Tengok tajuk pun dah tau cite lawak ... memang lawak sangat ... sampai keras perut ketawa ... anak-anak pun gelak tak hinggat ... sampai abah dia naik tanya kenapa bising sangat ... hahaha ... lakonan hebat dari pelakon handalan .. watak Bahrin yang di jayakan oleh Zul Yahya benar-benar berkesan dan kena dengan diri dia ... bersahaja dan selamba memang kepakaran Zul Yahya ... dibantu oleh Lisdawati sebagai Zainab, isteri kepada Bahrin ... yang paling lawak watak Fiz Fairuz la ... dengan terenjut-renjut tangan ... memek muka yang memang mengundang lucu kami anak beranak ... hehe ... jadi, jom layan sinopsis cerekarama 'Bahrin Tangkai Jering' ni ....
Sinopsis oleh : aznanie
Bahrin adalah seorang pemuda kampung. Kehidupannya amat susah. Di tambah dia sudah beristeri dan mempunyai seorang anak. Dengan niat untuk memperbaiki kehidupannya, Bahrin ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan. Tinggal lah Zainab dan Irfan di kampung.
Di bandar, Bahrin bekerja di kedai makan, tetapi Bahrin tidak tahan dengan bebanan kerja yang berat dan gaji yang diterimanya pun tidak lah banyak mana pun. Tidak setimpal dengan penat lelahnya. Bahrin mempunyai kemahiran dalam berkomunikasi. Mulut manis kata orang. Jadi, rakan serumahnya, Azman menyuruh dia bekerja sebagai penjual kereta.
Dan kerana Bahrin bermulut manis dan pandai dalam berkata-kata, rezekinya melimpah-ruah. Gaji yang diterimanya sebanyak rm 6 ribu sebulan menyebabkan dirinya mampu membeli sebuah rumah yang besar dan cantik. Juga dia berkereta mewah ke hulu ke hilir. Tetapi Bahrin tetap mengirimkan rm 300 kepada anak isterinya di kampung. Alasannya isteri dan anaknya duduk di kampung, tidak memerlukan wang yang banyak tidak seperti dirinya yang tinggal di bandar itu.
Bahkan Bahrin sanggup menipu isterinya dengan menyatakan yang dia hanya bekerja sebagai buruh kontrak sahaja. Sanggup dia meletakkan kereta mewahnya di pekan dan hanya menaiki bas dengan pakaian yang selayaknya sebagai pekerja buruh. Isterinya yang naif itu hanya mempercayai akan kata-kata Bahrin.
Zainab menjual apa sahaja yang ada di sekitar rumahnya untuk menambah pendapatan. Di samping itu dia membuat kuih dan kerepek untuk di jual. Dia tahu Bahrin tidak mampu untuk memberikan lebih untuk dirinya dan Irfan. Jadi dia perlu ringan tulang demi kesenangan mereka sekeluarga. Mujur Mak Jab dan Samad perihatin pada dirinya. Sentiasa membantu dan memberi peluang kepadanya mencari rezeki lebih.
Di bandar, Bahrin mengambil kesempatan di atas aset yang dia ada. Bahrin pandai mengayat perempuan cantik dan kaya. Tapi bukan mereka yang mengikis Bahrin, Bahrin yang terlebih dahulu mengikis perempuan-perempuan itu. Bermacam-macam alasan seperti tertinggal dompet, tersalah pakai seluar semalam dan macam-macam lagi.
Perkenalan dengan artis bernama Lisa tidak membuatkan Bahrin hanyut. Dia masih seperti Bahrin yang kedekut. Setiap kali keluar bersama, Lisa sahaja yang banyak mengeluarkan duit belanja. Dari makan hingga lah ke duit tol semuanya di keluarkan oleh Lisa. Lisa tidak kisah sebab dia sudah kemaruk ingin berlakikan Bahrin yang kononnya anak pemilik syarikat kereta mewah tempat dia bekerja itu. Mentelah keluarga Lisa telah merestui hubungan mereka.
