doa perjalanan. Semoga perjalanan kami ini mendapat perlindungan dari Allah S.W.T .. amin.. amin ..

Seramai 21 orang termasuk pengantin yang menyertai rombongan ini. 1 buah kereta lagi bertolak malam sebab drivernya kerja. Balik kerja kul 11.00 malam nanti.

Cik Samat cakap tak yah konvoi ... bahaya .. jadi kami di minta menunggu kat mersing untuk check point .. haha .. untuk pastikan tak de siapa yang tertinggal .. dari Mersing baru gerak sesama ke Muadzam Shah.

Di Mersing kami berkumpul di stesen minyak Esso tapi memandangkan dah masuk waktu asar, jadi kami gi ler Masjid yang berdekatan untuk menunaikan solat asar. Selesai menunaikan solat kami pun bertolak semula ke Felda Tementi.

Sampai jek kat simpang masuk ke Muadzam Shah tu ada gerai tepi jalan yang jual buah-buahan. Ada kedai makan jugak kat situ. Sebahagian rombongan gi makan, manakala sebahagian lagik tak makan, just beli makanan ringan jek ... anak-anak main ler .. apa lagik .. dah nak naik kereta baru terpandang gerai jual burger .. haha .. melepas ler nak makan burger ..

Selesai makan, kami pun meneruskan perjalanan semula. Masa tu hari dah nak gelap. Around 6 lebih ler .. masuk jek waktu maghrib, kami pun gi ler ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib. Lama jugak kami berada di Masjid itu. Selain bersolat ada jugak rombongan yang membasahkan badan. Menyegarkan lagik badan yang terasa melekit di basahi peluh. Ada gak yang makan-makan. Snap-snap gambar sikit .. hehe 


Ni berenti isi minyak kat Petronas Muadzam Shah. Sebelum gi masjid yang berhampiran untuk solat maghrib ...
Kat masjid .. ada yang makan .. anak-anak main buih sabun .. yang dewasa lepak-lepak kejap hilangkan penat ..  
Kemudian, kami meneruskan perjalanan semula. Menurut pengantin lelaki perjalanan tidak ler berapa nak jauh lagik .. sekitar 45 minit lagik sampai ler ke Tementi. Jadi kami semua menarik nafas lega ler .. maklum ler setengah hari duduk dalam keta .. dilambung keta .. rasa bengkok tulang ... haha .. cam aku pulak yang memandu .. en.suami aku rilex jek .. haha ..

Keadaan jalan tak berapa nak elok bila dah mula masuk ke kawasan hutan. Dengan bengkang bengkoknya cam ular kena palu .. keadaan jalan yang berlubang .. suasana gelap malam .. menyukarkan pandangan kami .. apatah lagi en.suami yang mempunyai masalah penglihatan .. rabun daaa ..

 Tiba-tiba .. gedegang .. keta en.suami terlanggar lubang .. memang kuat ler hentakannya .. tak lama selepas itu .. tayar keta en.suami terasa melompat-lompat. En.suami pun memberhentikankan kereta. Sekali tengok tayar belah kiri hadapan dah pecah .. masyallah ... dah ler malam .. tengah hutan pulak tu .. nasib baik konvoi reramai .. walaupun 3 keta di hadapan dah tinggalkan kami .. nasib baik ada keta adik-adik en.suami yang follow dari belakang kami. Kalau kami di belakang sekali .. payah ler .. pulak tu signal hp tak de kat kawasan tu .. tengah hutan ler katakan ..
Sekadar gambar hiasan
 En. suami menukar tayar spare di bantu adiknya, enal. Siap jek pasang tayar spare .. tayar spare pulak tak de angin .. aduhhh .. lepas satu .. satu masalah .. en.suami dah pening .. nasib baik enal pakai wira. Pinjam tayar spare enal dulu. Dan nasib baik jugak tayar spare enal buleh masuk kat keta satria gti en.suami. Fuhh .. lega ..

