Saturday, March 05, 2011

Sinopsis Novel 'Kau Untukku'

" Rahsia di hati tak siapa yang tahu"

Sinopsis oleh : aznanie

Pertama kali bertemu Nurul Umairah, hati Ahmad Fuad sudah terpaut. Biarpun gadis itu sudah dimiliki, namun perasaannya tidak pernah berubah walaupun terpaksa menyembunyikan rahsia hatinya dalam-dalam.

Bila Jefri, tunang Nurul terkorban dalam kemalangan, Fuad menawarkan kasihnya. Nurul menolak kerana tidak mungkin dia mengalih perasaan pada lelaki lain dalam sekelip mata sahaja. Kebijaksanaan Fuad akhirnya meruntun tembok yang dibina Nurul. Dia akhirnya menerima Fuad tanpa mengetahui rupa-rupanya ada gadis lain sedang menagih kasih lelaki itu semula.

Akhirnya, Nurul mengetahui juga yang bukan hanya dirinya mendambakan kasih Ahmad Fuad. Yang menjadi saingannya adalah Ellina Batrisya Tan Sri Salleh. Bukan hanya perbezaan darjat yang menjadi persoalannya tetapi keluarga Ahmad Fuad sendiri menyokong hubungan Ellina bersama Ahmad Fuad.

Tinggallah Nurul terkapai-kapai sendiri mencari kekuatan untuk mempertahankan cintanya. Sangkanya Ahmad Fuad hanya mempergunakannya untuk membalas perbuatan Ellina yang pernah meninggalkannya dulu.

Bersama prasangka itu, Nurul menghilangkan diri dari Ahmad Fuad. Membawa hati yang luka ke daerah yang tak mungkin Ahmad Fuad jejaki. Keluarga Nurul jugak menyokong tindakan Nurul.

Tanpa di sangka. Tanpa dipinta pertemuan kembali terjadi antara Nurul dan Ahmad Fuad. Ahmad Fuad meminta penjelasan atas tindakan Nurul itu. Namun segalanya sudah berakhir bagi Nurul. Hatinya sudah terluka. Luka yang parah.

Setelah Ahmad Fuad menerangkan kedudukan yang sebenarnya, namun masih belum cukup kuat untuk menarik kembali Nurul kembali ke pangkuannya. Ahmad Fuad tekad. Hati Nurul harus di tawan semula. Dia akan berusaha agar Nurul jatuh cinta semula pada dirinya biarpun keluarganya masih enggan menerima Nurul.

Benar kata orang, kalau dah jodoh tak kemana. Akhirnya, Nurul mengalah dan menerima kembali Ahmad Fuad dalam hidupnya apabila dia menyedari hanya lelaki itu yang bertahta di hatinya. Dan keluarga Ahmad Fuad juga merestui hubungan mereka. Mereka pun disatukan dan bahagia hingga ke akhirnya.

"Kau untukku", desis hati Nurul Umairah bahagia.

Penulis    : Aisya Sofea
Terbitan  : Alaf 21
Point      : 5/5

*Best sesangat novel ni ... dah beberapa kali aku ulang baca novel ni ... tak jemu ... tak bosan ... makin baca, makin best ... huhu .. paling suka masa Nurul bergandingan dengan Ahmad Fuad masa kat Coral Beach .. best sangat .. cam pasangan yang ideal jek .. geram pun ada masa Ahmad Fuad tu cam tak de apa jek masa dia kuar makan dengan Ellina tu .. kata tak de perasaan dah kat Ellina tu tapi masih kuar makan sesama ... selalu pulak tu .. hmm .. tak reti langsung nak jaga hati si Nurul tu .. yang Nurul ni pulak suka pendam dalam hati jek semua masalah .. cam masa emak si Fuad suruh booking tiket untuk Ellina pergi bercuti dengan keluarga Fuad pun dia tak cakap dengan Fuad .. main buat andaian sendiri jek ... pada aku jalan ceritanya mudah jek kalau saling percaya dan berterus terang ... tapi ni ler yang di katakan novel ... bersimpang siur cam kehidupan sebenar jugak ... huhu ...  

8 comments:

ZAIDAHTUL AKMAL said...

Yeke...wah...macam ne kalau ade mase leh la g carik novel ne..

tentang aku said...

yer .. best novel ni .. bila start bace terus tak leh stop .. nak tau jek kelanjutannya .. dan banyak gak ler air mata yang tumpah kerananya ... hehe

LuvChronicles said...

betul! novel ni memang best sangat-sangat. silalah singgah bloku juga..ada novel juga..karya sendiri luvchronicles-takdircinta.blogspot.com

aznanie said...

salam ...
Dah tengok blog awak ..dan dah baca karya awak .. buleh tahan .. teruskan usaha awak tu yek ..

Anonymous said...

sya x bce novel tpi saya tengok telefilem dia........per memang best ar.........

tentang aku said...

salam dik ...
membaca dan menonton 2 eleman berbeza .. mungkin ada yang puas dengan hanya membaca tapi ada yang puas dengan menonton .. jadi terpulang pada citarasa memasing .. novel ni memang best .. baca ulang2 kali pun tak jemu ... sampai lunyai novelnya asik di selak dan di belek jek .. hehe

! he@rt yOu said...

best larr novel nim....

zaty89 said...

Sy skg tgh tgk muvi novel ni..rse cm xleh fokus sgt mcm ble mbce novel 2..sy bce novel byk sgt ms skolah dl..jnuh sy pk novel ape y tls 'rahsia hati xsiapa y tahu' coz nk bli novel 2..skg kan da keje..dl pjm je kt library..best novel ni..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...