Anak-anak tengok cite lama ... zaman diaorang kecik-kecik dulu ... dulu dah tengok kata Ayen ... tapi dah tak ingat sangat ... hehe .. cite ni mengisahkan remaja lelaki dan perempuan yang melarikan diri untuk berkahwin di Thailand setelah remaja perempuan tu dipaksa kahwin dengan anak orang kaya yang nakal ... haaaa ... intro jek tu ... layan jek la yer sinopsis filem Gila-Gila Pengantin Remaja ni ....
Sinopsis oleh : aznanie
Mastura seorang gadis yang menjadi igauan remaja lelaki di sekolahnya. Fendi, adalah salah seorang darinya. Fendi merupakan anak orang kaya Rostam. Di sebabkan dirinya kaya, Fendi berlagak dan selalu membuli Amir. Fendi selalu mengacau Mastura tetapi sikapnya tidak disenangi oleh Mastura.
Amir adalah anak yatim piatu. Dia dibesarkan dan dipelihara oleh bapa saudaranya, Bakar. Bakar berkerja di kelab dangdut sebagai bonzer. Bakar berbadan besar tetapi penakut dengan keadaan gelap.
Kisah pertemuan Amir dan Mastura adalah di dalam tandas ketika Mastura sedang membasuh pakaiannya yang terkena air yang sengaja ditumpahkan oleh gadis lain yang bengang apabila tidak dilayan oleh Fendi. Amir yang tidak tahan mahu membuang air kecil telah menyerbu masuk dan melepaskan hajatnya tanpa menoleh kiri dan kanan.
Mastura tinggal bersama kakaknya, Anita. Anita adalah seorang penjual produk kecantikan Mustika Ratu.
Suatu hari sewaktu peperiksaan SPM sedang berlangsung, Mastura terlambat datang ke sekolah. Ini menyebabkan Mastura tidak dapat menghabiskan soalan yang diberikan. Dia merasakan yang dirinya telah gagal dalam peperiksaan SPM itu. Anita menyuruh Mastura mencari suami kaya supaya dirinya senang dan tidak perlu bekerja keras seperti dirinya.
Mastura jugak menjauhkan diri dari Amir kerana dia merasakan dirinya tidak layak bergandingan lagi dengan Amir dan telah melenyapkan impian mereka untuk bersama ke menara gading. Amir memujuk Mastura tetapi Mastura tetap dengan pendiriannya.
Ibu Fendi yang memang sukakan Mastura telah menyuruh Mastura mengahwini Fendi. Ini kerana Fendi telah ditangkap khalwat dengan gadis lain. Bapa Fendi, En.Rostam telah mendapatkan khidmat seorang jurunikah palsu dari siam. Sebelum majlis nikah berlangsung, polis datang ke rumah itu dan menangkap Rostam bersama dengan jurunikah palsu itu. Di masa itu lah Amir melarikan Mastura dari situ.
Fendi mengejar mereka tetapi dapat melepaskan diri dari Fendi. Fendi menunggu kepulangan Anita dan mengajak Anita ke rumah Bakar. Bakar yang tidak tahu menahu tentang perkara itu terkejut dengan tuduhan Anita yang mengatakan Amir melarikan Mastura. Tetapi apabila Amir menelepon Bakar dan memberitahu yang dia mahu ke Golok untuk bernikah dengan Mastura, barulah Bakar mempercayainya.
Fendi mengajak rakan-rakannya mencari Amir di rantau panjang. Bakar dan Anita jugak mencari Amir dengan menaiki van buruk milik Bakar.
Setibanya di stesen minyak, Amir ditegur oleh seorang lelaki yang mengelarkan dirinya, Apek. Apek bersetuju menolong mereka untuk pergi ke Rantau Panjang dengan menaiki lorinya.
Van buruk milik Bakar rosak ditengah jalan. Mereka menumpang kereta orang untuk ke pekan. Dan setibanya di stesen minyak, Bakar ternampak motor Amir. Dia mengajak Anita menaiki motosikal itu mencari Amir. Pada mulanya, Anita keberatan tetapi mengalah akhirnya.
