Wednesday, September 16, 2015

Resepi Ikan Siakap Masak Pecel

Ikan siakap masak pecel .. pelik bunyinya kan ... biasa ikan pari yang dibuat masak pecel ni ... sebenarnya cari ikan pari tapi tak de ... yang ada ikan siakap jek ... disebabkan tekak teringin sangat nak makan ikan masak pecel ... cuba jek la buat ikan siakap masak pecel ... dan hasilnya tidak menghampakan ... sedap sangat ... cubalah ... memang sedap


Resepi Ikan Siakap Masak Pecel
Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap
Sedikit tepung jagung
Garam, serbuk kunyit dan serbuk pati sedap  secukup rasa
4 biji bawang merah (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
10 biji cili api (ditumbuk)
1 inci belacan (dibakar)
Daun cekur (ditumbuk)
Ubi cekur (ditumbuk)
Santan dari sebiji kelapa

Cara membuatnya :
Ikan siakap dilumur dengan garam, serbuk kunyit dan serbuk pasti sedap
Kemudian, lumurkan dengan tepung jagung
Panaskan minyak dalam kuali
Goreng ikan siakap hingga masak kekuningan
Ketepikan ikan

Tumbuk bawang merah, bawang putih, belacan, ubi cekur dan daun cekur
Tumbuk dengan sedikit minyak masak
Masukkan bahan tumbuk tadi ke dalam periuk
Masukkan santan
Gaul rata
Bukak api kecil sahaja
Perasakan dengan garam dan ajinomoto
Bila dah menggelegak sedikit tutup api
Boleh la masukkan ikan dalam kuah pecel dan makan dengan nasi putih panas-panas

2 comments:

tiga lalat said...

sedapp ;p

Nanie Noraini said...

betul sedap dik .. tak cukup ikan seekor hehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...