Wednesday, April 19, 2006

Sinopsis Novel 'Mencari Cinta'

Hari ini aku nak buat sinopsis novel yang dah berulang-ulang kali aku baca. Jalan ceritanya best. Tak jemu-jemu walau dah berkali-kali membacanya.

Novel ini bertajuk MENCARI CINTA dan ianya adalah terbitan alaf21. Harganya hanya RM 15.00 sahaja.

Ikuti sinopsis nya:


MENCARI CINTA adalah sebuah novel cinta remaja hasil karya penulis muda berbakat iaitu LEEYA MYRA.

Sinopsis oleh : aznanie

Novel Mencari Cinta ini mengisahkan tentang kemelut cinta seorang gadis bernama Annessa yang terbelenggu dalam cinta remajanya. Sentiasa mengingati kenangan manis di zaman persekolahannya. Menjadi perindu menunggu kehadiraan lelaki bernama Ilham Hazami.

Munculnya Faris bersama lamarannya membuatkan Annessa kebinggungan. Keliru untuk membuat keputusan. Lantas membiarkannya tergantung tanpa menolak mahupun menerima. Hakikatnya Annessa masih mahu mengejar bayang Ilham dan masih enggan membiarkan bayang itu pergi dari hidupnya.

Namun, penantian Annessa berakhir dengan kekecewaan apabila ilham pulang dari Jepun dengan status suami orang. Annessa kecewa kerana penantiannya sia-sia dan yang lebih mengecewakan lagi bila mendapat tahu bahawa isteri Ilham adalah sahabat baiknya sendiri iaitu Sofia.

Bersama luka yang parah dia berpaling kepada Faris. Menyambut lamaran Faris yang dulunya dibiarkan sepi. Berjanji akan berusaha untuk bahagia bersama Faris walaupun jiwanya meronta setiap saat. Masih gagal menyingkir bayangan Ilham dari hidupnya. Walaupun bersama Faris namun jiwanya masih mengejar bayangan Ilham.

Hanya kerana saling memendam perasaan mereka jadi penasaran. Sekeping kad ucapan kiriman Ilham menimbulkan seribu penyesalan.Kalaulah Annessa berani meluahkan rasa hatinya mungkin mereka sedang berbahagia di saat ini. Di mana silapnya? Siapa yang bersalah antara mereka? Atau inikah perjalanan takdirnya.

Cinta itu duri. Cinta itu duka. Namun, cinta bukan sekadar hitam putih! Tidak juga betul atau salah! Cinta adalah sesuatu yang sukar di kawal. Ilham suatu mimpi dan Faris pula suatu realiti. Tapi, mimpi itu juga yang dikejarnya. Dia mahu merebut cinta Ilham yang tidak pernah dimilikinya selama ini.

Tapi wajarkah cinta dijadikan alasan untuk bersikap keji? Wajarkah dia merebut sesuatu yang bukan miliknya? Walaupun Sofia memberi peluang itu kepadanya, tapi tegakah dia mengkhianati sahabatnya sendiri. Tidak! Annessa tidak sekejam itu.

Di saat Annessa mencuba untuk menerima Faris, kejadian yang tidak diduga terjadi. Sofia, isteri Ilham mendapat kemalangan dan meninggal dunia. Annessa keliru. Tidak berdaya menghadapi dilema ini. Terasa diri bergitu ketakutan.Tidak percaya kepada lakaran takdir di depannya. Sahabat baik yang suatu waktu dahulu berkongsi suka dan duka bersamanya telah pergi meninggalkannya. Mungkinkah ini satu petunjuk? Peluang untuk dia kembali bersama Ilham? Annessa buntu.

Dalam kekalutan fikiran, Annessa menolak kembali Faris. Lupa dengan janjinya; untuk bahagia bersama Faris. Kekerasaan hatinya tidak mampu dilembutkan walaupun dengan airmata Faris. "Takkan saya langsung tak bernilai pada awak?" Sukar untuk menangkis kata-kata Faris. Annessa akui memang dia yang bersalah. Namun, keikhlasan hati Faris meruntun jiwanya. Betulkan tindakannya ini? Membiarkan lelaki sebaik Faris pergi dari hidupnya.

Namun, Annessa kecewa bila Ilham langsung tidak menunjukkan rasa sedih di atas kematian Sofia. Entah kenapa tiba-tiba perasaan cintanya kepada Ilham menjadi hambar. Walaupun masih berbekas cintanya kepada Ilham namun tidak mampu mengatasi rasa kecewa dan hampa yang menyelinap di jiwanya. Hatinya tiba-tiba rasa kekosongan.

Annessa redha. Membiarkan kedua-dua lelaki itu pergi dari hidupnya. Namun, dia bersyukur kerana cinta yang selama ini membelenggu dirinya telah hilang. Bertahun dia gagal menyingkir rasa itu, akhirnya dia berjaya.

Perjalanan hidup masih jauh. Dan Annessa kena teruskan kehidupannya dengan sebaik mungkin. Namun, dalam pada itu ada getar rasa yang mula menyelinap di sanubarinya. Sebaris nama itu mula mendapat tempat di hatinya. Ada rindu yang berputik buat lelaki yang bernama Ahmad Faris.

Untuk mengambil keputusan itu, Annessa bermohon agar dilorongkan hatinya pada yang sepatutnya. Annessa tidak pernah menyesal dengan keputusannya dahulu. Lalu, bila hatinya tergerak untuk melangkah, Annessa percaya itu satu ketentuan.

Bersama keyakinan Annessa menemui Faris, menyatakan hasrat di hati. Dan Faris menyambutnya dengan rela hati. Episod cinta antara mereka baru bermula. Dan Insya-Allah, kesudahannya pasti tidak akan sama seperti sebelum ini.


Penilaian : 5/5

8 comments:

Mat Pintu said...

suka gak novel ni! :)

oooppss...xpe ke org laki bca novel. hehe

tentang aku said...

tidak menjadi kesalahan jika orang lelaki mahu membaca novel.Malah ada juga orang lelaki yang menulis novel.
Saya sokong anda... hehe

qis said...

sy ske ny novel...cam best je......

cahaya_97 said...

wahh,,bce sinop jer dh tau novel nybezz...

Anonymous said...

kyaknya tuh critanya serruuuu ,,,,
:)

Anonymous said...

kyaknya serruu tuch , ada filmnya gagg ??

Unknown said...

Jalan cerita novel ni hampir 90% menyamai kisah hidup saya...

Anonymous said...

..jika saya bulan..awak la bintang tu..tapi bintang tak selalunya ada menemani bulan..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...