Suatu hari, Samad terlihat Bahrin bersama dengan Lisa. Dia melihat Bahrin berpakaian segak dan berkereta mewah. Dia menceritakan segalanya pada ibunya, Mak Jah tetapi dia dimarahi ibunya kerana membuat tuduhan sebegitu kepada Bahrin.
Mak Jah menyampaikan cerita Samad mengenai Bahrin itu kepada Zainab. Zainab hanya ketawa kerana padanya tidak mungkin lah suaminya berkeadaan begitu. Dia mengenali Bahrin bukan sehari dua. Bahrin suaminya, dia amat mempercayai Bahrin.
Setelah sekian lama Bahrin tidak pulang ke kampung, Zainab membuat keputusan untuk menziarahi Bahrin di bandar. Dia meminta pertolongan Samad untuk menghantarnya ke rumah Bahrin. Berdasarkan alamat yang di ambil dari dompet Bahrin, mereka berdua menuju ke rumah Bahrin. Apabila tiba di kawasan tempat tinggal Bahrin, Zainab terkejut kerana kawasan itu mempunyai rumah yang besar dan cantik-cantik. Betul ke Bahrin tinggal di situ. Memandangkan tak ada orang di rumah tersebut, Zainab dan Samad menunggu di dalam lori di hadapan rumah Bahrin itu dan kebetulan Bahrin balik kerana tertinggal domet di rumah setelah di desak oleh Lisa. Dia sudah tidak sanggup untuk mengeluarkan duit lagi apabila mereka keluar bersama.
Melihatkan Bahrin yang berpakaian segak, menaiki kereta mewah dan mempunyai rumah besar yang cantik, Zainab mulai mengamuk. Dia tidak menyangka Bahrin sanggup menipunya. Tambah menyakitkan hatinya Bahrin ada perempuan lain. Zainab mengajak Samad balik. Lisa yang mengetahui yang Bahrin sebenarnya hanya orang kampung yang miskin dan sudah beristeri terus meninggalkan dia.
Zainab tidak mahu hidup bersama Bahrin lagi. Dia jijik melihat Bahrin yang menipunya dan pentingkan diri sendiri itu. Dia mahu berpisah dengan Bahrin tetapi disabarkan oleh Mak Jah. Mak Jah menyuruh Zainab meminta wang dalam simpanan Bahrin untuk di buat modal berniaga. Termasuk jugak dalam kepala segala saranan Mak Jah itu. Di rumah, Zainab bertanya kepada Bahrin berapa di dalam simpanan Bahrin. Bahrin menjawab, tidak banyak mana, setakat rm 60 ribu jek. Terperanjat Zainab dengan kata-kata Bahrin itu. Dia tidak mempercayai Bahrin mempunyai wang sebanyak itu. Akhirnya, Zainab membuka sebuah kedai runcit dan Bahrin bekerja dengannya. Tamat ....
Para pelakon :
Zul Yahya sebagai Bahrin
Lisdawati sebagai Zainab
Fiz Fairuz sebagai Samad
* Best cite ni .... ada pengajaran .... tentang sikap kedekut ... nak kedekut buleh tapi mesti kena pada tempatnya ... kalau sesama anak isteri pun nak kedekut ... apa cite ... bukankah tugas isteri dan anak-anak menghabiskan harta dan duit suami ... hahaha .... tapikann ... kalau si Bahrin ni tak kedekut ... tak dapat ler dia beli rumah besar ngan kereta mewah tu kannn ... hehe ... tapi kesian jugak tengok perempuan-perempuan yang kena kikis dengan Bahrin tu ... nampak educated tapi kena kelentong jugak dengan si Bahrin ... hahaha ....
1 comments:
kesian bini yang dapat laki kedekut macam ni kan.. lawak gak tengok cite tu..husband saya yg tengok beria ria..
Post a Comment