Saturday, August 20, 2011

Karipap Inti Keledek With Ayam Cincang

Haha .. best tak bunyi resepi karipap aku ni .. saje jek letak nama cam tu .. hehe .. teringin nak makan karipap keledek le ari ni ... dah siapkan inti awal-awal supaya intinya sejuk ... baru senang nak letak kat kulit dia ..
Karipap Inti Keledek With Ayam Cincang
Bahan-bahan kulit :
Tepung gandum
Minyak panas
Garam
Air masak

Bahan-bahan inti :
Keledek - dipotong dadu
Daging ayam - dicincang
Serbuk kari ayam
Bawang merah - ditumbuk
Bawang putih - ditumbuk
Gula, garam dan ajinomoto secukup rasa
Air masak

Cara buat kulit karipap :
Masukkan tepung gandum dalam mangkuk adunan yang besar
Masukkan garam dan gaul rata
Masukkan minyak panas dan sebatikan dengan tepung gandum
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil diuli
Uli sehingga menjadi adunan tepung yang boleh dibentuk dan tepungnya tidak melekat pada tangan
Biarkan seketika

Cara buat inti karipap :
Tumiskan bawang merah dan bawang putih ke dalam kuali
Masukkan daging ayam cincang dan gaul sebati
Bila air dari ayam mulai mengering, masukkan keledek
Masukkan air masak dan gaulkan ia
Masukkan jugak serbuk kari, garam, gula dan ajinomoto
Biarkan ia mereneh dalam kuali sehingga keledek lembut
Bila keledek dah lembut dan kuah mulai memekat tutup kan api
Biarkan sehingga sejuk baru leh diletak pada kulit karipap

Cara membuat karipap :
Canai doh hingga menjadi kepingan nipis
Letak doh yang telah leper di atas acuan karipap
Letakkan inti di tengah kulit karipap tadi
Kepitkan acuan karipap
Keluarkan karipap dari acuan dan ulangi hingga doh habis
Goreng dalam minyak terendam hingga karipap berwarna kekuningan




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...