Saturday, June 09, 2012

Bunga-Bunga Syurga - Episod Akhir

Malam tadi tengok bunga-bunga syurga ... tak sangka pulak episod akhir malam tadi .. sebenarnya terskip beberapa episod juga ... tapi akhiran yang dijangka jugak lah .. memang dah jangka Syafiyah dengan Aiman akhirnya ... jadi, jom layan sinopsis drama Bunga-Bunga Syurga ...

Sinopsis oleh : aznanie

Zila tidak puas hati dengan Safiyah kerana merasakan Syafiyah telah membolot harta ayahnya, Azmin. Dia bertindak memukul Syafiyah sehingga Syafiyah mengalami kecederaan parah. Syafiyah dimasukkan ke hospital.
 Baidah secara tidak sengaja telah tertolak kerusi roda Azmin yang kebetulan berada betul-betul di hadapan tangga. Akibat dari kejadian itu, Azmin meninggal dunia. Zila tidak puas hati melihat harta yang ditinggalkan Azmin. Dia  masih menuduh Syafiyah mengambil wang ayahnya. Dia menghasut ibunya, Baidah untuk sama-sama mencari Syafiyah.

Pertemuan di surau membuatkan hati Syafiyah walang. Dia tidak menyangka Aiman yang dimaksudkan oleh ayahnya itu adalah anak En.Azmin. Ayah Syafiyah, Haji Halim ingin menjadikan Aiman sebagai menantunya. Aiman berjumpa Syafiyah. Dia tidak mahu mengahwini Syafiyah kerana Syafiyah adalah perempuan simpanan ayahnya, Azmin. Syafiyah menerangkan bahawa hubungannya dengan Azmin bukanlah seperti yang disangka oleh Azmin. Syafiyah hanya menjadi pengurus kewangan En.Azmin dan dibayar gaji kerana kerjanya itu. Aiman tidak mempercayai Syafiyah dan mencabar Syafiyah menceritakan segalanya kepada ayah dan uminya.

Syafiyah menyahut cabaran Aiman. Di hadapan Haji Halim, umi dan Aiman sendiri, Syafiyah menceritakan segala-galanya. Ayahnya hanya mendengar dan di akhiran cerita Syafiyah, ayahnya bingkas bangun dan mengambil rotan dan melibas ke arah Syafiyah dan libasan itu terkena belakang Syafiyah. Aiman bertindak menghalang libasan kedua dengan badannya. Haji Halim tidak jadi melibas rotan tersebut apabila melihat Aiman di hadapannya. Haji Halim di tenangkan oleh umi Syafiyah.

Aiman ingin membawa Lia dan adik-adiknya balik ke rumahnya. Umi berasa berat hati untuk melepaskan Lia dan adik-adiknya balik ke rumah Aiman tetapi apakan daya hak penjagaan sudah jatuh ke tangan Aiman sekarang. Aiman berhak ke atas Lia dan adik-adiknya itu.

Zila dan Baidah sampai ke rumah ayah Syafiyah. Dia menceritakan segalanya pada Haji Halim. Dan menyuruh Syafiyah memulangkan semua wang yang diambil dari ayahnya. Pada ketika itu, Aiman ternampak kakak dan ibunya di situ. Zila dan Baidah terkejut melihat Aiman bersama Lia dan adik-adiknya ada di situ. Aiman memberitahu Zila yang Lia telah membuat laporan polis mengenai perbuatan Zila terhadap Lia dan adik-adiknya. Juga tentang siapa yang memukul Syafiyah sehingga koma. Walaupun Zila mengatakan itu perbuatan Darus tetapi semasa kejadian itu Darus sudah pun berada di penjara kerana membunuh orang upahannya. Aiman mengatakan yang Syafiyah bukanlah perempuan simpanan ayahnya seperti yang mereka sangkakan dan Aiman meminta restu ibunya untuk dia berkahwin dengan Syafiyah. Ibunya naik angin mendengar kata-kata Aiman itu. Zila yang sudah ketakutan kerana semua perbuatan jahatnya telah terbongkar mengajak ibunya beredar dari situ.

Semasa dalam perjalanan pulang, Baidah dan Zila bertengkar sesama sendiri. Baidah memukul-mukul Zila kerana semua rancangan mereka telah gagal. Zila memarahi ibunya dan di kala mereka kekalutan, mereka terlihat sekatan jalan yang di lakukan pihak polis di hadapan mereka. Zila bertindak memusing keretanya dan terlanggar pokok di tepi jalan.

Baidah lumpuh dan telah insaf. Dia mulai bertaubat. Zila pula di masukkan dalam penjara sebagai balasan di atas segala perbuatan jahatnya dulu. Aiman dan Syafiyah telah disatukan dalam ikatan perkahwinan. Mereka bersama-sama menjaga rumah kebajian ayahnya dan hasrat Aiman untuk membuka pusat pengajian Al-Quran terlaksana sudah. Tamat ...

Para pelakon :
Dato' Eizlan Yusuf sebagai Haji Halim
Johan Ashari sebagai Aiman
Wawa Zainal sebagai Syafiyah
Rozita Che Wan sebagai Baidah
Eyka Farhana sebagai Emilia
Hilal Azman sebagai Azmin
Bea Rameshan sebagai Zila

* Best drama ni .. harap-harap yang mengantikannya lebih best atau setara best .. hehe ...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...