Saturday, June 23, 2012

Hari Terbuka Sekolah Agama

Semalam petang iaitu pada 22/6/2012 hari Jumaat, Sekolah Agama anak aku, Ayen mengadakan hari terbuka atau hari diskusi ... tujuannya adalah untuk membincangkan hal-hal berkaitan pembelajaran anak-anak ... berbincang tentang prestasi anak-anak dalam pelajaran ... sikap dan perangai anak-anak di sekolah ... dan banyak lagi lah ...

Aku dan Ayen sampai Sekolah Agama dalam kul 2.55 petang ... kat dalam surat yang diedarkan oleh pihak sekolah, majlis diskusi itu bermula jam 3 petang ... tapi masa aku sampai tu dah ramai yang datang ... sampai tak cukup kerusi nak duduk ... mana tak nya ... bebudak jek dah berapa orang .. mak-mak datang pulak bawak lagi anak yang lain ... mana lah nak cukup kerusi ... masuk jek kena daftar ... tulis nama mak ngan nama anak ... dah tu sign ... pastu tunggu giliran ...
Tempat pendaftaran .. Ayen pun sibuk nak tengok ibu bapa yang datang mendaftar ... hehe 
Sebahagian ibu bapa yang hadir pada majlis diskusi ini ... sabar menunggu giliran ...
Cikgu Suhana (tudung oren) sedang berdiskusi dengan ibu bapa pelajar yang hadir ... ada ole-ole dari pihak sekolah iaitu sebiji buah lai ... buat suka bebudak .. hehe
Ayen ngan Aisy ... Aisy dah bosan menunggu ... haus kata dia .. kantin tak bukak semalam ... tak de tempat nak beli air .. pulak tu terlupa nak bawak air bekalan semalam ... hehe .. suara dia jek la .. nak balik .. nak balik ... hissyyyy geram aku dibuatnya ... 

Setelah setengah jam menunggu, tiba giliran aku ... huhu ... jumpa guru kelas Ayen ... nama cikgu tu ialah Cikgu Suhana ... baik dan ramah cikgunya ... selalu jugak terjumpa cikgu Suhana ni kat pasar malam ... biasa jugak la berbual dengan Cikgu Suhana ni ... Cikgu Suhana memberitahu aku mengenai keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang baru lepas ari tu ... ternyata Ayen masih lemah dalam bab membaca dan menulis jawi ... nasib baik dia buleh membaca al-quran dengan baik ... alhamdulilah ... disebabkan kelemahan dia tu, dia jadi blurr masa nak menjawab dalam peperiksaan ... itu rumusan cikgu Suhana ... dan aku akui itu ... Ayen disarankan banyakkan membaca kitab dan membuat karangan bertulisan jawi untuk membulehkan dia menguasai bahasa jawi itu ... aku akur dengan saranan cikgu Suhana itu ... insyallah .. aku akan berbuat demikian dari semasa ke semasa supaya Ayen lebih memahami dan dapat menguasai jawi dengan baik .. kalau pun tak baik sangat, janji dia dapat memahami soalan dan dapat menulis jawi dengan lancar ...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...