Cerekarama ni ditayangkan pada bulan oktober yang lepas .. aku terlepas tonton ... hehe ... hari ni baru berpeluang menontonnya ... kisah seorang lelaki yang boleh dikatakan warak .. berkahwin dengan seorang wanita yang gemar bersosial ... kehidupan malamnya diisi di kelab-kelab bersama kawan-kawan wanitanya ... segala teguran dan kata-katanya tidak pernah diendahkan ... sehingga dia buntu memikirkan cara untuk menarik isterinya itu ke jalan yang diredhai oleh ALLAH ... akhirnya, si suami mengambil keputusan untuk masuk ke dalam dunia sosial si isteri dengan harapan dia dapat menarik isterinya kembali ke pangkal jalan tetapi malangnya, si suami pulak yang tersasar dari landasannya ... haaaa ... best tak intro .... layan jek la kan sinopsis cerekarama Salahkah Aku ni ...
Sinopsis oleh : aznanie
Perkenalan antara Adam dan Allysa terjalin sejak zaman persekolahan lagi. Tetapi Adam tidak berani meluahkan rasa hatinya dan akibatnya mereka terpisah. 10 tahun berlalu, Adam bertemu kembali Allysa di hospital. Ketika itu Allysa sedang menghadapi trauma ditinggalkan oleh Farouk. Adam memberi kata-kata semangat kepada Allysa. Akhirnya, Allysa pulih setelah di beri kata-kata sokongan dan semangat oleh Adam.
Adam melamar Allysa dan mereka akhirnya di satukan. Tetapi Allysa tidak biasa hidup dalam suasana yang serba sederhana kerana dia sudah terbiasa duduk di rumah besar yang serba kemewahan. Adam bukan tidak mampu menyediakan kemewahan yang dimahukan oleh Allysa tetapi Adam tidak mahu kemewahan akan melalaikan dan membuat mereka alpa kepada tanggungjawab kepada ALLAH.
Allysa masih meneruskan aktiviti malamnya. Puas di tegur oleh Adam tetapi Allysa tetap begitu. Kata-kata nasihat Adam langsung tidak dipedulinya. Bukan Allysa sahaja, ibu mertuanya iaitu ibu Allysa juga begitu. Ibu Allysa begitu bangga kerana Allysa begitu lincah di kelab-kelab malam sepertinya. Dia juga sering memarahi Adam yang datang ke majlis yang dianjurkan dengan berpakaian seperti mahu menghadiri majlis ceramah agama.
Kerana buntu dengan keadaan rumahtangganya, Adam bertemu dengan seorang ustaz untuk meminta pandangan dan pendapat. Ustaz itu menasihatkan Adam supaya menukar cara menegur isterinya. Dia mahukan Adam memecahkan benteng yang menghalang isterinya itu kembali pada jalan ALLAH. Adam bersetuju dengan cadangan ustaz itu tetapi ustaz itu telah menasihatinya supaya berwaspada kerana jika mahu membersihkan najis di tempat yang dipenuhi najis, dirinya pasti tercalit najis juga.
Adam melantik staf di pejabatnya, Joe sebagai orang yang bertaggungjawab menukar imejnya. Joe menasihatinya membeli sebuah motosikal dan menukar gaya penampilannya. Adam mula berjinak-jinak ke kelab-kelab malam bersama Allysa. Allysa berasa gembira dengan perubahan Adam. Tetapi perasaan gembira itu mulai lenyap setelah dia mengesyaki yang Adam ada hubungan dengan kawan baiknya, Amira.
Allysa mulai berubah. Dia sudah tidak lagi ke kelab-kelab malam. Dia mulai menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri, mengerjakan solat dan mendalami hal-hal yang berkaitan dengan agama. Adam perasan akan perubahan Allysa tetapi dia buat endah tak endah sahaja. Dia belum berkeyakinan yang Allysa benar-benar sudah berubah.
Allysa menyuruh Joe mengintip gerak-geri Adam dan Amira. Berdasarkan maklumat yang di laporkan oleh Joe, tahulah Allysa yang Amira mengandung dan anak yang dikandungnya adalah anak Adam. Luluhnya hatinya dengan berita itu. Dia memutuskan untuk tidak lagi menjadi rakan kongsi Amira. Dan semenjak itu, Allysa mulai mengenakan tudung dikepalanya. Dia mulai mencari guru agama untuk mendalami hal-hal berkaitan dengan agama. Sedangkan Adam masih tetap ke kelab-kelab malam dan hubunganya semakin erat dengan Amira.
Allysa bertemu kembali dengan Farouk. Farouk sudah berubah. Kini Farouk sudah bergelar ustaz. Dia mengajar agama di masjid itu. Dia meminta Allysa memaafkan segala perbuatan silamnya. Allysa memaafkan segala perbuatan Farouk dan bersyukur ALLAH memberikan hidayah kepada mereka berdua.
