Wednesday, June 19, 2013

KDrama : When A Man Loves (2013)


Dah lama tak tengok drama Korea yang best-best. Sekarang ni tengok separuh jalan jer, lepas tu bosan. Banyak tengok sitcom mcm High Kick dan variety show macam Running Man.

Sekali aku tertengok drama terbaru iaitu When A Man Loves. Wah! Terbaik!

Kisah When A Man Loves atau dalam bahasa Melayunya "Apabila Seorang Lelaki Menyintai",  bermula dari tujuh tahun sebelum, di mana Tae Sang adalah merupakan seorang gangster pengutip hutang atau along. Semasa Tae Sang dan ahli kumpulannya sedang menuntut hutang dari seorang pemilik kedai buku, anak perempuan pemilik kedai itu Mi Do, pulang dari mengambil beras sumbangan dari kerajaan untuk orang-orang miskin. Atas permintaan pemilik kedai untuk merahsiakan keadaan itu dari anaknya, Tae Sang memberi peluang sehingga esok.



Kejadian di kedai buku milik bapa Mi Do

Keesokan harinya Tae Sang di kejutkan dengan percubaan bapa Mi Do untuk membunuh diri di Sungai Han, tetapi telah berjaya dihalang oleh pengikut Tae Sang.

Perbuatan ini menimbulkan kemarahan kepada ahli kumpulan Tae Sang, lalu menuntut hutang diselesaikan pada masa itu juga dengan apa cara sekalipun.

Mi Do masuk campur dengan menyerang kumpulan gengster itu secara bersendirian, lalu menimbulkan suasana hiruk pikuk. Melihat keadaan Mi Do, Tae Sang yang hanya memerhati dari tadi teringatkan situasi yang sama yang pernah dialami oleh dirinya semasa dia berumur 17 tahun.

Tae Sang menghalang Chang Hee memukul Mi Do

Semasa anak buah Tae Sang ingin memukul Mi Do, Tae Sang menghalang lalu segera meredakan keadaan. Apabila keadaan reda sedikit, Mi Do menawarkan untuk melangsaikan hutang mereka pada hari Sabtu. Tae Sang bersetuju, dan mengarahkan ahli kumpulannya beredar. Ahli kumpulannya menurut dengan tidak puas hati.

Tiba hari Sabtu, Mi Do datang untuk melangsaikan hutang, tetapi tidak membawa wang. Sebaliknya Mi Do menawarkan dirinya sendiri kepada Tae Sang. Tae Sang tidak berfikir panjang lalu bersetuju dan membawa Mi Do ke hotel.

Di hotel, Tae Sang belanja Mi Do makan dan membelikannya buah tangan. Tae Sang menyuruh Mi Do balik. Tae Sang juga bersetuju untuk mengurangkan jumlah hutang dengan menlangsaikan interest dan menuntut jumlah pokok sahaja dengan secara bernsur-ansur.

Sikap Tae Sang yang berdiplomasi dengan penghutang menimbulkan ketidak puasan hati ketua kumpulannya. Lebih-lebih lagi apabila dia tahu kekasihnya, Sung Joo, menyimpan hati terhadap Tae Sang.

Ketua Tae Sang bertindak untuk mengajar Tae Sang dengan membelasah dan mencolek Mi Do. Pada hari kejadian, Tae Sang yang terkejut dengan tindakan ketuanya itu, berusaha untuk membebaskan Mi Do. Tetapi telah ditikam dari belakang oleh ketuanya. Namun dia berjaya menolong Mi Do lari dari situ.

Tae Sang ditikam ketuanya semasa hendak menolong Mi Do

Seorang pengikut Tae Sang, Chang Hee datang ketempat kejadian dan berjaya menghalang ketuanya membunuh Tae Sang. Namun perbuatannya menghempas pasu ke kepala ketuanya telah membunuhnya.

Semua kejadian yang berlaku disaksikan oleh kawan kepada ketua mereka, Yong Kab. Tetapi dia tidak berbuat apa pun, sekadar memerhati.

Chang Hee telah menghantar Tae Sang ke hospital. Selepas itu dia ditangkap polis dan dihukum penjara kerana membunuh.

Chang Hee mempunyai seorang adik bernama Jae Hee. Chang Hee meminta agar Tae Sang menolong Jae Hee agar menjadi orang yang berjaya dalam pelajaran.

Tujuh tahun telah berlalu...

Tae Sang telah menjadi CEO kepada sebuah syarikat kewangan yang paling berjaya dan disegani, the Golden Tree. Mi Do pula masih mencari pekerjaan dengan kelulusan yang kurang memuaskan. Selepas kejadian tujuh tahun lalu, Tae Sang dan Mi Do tidak lagi pernah berjumpa, tetapi Tae Sang sentiasa mengirimkan wang kepada Mi Do sebagai biasiswa pelajaran.

Sung Joo masih berusaha untuk memikat Tae Sang, tetapi Tae Sang hanya menganggapnya sebagai kawan sahaja. Yong Kab pula berusaha untuk memikat Sung Joo tetapi sentiasa ditolak. Ini membuatkan dia sentiasa rasa sakit hati pada Tae Sang.

