Monday, December 22, 2014

Selamat Pengantin Baru Adik Ipar Ku Leha Dan Zubir


 Tahniah yer adik ipar bongsu ku, Zaleha dengan pasangannya Zubir ... selamat pengantin baru .. semoga hubungan yang dibina ini akan berkekalan bahagia hingga ke hujung nyawa ... amin ...

Alhamdulilah ... Syukur ke hadrat ALLAH S.W.T ... majlis pernikahan adik ipar ku berjalan lanncar .. alhamdulilah ... dengan keadaan cuaca yang sangat baik ... memudahkan lagi perjalanan majlis ... terima kasih kepada tetamu yang hadir ke majlis kami .. juga kepada yang membantu sepanjang perjalanan majlis itu ... terima kasih banyak-banyak ....


Kami juga memohon berbanyak maaf andai ada layanan yang kurang memuaskan sepanjang majlis kami berlangsung ... maklum la kami belum berpengalaman mengadakan majlis sebesar itu ... jangan la marah dan simpan di dalam hati ... segala kekurangan datangnya dari kami ... maafkan kami ...

 Pengantin tak nak potong kek ... pengantin nak potong pulut kuning ... terima kasih pada Qieya Zakiya sudi membuat kan pulut kuning yang sangat cantik ini ... kepada yang berminat silalah order dengan beliau yer .. add fb  Qieya Zakiya yer ... hehe

Kepada para tetamu ... ini sahaja yang dapat kami berikan sebagai tanda terima kasih kami ... goodies yang tak seberapa ini ... terima kasih sudi datang yer ...



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...