Adam menuduh Allysa berubah bukan kerana ALLAH. Jika Allysa diuji sedikit dia sudah kembali ke dunia lamanya. Allysa makan hati dengan tuduhan Adam itu. Allysa mahukan penjelasan dari Adam mengenai hubungan antara Adam dengan Amira. Adakah anak yang dilahirkan oleh Amira itu adalah hasil hubungan sulit mereka tetapi Adam tidak mahu berterus-terang. Dia mahu menjelaskannya pada hari lahir Allysa.
Adam berang kerana Allysa keluar rumah tanpa meminta izin darinya. Adam menuduh Allysa hanya bersandiwara dan berpura-pura sudah berubah tapi hakikatnya Allysa masih lagi mengamalkan kehidupan lamanya.
Adam meminta Joe mengintip gerak geri Allysa. Kebetulannya, Allysa bertemu dengan Farouk untuk meminta nasihat dan pandangan tentang masalah rumahtangganya itu. Joe melaporkan apa yang dilihatnya kepada Adam. Adam naik berang dan menelifon Farouk. Adam memarahi Farouk kerana berjumpa dengan isterinya dan memberi amaran supaya Farouk menjauhi Allysa.
Adam pulang ke rumahnya. Dia melihat Allysa menunggunya dengan sebuah beg besar di sisinya. Allysa meminta izin Adam untuk pulang sementara waktu ke rumah ibu dan bapanya. Dia mahu mencari ketenangan sementara. Dengan berat hati, Adam membenarkan Allysa pulang ke rumah ibu dan bapannya.
Ibu Allysa berasa gembira dengan kepulangan Allysa. Dia mahu Allysa meminta cerai dengan Adam. Dia sudah bercadang untuk mencarikan calon suami yang baru buat Allysa. Dia juga meminta Allysa mengubah kembali cara berpakaiannya. Dia rimas melihat Allysa berjubah dan berhijab setiap masa di hadapannya.
Adam datang ke rumah Allysa. Dia mahu mengajak Allysa pulang ke rumah mereka tetapi Allysa tidak mahu bertemu denganya. Ibu mertuanya menghalaunya dan menyuruhnya melupakan Allysa.
Pada majlis hari lahir Allysa, Adam datang bersama Amira. Mereka menari bersama. Ibu mertuanya terkedu melihat kejadian itu. Allysa datang dan memarahi Adam. Kemudian dia terus berlari keluar. Adam mengekori Allysa. Begitu juga dengan Amira dan ibu Allysa.
Allysa menguncikan diri di dalam biliknya. Amira dan ibunya memujuknya supaya membuka pintu. Allysa keluar dari biliknya dan memarahi Amira. Dia berkata yang Amira bukan kawannya lagi. Allysa masuk kembali ke dalam bilinya tetapi Amira sempat menahan pintu bilik Allysa dan memboloskan diri ke dalam bilik Allysa. Dia menerangkan keadaan yang sebenarnya.
Sebenarnya anak itu bukanlah anaknya dengan Adam. Itu adalah hasil hubungan sulitnya dengan kekasih gelapnya. Adam menghalangnya dari melakukan penguguran kerana perbuatan itu adalah suatu dosa yang besar. Adam mengambil anaknya sebagai anak angkatnya. Sebenarnya, Adam menjalankan misi dahwah di kelab-kelab malam yang dihadirinya. Dia cuba memberikan kesedaran kepada gadis-gadis di kelab itu.
Allysa mulai berasa berdosa kerana menuduh Adam yang bukan-bukan. Joe memberitahu Amira dimana Adam berada. Allysa dan Amira bergegas ke tempat yang diberitahu Joe. Allysa masuk ke dalam masjid dan melihat Adam sedang meratap berdoa supaya dosa-dosanya diampunkan oleh ALLAH. Allysa memohon keampunan dan meminta Adam menerimanya kembali. Adam memaafkan segala dosa Allysa kepadanya dan bersyukur jodoh mereka masih ada dan berpeluang untuk menjalani kehidupan bersama. Tamat ...
Para pelakon :
Sein sebagai Adam
Anzalna Nasir sebagai Allysa
Arash Muhammad sebagai Dato Kamil
Ifa Raziah sebagai Datin Maria
Raja Ilya sebagai Amira
Afzan A. Rahman sebagai Farouk
Ropie sebagai Joe
* Kisah pergolakkan rumahtangga apabila si isteri tersasar dari landasan agama ... tentang seorang suami yang hanya pentingkan Zuhud untuk dirinya sahaja ... sedangkan isterinya dibiarkan hanyut dengan keseronokan duniawi .... tiada kesungguhan untuk menarik isterinya bersama dengannya ke jalan yang diredhai ... bila dia sedar akan kesilapan dia ... dia cuba membetulkannya ...bermacam-macam cara di buat tetapi isteri dia tu kebal ... haha ... pastu dia ikut pulak cara isteri dia ... bila dah terjebak .. dia pulak susah nak keluar dari dunia sosial ... isteri dia pulak yang dah berubah ... berubah dengan sendirinya .. bukan keranan paksaan dari suami dia ... bestt jugak kannn ... akhirnya bahagia ... happy ending ... gituuuuuu ... layannnnn kan jek laaaaa yerrrr .. hehe ...
0 comments:
Post a Comment