Jae Hee sudah berjaya di Hong Kong. Chang Hee (abang Jae Hee) pula masih berada di dalam penjara.

Pada satu hari, semasa makan bersama Sung Joo, Tae Sang telah ternampak Mi Do sedang diperlekeh di sebuah restoran mewah. Mi Do berkerja sebagai waiter di situ. Tae Sang menarik tangan Mi Do dan beredar dari situ. Sejak itu mereka mula berjumpa semula.

Tae Sang juga telah melamar untuk mengahwini Mi Do, tetapi ditolak. Nampaknya, Mi Do bukannya suka sangat pada Tae Sang. Mungkin hanya sekadar terhutang budi atas kebaikan Tae Sang.

Mi Do yang telah diambil bekerja di syarikat Tae Sang, ditugaskan pergi ke Guam. Di Guam, Mi Do telah berjumpa dengan Jae Hee. Mi Do telah jatuh hati pada Jae Hee, tetapi disebabkan dia rasa terhutang budi kepada Tae Sang, Mi Do berusaha untuk menjauhkan dirinya dari Jae Hee.

Tanpa mengetahui bahawa Mi Do adalah gadis yang disukai oleh Tae Sang, iaitu orang yang banyak berjasa kepadanya, Jae Hee berusaha untuk memikat Mi Do. Lagipun dia rasa dia tidak bertepuk sebelah tangan.

Dapat tak dibayangkan apakah yang akan berlaku sekiranya Tae Sang mengetahui bahawa gadis pujaannya telah jatuh hati kepada Jae Hee yang telah dianggap seperti adiknya sendiri?

Sebenarnya Tae Sang, walaupun sudah berjaya dan menjadi kaya raya, tetapi dia masih merasakan bahawa dia tidak layak untuk berpasangan dengan Mi Do. Antara sebab yang selalu dinyatakan ialah dia tidak berpelajaran tinggi. Jadi Tae Sang sentiasa kurang yakin untuk meluahkan cintanya itu.

Aku sendiri masih tak faham, Mi Do ni suka siapa sebenarnya. Tapi nampak jelas dia sentiasa gembira bila bersama dengan Jae Hee. Sebaliknya bila bersama-sama dengan Tae Sang, Mi Do berada dalam keadaan tertekan. Apa yang menarik, Mi Do sanggup menjauhkan diri dari Jae Hee demi perhubungannya dengan Tae Sang walaupun bukan atas dasar cinta.

Mi Do yang kurang ceria bersama Tae Sang

Watak Mi Do adalah seakan-akan watak Lee Ga Young dalam drama Fashion King(2012) yang juga dilakonkan oleh Shin Se Kyung. Kedua-dua watak ini memang tak mempunyai pendirian dalam memilih pasangan. Penonton pun naik pening. Dia ni suka siapa sebenarnya ni??

Apa yang aku tulis ni adalah sehingga episod 5 sahaja pasal aku pun baru tengok sampai sini. Ada banyak persoalan yang baru timbul dan perlukan penyelesaian segera demi perhubungan Tae Sang dengan Mi Do. Jika tidak, mungkin selamat jalan kepada Tae Sang.

Berdasarkan dari tajuk, "When A Man Loves", aku rasa Tae Sang akan banyak makan hati dan berkorban demi cinta dia terhadap Mi Do.

Aku dapat rumuskan drama ini memang terbaik. Aku bagi 4.5 dari 5 bintang. Nak bagi 5 bintang tapi pasal belum habis tengok lagi.

  • Title: 남자가 사랑할 때 / Namjaga Saranghal Ddae
  • Also known as: Man in Love / When a Man Falls in Love / When a Man is in Love
  • Genre: Melodrama, romance
  • Episodes: 20
  • Broadcast network: MBC
  • Broadcast period: 2013-Apr-03 to 2013-Jun-06

Lakonan:

Song Seung Hun as Han Tae Sang
Shin Se Kyung as Seo Mi Do
Chae Jung Ahn as Baek Sung Joo
Yun Woo Jin as Lee Jae Hee

2 comments:

MyraQhairel said...

hai ..saya dah tgk abes dah citer neh....sian tae sang, tapi lastly happy ending....mi do baru terasa yg dia sebenarnya sayangkan n cintakan tae sang....lastly di yg terkejar n sanggup pergi ke tae sang...saya suke tgk tae sang yg tinggi dan badan yg cantik ..heheheh...
mi do sanggup pergi ke wedding tae sang nak tgk kononya...nasib baek tae sang tak jadi kawen....

tentang aku said...

salam myraqhairel ...
haiii ... memang best kan cite ni ... tae sang ni hero zaman cite auntunm in my heart ... sekarang ni dah nampak berumur ... hehe ... tapi masih buleh jadi hero lagi ... masih hensem gituuuu ... hehe .. sukeee ending dia .. cam tak sangka kannn .. mi doo tu macam suka sangat kat jae hee tu tapi bila tae sang dah lepaskan dia ... tak ke mana pun kisah cinta dia ngan jae hee tu .. kalau tae sang jadi kawin padan muka mi doo tu ... hahaha

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...