Friday, September 16, 2011

Naluri - Takdir Ilahi 'Roh Bergentayangan'

Baru abis tengok cite Takdir Ilahi episod Roh Bergentayangan yang ditayangkan kat TV3 tadi ... cite ni dari negara Indonesia .. ni adalah cite kisah dan teladan sebenarnya ... setiap perbuatan pasti ada balasannya .. itu sudah pasti .. jadi, jom layan cite ni yang digarap sinopsisnya oleh aku le ..


Sinopsis oleh : aznanie

Mengisahkan roh Linda yang merayau-rayau di muka bumi ini kerana rohnya tidak tenang. Cara dia mati dengan membunuh diri menjadi penyebab rohnya tidak tenang. Dia merayau dan menganggu orang ramai.

Masa hidupnya, Linda terpengaruh dengan kawannya, Rita yang gemar bersosial. Linda terikut-ikut akan gaya Rita. Rita memperkenalkan Linda dengan Leo, seorang lelaki kaya. Sebenarnya Leo telah beristeri, tetapi dia tidak berterus terang dengan Linda. Hubungan mereka sudah melampaui batas dan membuatkan Linda hamil. Setelah Linda hamil, barulah dia mendapat tahu yang Leo sudah mempunyai isteri. Leo tidak mahu bertanggungjawab terhadap Linda. Setelah perut Linda semakin membesar, orang kampung mulai mengata ibunya. Linda malu dan bertindak membunuh diri. Setelah itu, rohnya mulai merayau-rayau mencari Leo. Setelah Leo dibunuh oleh roh Linda, rohnya terus bergentayangan dan menggangu orang kampung.

Tak tahan dengan keadaan itu, beberapa penduduk kampung pergi bertanya dengan seorang ustaz mengenai roh yang bergentayangan ini menurut pandangan islam. Ustaz itu menerangkan bahawa orang yang telah meninggal dunia telah berada di alam lain yang kukuh. Tidak mungkin orang yang telah meninggal dunia merayau-rayau di atas muka bumi ini. Yang merayau dan menggangu orang ramai itu adalah jin khorin. Apabila manusia dilahirkan ada malaikat yang akan mengikutnya untuk membisikkan perbuatan-perbuatan yang baik-baik di telinganya. Juga ada jin yang diberi nama jin khorin yang mengikuti. Jin khorin ini adalah seburuk-buruk teman bagi manusia. Jika manusia itu berbuat kejahatan, jin khorin itu akan terus menjadi bayangan bagi manusia itu. Dan apabila manusia itu telah mati, jin khorin itu terus hidup menyerupai kejahatan manusia itu. Tamat ..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...