Saturday, April 16, 2011

Sinopsis Novel 'Sepi tanpa Cinta'

"Ku tetap menanti selagi ada rasa di sebalik rindu yang tegar"

Sinopsis oleh : aznanie

Haziqah, seorang gadis yang mengimpikan kebahagian bersama insan kesayangannya, Yusri. Tapi hajatnya itu terkubur begitu sahaja apabila ada insan yang tak senang dengannya membuat onar sehingga kesucian dirinya dipersoalkan. Yusri yang termakan dengan fitnah itu bertindak meninggalkan dirinya walaupun hari bahagia mereka bakal menjelma tidak lama lagi.

Namun, Haziqah nekad. Majlis perlu dilaksanakan. Yang penting, fitnah dapat ditamatkan. Biarpun Fakrul tidak pernah dicintai, dia rela asalkan kesucian dirinya dapat dibuktikan. Tetapi malang, perkahwinan yang tercipta itu hanya menambahkan penderitaan yang sedia tergalas di bahu. Dia dikeji. Di kasari perasaannya sehingga hancur lebur hatinya.

Cinta Fakrul bukan untuk Haziqah. Hatinya masih mencintai Azura. Gadis pertama yang dicintainya, tetapi sayang Azura curang padanya. Azura tidak setia padanya. Dia benci perempuan yang tak setia. Dia benci pada Azura tetapi kebencian itu di alih pada Haziqah. Baginya semua perempuan sama sahaja. Hatinya menuduh melulu. Dia bencikan perkahwinan ini. Perkahwinan ini tidak pernah dipersetujuinya. Hanya kerana ikutkan kata ibunya dia terperangkap dalam perkahwinan ini. Dirinya memberontak dalam diam. Haziqah menjadi mangsa. Dia tidak peduli perasaan Haziqah. Sungguh dia tak peduli.

 Kejadian malang menimpa Haziqah. Dirinya menjadi mangsa ketidakpuasan hati Melati. Melati mengupah seorang lelaki bernama, Leman untuk menakut-nakutkan Haziqah tetapi Leman ingin memperkosa Haziqah. Mujur Fazkrul datang tepat pada masanya. Leman tidak sempat melaksanakan niat buruknya itu. Tetapi Haziqah yang tercedera dalam usaha menyelamatkan diri, menjadi trauma akibat kejadian itu. Sudahlah diri yatim piatu, dianiaya orang yang dengkikan dirinya pulak. Fakrul berasa bersalah pada Haziqah. Rasa diri gagal menjaga isterinya itu. Walau tiada cinta antara mereka, tanggungjawab diri tetap tertunas dalam hati.

Cinta itu indah. Fakrul tak sedar bila dirinya mula jatuh cinta. Bagaikan tak percaya bila dirasakan cintanya mulai berputik terhadap Haziqah. Fakrul tak tahu apa yang perlu dilakukan agar Haziqah percaya pada pengakuannya. Haziqah bagai sengaja mendera hati dan perasaannya. Dia akui kesilapan diri tatkala di awal perkahwinan dulu dirinya sering menuduh Haziqah. Dan kini dia percaya segala fitnah yang dilemparkan pada Haziqah itu palsu semata. Haziqah masih suci. Dia pasti tentang itu.

Dalam sengketa ada rindu. Haziqah tidak tahu bila perasaan itu datang. Dirinya terlena dengan pujukan Fakrul. Sekuat mana dia menidakkan perasaannya, semakin kuat bayangan Fakrul memenuhi matanya. Dia resah. Egonya tinggi, setinggi gunung kinabalu.

Namun, belum sempat dirinya mengakui perasaan sayangnya pada Fakrul, Yusri hadir kembali dalam hidupnya. Merayu untuk dimaafkan segala kesalahannya. Meminta Haziqah memberikan peluang kedua kepadanya. Haziqah menolak. Bukan kerana dirinya berdendam dengan Yusri. Tapi kerana cintanya hanya untuk suaminya, Fakrul.

Disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari. Di kala bahagia mulai menjelma, datang badai melanda hidupnya lagi. Hanya kerana berahsia, hidupnya di sisih Fakrul. Sesungguhnya Fakrul tidak dapat menerima hakikat yang Haziqah sanggup melakukan begitu padanya. Selama ini disangkanya, Haziqah sudah dapat menerima dirinya, rupanya dirinya masih di anggap orang asing oleh isterinya sendiri. Kecewa hatinya bukan sedikit.

Haziqah pergi membawa hati yang lara. Pulang ke kampung untuk merawat hati. Melati berasa sudah sampai masanya dia menamatkan segala dendam kesumat yang sekian lama bersarang di hati. Rumah Haziqah dibakar sehingga Haziqah nyaris mati kelemasan terhidu asap. Bayi dalam kandungannya tidak dapat diselamatkan. Haziqah menyalahkan Fakrul atas apa yang berlaku. Begitu juga keluarganya. Fakrul tertekan. Dan mengalah. Dia menurut kata Haziqah yang mahukan perpisahan.

Setahun berlalu. Tiada khabar berita dari Fakrul. Haziqah kerinduan namun ego menghalang untuk dia merisik khabar. Melati sudah menerima hukuman atas perbuatannya. Dia dijumpai dengan tangan terikat tanpa pakaian dalam semak. Leman pelakunya pun sudah di tangkap polis.

Hafiz, abang tiri Haziqah bertindak menemukan mereka berdua tanpa pengetahuan Haziqah. Fakrul mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf atas kesilapannya selama ini. Haziqah juga mengakui kesilapan diri. Dan mereka sepakat untuk membina semula rumahtangga mereka dengan lebih bahagia selepas ini.

Penulis : Damya Hanna
Terbitan : Alaf 21
Point : 5/5


* Sukee novel ni .. tapi geram sangat dengan Haziqah tu .. ego sangat .. orang dah cakap sayang kat dia .. jual mahal sangat .. tak yakin konon .. geram jek baca .. haha .. Fakrul pun sama gak .. 2 x 5 jek dengan Haziqah tu .. konon sayang sangat ler tu .. sampai cemburu membuta tuli ... tapi betul jugak cemburu tandanya sayang .. haha .. padan muka Melati tu .. jahat sangat .. kan dah makan diri sendiri kejahatan dia tu .. hmm .. macam-macam lah dunia ni .. haha .. emo dah pulak ..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...