Friday, December 23, 2011

Resepi Kacang Bendi Tumis Kering

Nak beli sayur apa ek .. kat gerai sayur tu macam-macam pilihan sayur ada .. ari tu dah masak sayur kangkung goreng belacan .. jemu pulak nak masak lagi ... peria en.suami jek reti makan .. aku ngan anak-anak tak pandai .. hehe .. last-last pilih kacang bendi la .. wat sayur bendi tumis kering .. bukan apa .. bendi ni bukan boleh ada kuah .. nanti keluar lendir dia .. tak best la .. kalau nak masak berkuah jangan potong-potong bendinya .. biar kan seketul gitu .. masak asam rebus la sesuai bendi seketul cam tu ...

Kacang Bendi Tumis Kering
Bahan-bahan :
Kacang bendi - dipotong menyerong
Bawang merah - dihiris nipis
Bawang putih - dihiris nipis
Ikan bilis - disiang dan dibersihkan
Lada merah - di potong menyerong
Sos tiram - sedikit sahaja
Garam dan ajinomoto secukup rasa
Minyak untuk menumis
Air masak - sedikit sahaja

Cara membuat :
Tumis bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan lada merah sehingga garing
Masukkan sos tiram dan kacau
Masukkan kacang bendi dan kacau lagi
Masukkan air sedikit dan biarkan kacang empuk
Masukkan garam dan ajinomoto dan kacaukan
Rasakan kuah sayur dan tutup api
Hidangkan

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...