Malam tadi tertengok cerekarama pulak ... orang lain sibuk tengok bola .. aku ngan anak-anak layan cerekarama ... ngan baby sekali tengok cerekarama .... haha ... genre komedi romantik ... lakonan Fizz Fairuz ngan Zain Saidi ... best ... lawak ... kisah mengenai dua sahabat baik yang suka mengoda dan suka-suka hati mempermainkan perasaan pompuan ... suatu hari mereka berdua kemalangan .. mereka berdua berazam untuk berubah dan bertaubat ... mereka berdua membuat protokol bagi menjayakan niat murni mereka itu ... berjayakah mereka?????? jom layan sinopsis cerekarama Maafkan Kami yang digarap sinopsisnya oleh aku ... hehe
Sinopsis oleh : aznanie
Ozzy dan Khai, sahabat baik sejak di universiti. Mereka berdua mempunyai seorang lagi sahabat baik iaitu Nisha. Bila dah bekerja, mereka bertiga masih bersama dan bekerja di syarikat yang sama.
Nisha selalu membantu mereka berdua jika mereka berdua di landa masalah. Suatu hari, Ozzy dan Khai kemalangan. Nasib mereka baik kerana tidak cedera parah.
Setelah sembuh, mereka berazam untuk berubah dan bertaubat. Mereka bersetuju membuat beberapa protokol untuk menjayakan niat murni mereka itu. Antaranya ialah mereka hendaklah mencari dan meminta maaf kepada semua wanita yang pernah mereka permainkan dulu. Dan mereka berdua tidak dibenarkan jatuh cinta dengan perempuan yang mereka tinggalkan dulu.
Dalam pencariannya, Khai terjumpa seorang wanita yang pernah menjadi mangsanya dulu. Wanita itu adalah Rose. Khai mengelarnya Rose buku kerana dulunya Rose gemar menghabiskan masanya di perpustakaan dan memakai cermin mata besar.
Khai menceritakan hal itu kepada Ozzy. Ozzy mengingatkan Khai akan protokol yang mereka dah buat. Khai seperti tidak mengendahkan kata-kata Ozzy itu kerana dia sudah terpikat dengan kecantikan Rose yang baru dijumpainya itu.
Bos syarikat tempat mereka bekerja meminta Ozzy mendapatkan tender untuk syarikat mereka. Ozzy bertemu dengan Rose di situ. Rupanya Rose adalah peguam yang menguruskan tender tersebut. Selepas pertemuan itu, mereka mulai rapat dan sering keluar bersama.
Khai tidak tahu akan perbuatan Ozzy itu. Akhirnya, rahsia terbongkar. Khai mendapat tahu yang Ozzy sedang mencuba mendekati Rose. Terjadi pertengkaran antara mereka. Ozzy keluar dari rumah Khai dan duduk bersama ibunya kembali.
Nisha tidak senang dengan situasi itu. Dia cuba menyedarkan Khai dan Ozzy yang Rose sebenarnya ada agenda tersendiri. Rose mahu membalas dendam kepada mereka berdua kerana ditinggalkan dahulu.
Pengakuan Nisha yang dia sukakan Ozzy, begitu mengejutkan Ozzy. Dia tidak menyangka yang Nisha ada menaruh perasaan pada dirinya.
Ozzy mulai sedar akan misi Rose itu. Dia berjumpa dengan Rose dan meminta Rose menjauhi Khai. Tetapi Rose tetap dengan pendiriannya. Sebelum berlalu, Ozzy sempat memberitahu Rose yang Khai benar-benar mencintai dirinya. Rose tersentuh dengan kata-kata Ozzy itu.
Khai mengajak Rose berjumpa dengannya. Dia ingin meluahkan perasaan hatinya dan melamar Rose. Tetapi lamarannya ditolak oleh Rose. Khai kecewa dan berlalu pergi.
Khai mengajak Nisha berjumpa dengannya di restoran. Kedatangan Rose mengejutkan Nisha. Sangkanya mereka berdua sudah berpisah. Rupanya Rose menerima lamaran Khai. Nisha ingin berlalu dari situ tetapi dihalang oleh Ozzy yang muncul secara tiba-tiba.
Ozzy meluahkan hasratnya untuk bersama dengan Nisha. Nisha terharu dan menerima hasrat Ozzy itu. Rose dan Nisha sepakat membuat beberapa protokol untuk mereka patuhi bagi menjayakan hubungan mereka. Tamat ....
Para pelakon :
Fizz Fairuz sebagai Ozzy
Zain Saidi sebagai Khai
Aisya Hanaas sebagai Nisha
* Lawak betul tengok si Fiz tu ... dengan kata-kata ... mimik muka ... menjadi dia belakon cite lawak ni ... yang bawak watak Nisha tu si Aisya (adik anis nabila) memang bagus dia berlakon ... tak kaku ... cam dah lama berlakon ... padahal pelakon baru tuuuu ... si Zain pun ok gak ... menjadi gandingan mereka bertiga ni .... sukeee ...
1 comments:
nk tanya, xbpe paham part yg ros buku ngn ros punk tu. cmne blh org yg sama?
Post a Comment