Cerekarama malam tadi yang ditayangkan di TV3 sungguh menyentuh kalbu .. tak perasan airmata mengalir ... nasib baik tengok sorang-sorang .. kalau anak-anak ada .. harus kena gelak ngan diaorang .. hahaha ... ok .. cite malam tadi memang sedih ... kisah tentang seorang anak yang dambakan kasih sayang dari ibu dia .. tapi malangnya ibu dia tak sayangkan dia ... dia dilahirkan setelah ibunya diperkosa oleh beberapa orang pekerja asing warga Bangladesh ... si ibu pernah mencuba untuk membuang anak itu tetapi tidak berjaya ... mereka dipelihara oleh Haji Musa dan isterinya sehingga timbul fitnah orang kampung yang menyatakan anak itu adalah hasil perhubungan si ibu dengan Haji Musa .. kerana itu Haji Musa memberi mereka sebidang tanah di bawah nama si anak ... haaaa .. best tak intro ... best kannn .. so .. jom layan sinopsis cerekarama Jalan Pintas Ke Syurga ni ...
Sinopsis oleh : aznanie
Nurul sangat sayangkan datuknya. Dia sering menunjungi pusara datunya itu walaupun di tegah oleh ibunya, Munirah. Nurul mengadu nasibnya pada datuknya itu. Baginya, hanya datuknya sahaja yang sayangkan dirinya. Ibunya tidak pernah menyayanginya. Dirinya selalu dimarahi dan dipukul oleh ibunya.Nurul sering berbicara dengan datuknya seolah-olah dia melihat bayangan datuknya dan menganggap datuknya masih hidup.
Munirah tidak dapat menerima kehadiran Nurul. Kejadian silam begitu meruntun dirinya. Dirinya diperkosa sehingga menyebabkan dirinya hamil. Pernah dia mencuba untuk meninggalkan Nurul di sebuah masjid tetapi tidak berjaya apabila Haji Musa dan isterinya ternampak perbuatan Munirah itu. Mereka membawa Munirah tinggal bersama mereka. Puas mereka menasihatkan Munirah supaya tidak melayan Nurul seperti musuhnya tetapi Munirah tetap begitu. Baginya, Nurul adalah sesuatu yang menyusahkan dirinya.
Yusri terdesak. Hutangnya pada Kamal mulai ditagih. Dia rimas dengan perbuatan Kamal itu. Dia menyuruh Munirah mengosongkan rumah peninggalan ayahnya itu. Yusri mahu menjual rumah itu untuk melunaskan hutangnya pada Kamal. Meskipun tahu yang nama pada geran tanah itu adalah nama Nurul, Yusri masih berkeras supaya Munirah keluar dari rumah itu.
Gagal dengan rancangannya, Yusri mencadangkan supaya Munirah berkahwin dengannya, jika tidak mahu keluar dari rumahnya itu. Munirah bengang dengan tingkah laku Yusri itu. Mahu tidak mahu, Munirah terpkasa juga beralah dan akan keluar dari rumah itu apabila dia mendapat hasil dari jualan jagung yang diusahakannya.
Nurul bosan tinggal seorang diri di rumahnya. Datuknya, Haji Musa datang bertemunya di rumah dan mengajaknya ke pusara neneknya. Nurul menurut ajakan datuknya itu. Dia terlupa akan perintah ibunya. Nurul mengadu pada datuknya. Datuknya menyuruhnya banyakkan berdoa dan bersolat. Datuknya menyuruh Nurul selalu membaca surah Al-Kausar jika dilanda kesedihan. Nurul mengikut kata-kata datuknya.
Zaiton bengang dengan suaminya, Yusri apabila mendapat tahu yang Yusri mengajak Munirah berkahwin. Padanya, Yusri sengaja mengambil kesempatan di atas kesempitan hidup Munirah. Terjadi pertengkaran di antara keduanya. Sehingga Zaiton nekad untuk keluar dari rumah itu tetapi Yusri dapat menghalangnya. Dia membatalkan hasratnya untuk menggangu kehidupan Munirah. Yusri memberi geran tanah miliknya kepada Kamal. Dia menyuruh Kamal menjual tanahnya itu.
