Sunday, September 18, 2011

Cerekarama 'Bara Cinta Ramadhan'

Cerekarama malam tadi sedih .. sad ending ... biasalah kalau cite cam ni mesti ending nya sedih .. kalau tak sedih .. kurang feel la orang jahat nak insaf ... hehe ... macam pro pulak aku ni bagi komen .. entah apa-apa tah .. hehe .. jadi jom layan cerekarama Bara Cinta Ramadhan yang digarap sinopsisnya oleh aku ...

Sinopsis oleh : aznanie

Mengisahkan tentang kemelut rumahtangga yang dihadapi Malek (Zamarul Hisham) dan Rozita (Jasmin Hamid). Hubungan mereka baik-baik sahaja tetapi campurtangan dari keluarga Rozita terutama ibunya, Arfah (Fauziah Nawi) membuatkan hubungan mereka sedikit terganggu. Malek hanya seorang pemandu lori di syarikat pembinaan. Gaji yang diperolehinya hanya cukup-cukup untuk makan dan persekolahan anak-anaknya sahaja. Kerana itulah mereka menumpang tinggal bersama ibu Rozita.

Rozita memahami keadaan suaminya yang tidak mampu menyediakan kesenangan kepada mereka anak-beranak. Sebab itulah dia tidak pernah meminta yang bukan-bukan. Dia tidak mahu menambah bebanan suaminya. Tetapi ibunya terus-terusan memperlekehkan suaminya. Rozita tak tahan dengan kata-kata ibunya yang selalu memandang rendah akan suaminya itu.

Arfah selalu membanding-bandingkan Malek dengan Samsudin (Ako Musthapa) suami adiknya, Maznah (Zarina Zainoordin). Jika Maznah pulang ke kampung, dia disambut bagaikan tuan puteri. Masakan yang lazat-lazat dihidangkan kepada mereka. Sedangkan Rozita sekeluarga dilayan sebagai orang tak berguna di mata Arfah. Dia sebenarnya bencikan Malek. Kerana Malek tidak kaya dan tidak berpendidikan seperti Samsudin. Dia marahkan Malek kerana baginya Malek seorang yang pemalas. Tidak mahu berusaha untuk memajukan diri dan memberi kesenangan kepada isteri dan anak-anak. Ini kerana Malek tidak mahu membuat kerja lebih masa pada bulan Ramdhan dengan alasan dia mahu beribadat bersama anak-anaknya.

Arfah menghasut Rozita supaya mendengar katanya. Dihasutnya Rozita supaya memaksa Malek membelikan rantai emas dan langsir. Cuma bayar deposit sebanyak Rm 500.00 sahaja. Yang bakinya boleh dijelaskan secara ansuran bulanan. Rozita terpaksa bersetuju dengan rancangan ibunya. Dia sebenarnya tersepit di antara ibu dan suaminya. Dia tahu keadaan kewangan suaminya tetapi dia tidak dapat membantah kata-kata ibunya. Malek berasa tertekan dengan keadaan itu. Dia tidak menyalahkan isterinya kerana dia tahu isterinya itu telah dihasut oleh ibu mertuanya.

Raya semakin hampir. Persiapan raya semuanya tidak disediakan lagi. Malek semakin tertekan dengan keadaan itu. Gaji yang diperolehi tidak mencukupi untuk menyediakan keperluan raya. Ditambah dengan bayaran deposit rantai emas. Malek mencuba mendapatkan pinjaman daripada tokey tempat kerjanya. Nasib baik dia berjaya mendapatkannya.

Dengan perasaan gembira, Malek mengajak Badrul (Roy Azman) satu-satunya kawan yang paling baik, yang selalu dicurahkan masalahnya, menemaninya pergi ke bazar ramadhan untuk membelikan anak-anaknya juadah yang menjadi idaman mereka. Dalam perjalanan pulang, Malek dilanggar kereta. Badrul yang melihat kejadian itu terus meluru ke arahnya.

Badrul memberitahu Rozita yang Malek telah dilanggar kereta dan mengajak Rozita ke hospital untuk melihat Malek. Bila terdengar sahaja Malek telah dilanggar kereta, Rozita terus rebah tidak sedarkan diri.

Rozita menyesal dengan tindakannya dulu. Penyesalan yang tiada gunanya lagi kerana Malek telah pun pergi mengadap yang ESA. Arfah dan Maznah juga menyesal dengan perbuatan mereka dahulu. Tamat ... 

* Menangis aku tengok ending cite ni ... ceday .. tapi memang kata orang kalau duduk bersama mentua ni banyak buruknya dari baiknya .. macam-macam cite kita dengo .. mesti ada yang rasa tak puas hati .. atau berkecil hati .. jadi kesimpulannya, jangan duduk umah mentua lama-lama sangat ... duk umah sendiri .. kalau tak mampu beli umah .. menyewa lah dulu .. asalkan tidak menumpang umah mentua .. hehe .. ye ker .. tak ada la kot .. ada jugak yang hidup aman damai bersama mentua dan menantu .. pokok pangkalnya ..nawaitu masing-masing .. kalau niat kita baik .. insyallah .. hidup kita akan diberkati  oleh yang ESA .. perbanyakkan berdoa dan memohon kebahagiaan dunia dan akhirat .. amin ..

4 comments:

Anonymous said...

lakonan zamarul roy terbaekkk...

aznanie said...

memang le .. diaorang kan pelakon yang hebat .. jasmin hamid pun best jugak .. semua la pelakon cite ni terbaekkk ...

Puan Awin said...

mohon kebenaran copy sinopsis dari akak ye ...

Unknown said...

saye nak tanye lah,,,ape tajuk lagu ending bara cinta ramadhan ni ? saye nak download lagu nye,tapi tak tau judul

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...