Tuesday, June 12, 2012

Slot Lestary TV3 '3 Janji - Episod Akhir'

Diam tak diam dah abis cite 3 janji ... terskip-skip jugak episodnya ... hehe ... malam ni bertuah sebab dapat tengok .. walaupun dah jangka siapa pilihan Dahlia ... nak tengok juga ... untuk kepuasan diri sendiri ... gituuuu .... jadi, jom layan sinopsis cerita 3 Janji episod akhir ni ...




Sinopsis oleh : aznanie

Sambungan dari episod lepas di mana Adila di acu pisau oleh Sue. Khairul memujuk Sue supaya melepaskan Adila. Nasib baik Sue terpedaya dengan kata-kata dan helah yang dilakukan oleh Khairul. Apabila Sue mulai mempercayai Khairul, Adila mengambil kesempatan untuk menyembunyikan dirinya. Khairul memberitahu Sue sayang yang di maksudkannya tadi adalah hanya sebagai seorang kawan tidak lebih dari itu. Selepas kejadian itu, Khairul melamar Adila dan dipersetujui oleh Adila.

Hubungan antara Dalia dengan Kamil semakin intim. Yassin redha dan ikhlas melepaskan Dahlia bahagia di samping Kamil. Sufi berjumpa dengan Yassin. Tujuannya adalah untuk meminta maaf di atas segala perbuatan jahatnya dulu. Yassin memaafkan Sufi. Tetapi rupanya itu adalah satu rancangan Sufi untuk melaksanakan rancangan jahatnya lagi. Dia masih berdendam dengan Dalia walaupun dia tahu Dalia bukanlah penghalang untuknya mendapatkan Yassin.

Kamil mulai sedar yang dirinya mencintai Dalia. Tapi dia tidak mampu menjadi seperti 3 janji yang diamanahkan arwah Khusyi dulu. Abangnya, Khairul memujuknya supaya berterus-terang tentang perasaannya pada Dalia. Kamil menurut kata abangnya. Di saat dia mahu meluahkan perasaannya, sekumpulan lelaki menaiki sebuah van telah menculik Dalia. Kamil di pukul sehingga pengsan. Setelah sedar dari pengsan, Kamil mencari Yassin. Dia bersama Yassin mencari Dalia. Yassin yakin ini semua mesti rancangan Elias yang masih berdendam dengannya.

Sufi memarahi Elias kerana menculik Dalia. Dia hanya mahu Elias dan Darus membelasah Yassin sahaja. Dia tidak mahu perkara itu menjadi berpanjangan dan merbahaya apabila melibatkan Dalia.

Kamil mendapat panggilan telefon dari Darus yang menyuruhkan pergi ke gudang lama untuk menyelamatkan Dalia. Kamil pergi bersama Yassin kerana dia tidak pernah bergaduh dengan orang lain. Yassin menyuruh dia mengikut di belakangnya. Setibanya di dalam gudang lama itu, Yassin memukul penjahat yang sedar akan kedatangan mereka. Dengan tidak disedari Kamil, Elias di belakangnya dan terus memukul Kamil sehingga Kamil pengsan. Yassin bergaduh dengan Elias. Saling berbalas tumbukan. Dan ternyata kudrat Yassin lebih kuat berbanding Elias. Apabila Elias telah lemah, Yassin mencekik leher Elias dengan menggunakan kayu. Setelah Elias tidak sedarklan diri, barulah Yassin menyedari keadaan dan melepaskan kayu yang dipegangnya.

Sufi datang ke gudang lama itu. Dia melihat Kamil sudah terbaring pensan dan melihat Yassin membelasah Elias. Dia berlari keluar dari gudang lama itu tetapi Darus terus menikam perut Sufi sambil memberitahu bahawa perlakuan Sufi lebih teruk dari perlakuan samseng sepertinya kerana Sufi mempunyai hati yang jahat sehingga sanggup mengkhianati kawan sendiri. Sufi terbaring dan mengerang kesakitan akibat tusukan pisau di perutnya.