Nurul meminta kebenaran Munirah untuk mengikutnya ke kebun. Dengan berat hati, Munirah membenarkannya. Sewaktu bermain di situ, Nurul terjatuh dan memanggil ibunya. Munirah yang terdengar jeritan Nurul meluru mendapatkannya tanpa sedar yang dirinya tidak memakai kasut. Kakinya tertusuk dahan berduri. Serpihan duri itu terlekat di dalam kakinya. Munirah meraung kesakitan. Rakannya cuba membantu untuk mengeluarkan duri itu tetapi Munirah tidak membenarkannya kerana kesakitan. Nurul yang cuba mendekati Munirah telah di pukul dan dimarahi oleh Munirah kerana Munirah merasakan yang semuanya adalah berpunca dari Nurul.
Kaki Munirah semakin membengkak. Puas dipujuk, namun Munirah enggan mendapatkan rawatan ke hospital. Ini kerana dia tidak mempunyai wang untuk ke hospital. Kedatangan Yusri dan Zaiton tepat pada masanya. Yusri menyuruh Munirah mendapatkan rawatan ke hospital tetapi Munirah menolaknya. Terjadi pertengkaran di antara mereka. Zaiton tidak senang dengan perbuatan suaminya itu. Dia berusaha memujuk Munirah dan akhirnya Munirah beralah dengan pujukan Zaiton.
2 bulan berlalu. Zaiton di dapati hamil. Yusri begitu gembira kerana setelah sekian lama mereka berumahtangga baru kini Zaiton hamil. Sewaktu mereka mahu ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan, Kamal datang ke rumahnya. Dia memarahi Yusri kerana tiada siapa yang mahu membeli tanah milik Yusri itu. Sewaktu Kamal melintasi Zaiton, dia telah terlanggar Zaiton dan Zaiton terjatuh di sisi kereta Yusri. Zaiton mengerang kesakitan. Yusri mendapatkan Zaiton dan melihat darah keluar dari seluar Zaiton. Yusri jadi berang dan menumbuk Kamal kerana pada sangkaannya Kamal sengaja menolak Zaiton dan mahu membunuh isterinya itu.
Keadaan Munirah semakin tenat. Nurullah yang sentiasa menjaganya. Menyuapkan makanan dan membersihkan dirinya. Nurul tidak pernah lupa untuk mendoakan kesejahteraan ibunya apabila selesai bersolat. Dan tidak disangka oleh Nurul, sewaktu dia memeluk ibunya di saat ibunya tidur, Munirah menarik tangan Nurul agar rapat kepadanya. Nurul berasa sangat gembira kerana berpeluang memeluk ibunya. Dia menceritakannya kepada datuknya. Haji Musa gembira dan bersyukur kerana akhirnya Munirah dapat menerima Nurul.
Nurul melihat ibunya yang terlantar tidak bermaya itu. Dia berbaring di kepala ibunya. Dia berdoa semoga ibunya itu sembuh dan diberikan kesihatan dan ditempatkan di dalam syurga. Munirah terharu dengan perbuatan Nurul itu. Munirah meminta maaf kepada Nurul kerana perbuatannya selama ini. Nurul mencium tangan ibunya dan berkata semua yang terjadi itu adalah kesalahannya bukannya salah ibunya. Munirah menangis melihatkan ketulusan Nurul.
Nurul membacakan syahadah di telinga Munirah sehingga Munirah menghembuskan nafas terakhirnya. Yusri dan Zaiton yang baru tiba melihat keadaan Munirah yang terbaring kaku dan Nurul yang masih mengucapkan syahadah di telinga ibunyanya. Zaiton melihat keadaan kaki Munirah yang telah dipotong itu. Dia berasa sebak dengan keadaan Munirah itu. Yusri menghampiri Nurul dan memegang Nurul seolah-olah memberitahu yang ibunya telah tiada. Nurul melarikan diri dari pegangan Yusri. Dia duduk di anak tangga sambil meratapi pemergian ibunya. Yusri menghampiri Nurul dan menenangkan Nurul. Nurul menangis di dalam dakapan Yusri. Tamat ....
Para pelakon :
Elly Mazlein sebagai Munirah
Farah Nadia sebagai Nurul
Datuk Jalaludin Hassan sebagai Haji Musa
Zila Bakarin sebagai Zaiton
Azhan Rani sebagai Yusri
Lagu tema :
Takdir - Opick Feat Melly Goeslaw
Pedoman - Nora & VOU (Voice Of Ummi)
Dendam Dalam Diam - Nora
2 comments:
Tak sempat nak tengok..
nanti kita download..
lagu opick banyak yang best :)
wah~ bgsla blog nih... semua ada sinopsis... kalau tak cari ceta Vineyard tuh td tak jumpa la blog nih..
Post a Comment