Pengantin lelaki yang risaukan tak banyak keta yang follow dia .. pusing balik mencari kami ... dia sampai masa kami sedang memasang tayar spare enal .. jadi dia tolong pasangkan .. tak lama selepas itu, ada sebuah keta berhenti di belakang keta kami, rupa-rupanya keta tu pun masuk lobang yang en.suami langgar tadi. Tapi tayar dia tak pecah .. cuma ada bunyi bila keta bergerak .. agaknya rim dia bengkok kot .. ewah cam tau jek .. hehe ..

Di sebabkan kalut dengan kejadian yang menimpa kami itu, sampai lupa nak amik gambar. Kalau tak ... ada gak kenangan en.suami menukar tayar di tengah malam dan di tengah hutan. Memang tak terklik dalam pala hotak nak amik gambar mentelah kamera dan hp kat dalam keta yang tayarnya sedang di tukar. Mana buleh bukak keta .. karang tumbang pulak keta yang dijek bawahnya tu .. haha

Selesai menukar tayar .. kami pun meneruskan perjalanan tapi keta en.suami tak leh dipandu laju .. sebab pakai tayar spare yang tak tau kukuh ke tidak .. huhu .. jadi en.suami di follow oleh adik-adik kami .. tak berani nak tinggal jauh-jauh .. takut ada lagik kejadian yang tidak diingini .. keta pengantin yang mendahului begitu berhati-hati memberi arah tunjuk jalan .. setiap jalan yang berlubang diberi isyarat dengan menyalakan lampu kecemasan .. huhu .. terima kasih nua kerana prihatin pada kami ..

Setelah 1 jam perjalanan, kami pun sampai ke Felda Tementi. Betapa leganya perasaan kami. Kami di bawa ke rumah pengantin dahulu untuk menikmati hidangan yang telah di sediakan. Menu malam tu ialah masak lemak rebung kelapa sawit, ikan kering bulu ayam, sambal  belacan, ulam-ulaman, telur rebus sambal tumis, kari kerisik daging kambing ngan sup tulang kerbau .. haha .. yang tak pernah makan kerbau, memula nak makan tu muka berkerut seribu .. tapi lepas mencuba .. wah .. sampai bertambah .. sedap sup nya .. pandai orang Tementi masak sup .. sedap .. huhu ..


Pengantin makan dengan selera nya .. maklum la jalan jauh .. pengantin perempuan, tam .. makan tak toleh-toleh .. haha

Anak sedara aku, epa .. makan sup daging kerbau .. sedap sangat sampai makan dengan tangan ..

Ayen, makan sampai menghirup pinggan .. first time makan sup daging kerbau .. biasa makan sup daging lembu jek
 Selepas makan, kami di bawa ke rumah tempat kami tumpang bermalam. Pada mulanya, tuan rumah iaitu bapak pengantin lelaki menyuruh kami bermalam di balai raya tapi last minute, ada sedara-mara tuan rumah yang sanggup offer rumah dia untuk di jadikan tempat kami bermalam.

10 minit jugak dari rumah pengantin ke rumah penyangah kami ni .. kalau naik keta ler .. huhu .. bila sampai jek .. wah .. beso umah nya .. muat ler kami ni .. tak yah ler asing-asing lelaki n perempuan .. muat sangat kalau satu rumah jek .. tuan rumah kami ni baik orang nya.. ramah sangat .. sediakan totoo n bantal n tikar yang mencukupi .. bilik pun di benarkan kami menggunakannya ..

Siangnya di sediakan sarapan .. nasi lemak .. roti canai .. air teh panas, air kopi, teh o ... macam-macam ada .. terima kasih tuan rumah sebab sudi melayan kami ni .. menyediakan bermacam-macam kemudahan pada kami .. terima kasih sekali lagik ..

Yang pakai baju pink tu ler tuan rumah .. yang pakai baju kuning tu mak aku ... huhu

* Nanti aku wat pulak upacara sambutan pengantin di rumah pengantin lelaki di Felda Tementi, Pahang.









0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...