Yassin mencari Dalia. Apabila dia tejumpa dengan Dalia dan mahu membebaskannya dari ikatan tangan dan kakinya, Darus datang sambil mengacukan pistol ke arahnya. Pada masa itu, Kamil tersedar dari pengsannya dan memukul belakang Darus dengan kayu. Darus terjatuh dan pengsan di situ.

Yassin menyuruh Kamil menyelamatkan Dalia. Dia meminta Kamil tidak memberitahu Dalia yang dia berada di situ. Pada mulanya, Kamil tidak bersetuju dengan cadangan Yassin itu tetapi akhirnya menurut sahaja.

Yassin membuat keputusan untuk tinggal bersama ayahnya di Paris. Dia sengaja menjauhkan dirinya dari Dalia dengan harapan Dalia bahagia bersama Kamil. 

Setelah kejadian itu, Kamil mulai sedar dirinya tidak layak untuk mendampingi Dalia. Dia tahu hanya Yassin yang dapat memenuhi 3 janji yang diamanahkan oleh arwah Khusyi pada Dalia.

Dalia menghubungi Yassin tetapi tidak dapat. Dia juga menghubungi Kamil namun sama sahaja keadaannya. Dalam dia keresahan, Sufi datang menegurnya. Dia meminta maaf atas perbuatannya. Dalia yang mengetahui kisah sebenar, telah memaafkan Sufi. Sufi memberitahu bahawa Yassinlah yang menyelamtakan dirinya ketika Kamil pengsan tetapi Yassin tidak mahu Dalia tahu perkara itu. Sufi meyakinkan Dalia yang Yassin amat menyintai Dalia. Barulah Dalia sedar siapa yang dia cintai selama ini. Tetapi telah terlambat untuk mencurahkan rasa hatinya kerana Yassin telah meninggalkannya.

Kamil meminta Dalia bertemu dengannya. Kamil mencurahkan isi hatinya pada Dalia. Tetapi dia juga tahu yang dia tidak layak bersama Dalia kerana Yassin lebih layak. Sepanjang perjalanan, Dalia hanya mendiamkan diri. Setelah di desak oleh Kamil, barulah Dalia bersuara. Dia menyatakan kekesalannya kerana terlambat menyedari tentang keikhlasan cinta Yassin padanya. Apabila Dalia berpaling, dia terlihat Yassin di belakangnya. Kamil mengambil tangan Dalia dan disuakan dengan tangan Yassin. Ternyata Yassin dan Dalia memang ditakdirkan bersama. Walaupun Dalia dan Yassin bersama, Kamil tetap menjadi kawan baik mereka. Kamil akhirnya menetap di US dan menjadi penulis di sana. Tamat ....

Para pelakon :
 Liyana Jasmay sebagai Dalia
Shah Iskandar sebagai Yassin
ShahRizal Jaszle sebagai Khusyi / Kamil
Ana Dahlia sebagai Sufi
Hanez Suraya sebagai Adila
Ungku Ismail sebagai Khairul

* Best jalan ceritanya ... penuh dengan babak suspen ... sedih sangat masa Khusyi meninggal ... Dalia jadi tak keruan ... asik menangis dan pergi ke pusara Khusyi ... kelaka masa dia berusaha mendapatkan perhatian Kamil .... sebab rupa Kamil sama macam Khusyi ... tu yang dia terlupa diri dan menjadikan Kamil tempat melepaskan rindu pada Khusyi .... gituuuuu ... tapi ketulusan dan keihklasan cinta Yassin telah menyedarkan Dalia bahawa Yassin lah lelaki yang dicari dalam melunaskan 3 janji yang diamanahkan oleh Khusyi pada dia dulu .... touchinggg takkk ... paling best masa dia mintak Yassin dukung dia sampai ke kereta pada akhir cerita ... wahhh ... kuat betul Yassin ... orang tengah pregnant kan berat ... hahaha ... nasib baik tak jatuh ... dalam cerita buleh la .. cuba real punya ... laratttt kerrr ... nak-naknya badan macam aku ni ... hoho ... sendiri fikirlah beb ... hahahaha ...  

1 comments:

Anonymous said...

hehehe..best citer nie..sy suka endingnya..
terbaik la heykal hanifah

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...