Friday, July 19, 2013

Resepi Mee Segera Ketam

First time nak cuba buat .... kisahnya bermula bila tak de idea nak masak untuk berbuka ari ni ... belek la mr.google ni ... belek dan telek ... ternampak pic mee segera ketam ni .... dan nak dijadikan cerita pic mee segera ketam itu sangatlah mengiurkan ... sangat-sangat menerujakan ... aku terberkenan untuk mencuba memasaknya memandangkan cara memasaknya sangatlah senang ... cam masak mee segera yang biasa aku masak cuma bezanya di tambah dengan ketam sahaja ... tak mau cakap banyak ... jom layan resepi mee segera ketam aku ni ....

Mee Segera Ketam

Bahan-bahan :
5 peket mee segera (jenama maggi) - di celur dan ketepikan


Bahan Utk Kuah :
5 peket perencah mee segera - perasa kari
1 biji bawang besar - dihiris nipis
5 biji lada kecik - dihiris nipis
5 biji telur
1 pokok sawi batang - asingkan batang dari daunnya
5 ekor ketam - sederhana besar (di potong 2)
Air secukupnya

Cara Membuat Kuah :
Tumis bahan yang telah dihiris nipis tadi
Bila dah garing, masukkan air secukupnya
Masukkan batang sawi dan perencah mee segera
Kacau sehingga perencah mee segera larut
Masukkan ketam dan biar sehingga ketam masak (berubah warna menjadi kemerahan)
Ketepikan ketam di tepi kuali, masukkan telur ( sebiji demi sebiji)
Biarkan sehingga telur mengeras barulah dikacau perlahan-lahan
Akhir sekali masukkan daun sawi dan tutup api (daun sawi akan layu apabila terkena kuah yang panas
Ambil mangkuk, masukkan mee segera yang telah dicelur tadi dan tuangkan kuah ke atasnya
Makan semasa panas untuk mengelakkan mee segera menjadi kembang di dalam kuah




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...