Hari ni gi gerai jual ikan ... hmm ... tak banyak pilihan .. ikan pun tak berapa nak segar .. maklum la musim-musim hujan ni .. payah nak dapat ikan .. aku pilih ikan cencaru .. sekilo Rm 12 .. pehhhh ... mahal betul .. aku amik 4 ekor jek .. tak beso pun .. sedang-sedang jek .. rega dia Rm 9 .. terima jek la .. tak leh nak kata apa ... ari tu aku beli ayam seekor Rm 11 jek .. mahal ikan dari ayam sekarang ni .. lelagi musim-musim hujan ... nak wat cam mana kan .. jemu dah makan ayam .. daging ... ikan pulak la .. mahal pun beli jugak la ... nak wat cam mana .. nelayan pun kesian jugak ... hehe .. so .. ingat nak masak lemak cili api ikan cencaru sikit .. wat kuah-kuah .. yang selebihnya aku nak bako .. aku ni memang suka sangat makan ikan cencaru bako ... pembetulan .. semua makanan yang bako-bako aku suka ... hehe .. sabo jek la ...
Ikan Cencaru Masak Lemak Cili Api
Bahan-bahan :
Ikan cencaru - dibersihkan
Asam jawa
Garam dan ajinomoto - secukup rasa
Cili Api - ditumbuk
Bawang merah - ditumbuk
Bawang putih - ditumbuk
Halia - ditumbuk
Serai - diketuk
Santan pekat
Serbuk kunyit - sedikit sahaja (untuk mencantikkan warna kuah)
Air masak - sedikit sahaja
Minyak untuk menumis
Cara membuat :
Lumurkan ikan bersama asam jawa dan garam
Bakar ikan yang telah dilumur tadi di atas kuali leper
Bakar separuh masak di kedua-dua belah ikan
Bila dah masak, buangkan kulit keras dan kulit yang hangus-hangus ditepi-tepi ikan
Tumiskan bahan tumbuk dan serai sehingga garing
Masukkan ikan yang telah dibakar tadi
Masukkan juga air masak dan serbuk kunyit
Kacaukan ia dan biarkan mereneh sehingga air mengering
Masukkan pula santan pekat
Masukkan garam dan ajinomoto
Rasakan kuahnya dan dikacau sebentar
Bila menggelegak sekali terus ditutup api (untuk mengelakkan santannya pecah minyak)
Hidangkan dan boleh lah dimakan bersama nasi putih panas-panas
0 comments:
Post a Comment