Kereta Fendi mengalami kemalangan. Dia menahan lori yang lalu di jalan itu. Dan lori yang ditahannya adalah lori Apek. Apek bermurah hati membenarkan mereka berempat menaiki lorinya.
Bila hari siang, Amir keluar dari lori dan amat terkejut apabila melihat Fendi dan rakan-rakannya ada di dalam lori itu. Dia mengejutkan Mastura dan mereka melarikan diri dari situ. Apek yang tersedar dan mendapati Amir dan Mastura melarikan diri dari itu telah menjerit memanggil mereka. Jeritan Apek didengari oleh Fendi dan rakan-rakannya. Mereka mengejar Amir dan Mastura. Apek memandu lorinya dan berhenti berhampiran dengan Amir dan Mastura. Amir dan Mastura menaiki lori itu dan dapat melepaskan diri dari ditangkap oleh Fendi dan rakan-rakannya.
Bakar dan Anita tiba di tempat Fendi dan rakan-rakanya. Fendi menunjukkan lagaknya pada Bakar tetapi setelah Bakar menyakiti dirinya, Fendi terpaksa memberitahu apa yang terjadi.
Ketibaan Rostam, bapa Fendi tepat pada masanya. Mereka berlima pergi ke Rantau Panjang dengan menaiki kereta ayah Fendi. Rakan-rakan Fendi ditinggalkan disitu.
Setibanya di Rantau Panjang, Bakar menemui rakannya dan mencari maklumat mengenai lori yang dinaiki oleh Amir dan Mastura itu. Kebetulan, rakan Bakar itu mengenali lori Apek dan memberi maklumat pada Bakar.
Apek membawa Amir dan Mastura bertemu kawannya. Kawanya itu dari Golok dan akan membawa Amir dan Mastura ke sana. Tetapi sebelum itu Amir harus menolongnya mengangkat beras yang diseludupnya dari thailand ke dalam lorinya. Setelah kerja-kerja itu selesai, Amir dan Mastura menaiki bot untuk menyeberangi sungai untuk ke golok.
Bakar dan Anita tiba apabila Amir dan Mastura sudah berada di tengah sungai. Bakar meminta Amir jangan membuat kerja gila itu. Dia mahu Amir balik dan mereka berbincang semula. Amir dan Mastura tidak mahu dan meminta Bakar dan Anita merelakan tindakan mereka itu.
Deringan telefon dari kawan Amir dan Mastura memberitahu yang mereka berdua lulus dalam peperiksaan SPM benar-benar mengembirakan Bakar dan Anita. Dan setelah diberitahu, barulah Amir dan Mastura balik ke darat. Mereka tekad mahu berkahwin tetapi 6 tahun dari sekarang setelah mereka berjaya dalam pelajaran masing-masing.
Setelah 6 tahun, mereka benar-benar mengotakan janji mereka. Di hari persandingan mereka, Anita melahirkan anaknya bersama Bakar. Apek dan Fendi menjadi tukang cuci di pejabat ayahnya. Tamat ...
Para pelakon :
Beego sebagai Amir
Zahnita sebagai Mastura
Afdlin Shauki sebagai Bakar
Juliana Banos sebagai Anita
Zed Zaidi sebagai Fendi
AR Badul sebagai Rostam (ayah Fendi)
Saiful Apek sebagai Apek
* Cite lawak ... pecah perut ketawa ... tengok ulang-ulang kali pun tak jemu .. ada selingan muzik dari opie zami ... tu yang buat cite ni lagi lawak ... lagu-lagu pun best ... pada yang lum tengok kena tengok .. pada yang dah tengok kena tengok lagi ... haha ... cite ni cite sempoi ... tak de berat-berat otak nak pikir apa-apa ... cite remaja yang tak matang fikiran ... buat apa aje yang dipikirkan betul padahal menyusahkan orang lain ... haha .. gituuuu ... layan ...
0 comments:
Post a Comment