Sunday, April 24, 2011

Cerekarama 'Bila Azan Berkumandang'

Aku memang suka tengok cerekarama. Tak kiralah cite kelaka ke cite sedih ker cite suam-suam kuku ke .. aku tengok jugak .. kalau aku tak tengok bukan sebab cite tak best tapi sebab aku ada hal kat luar ... kalau aku tengok pasti aku buat sinopsisnya .. haha .. jom layan cerekarama Bila Azan Berkumandang yang penuh dengan pengajaran ini ...


Sinopsis oleh : aznanie

Kamarul dibesarkan dengan penuh didikan agama oleh ayahnya. Di didik supaya tidak meninggalkan solat walau dengan apa alasan sekali pun. Namun ayahnya gagal mendidik isterinya menjadi seorang isteri dan ibu yang bertanggungjawab terhadap anak dan suami. Ibu Kamarul sibuk mencari harta dunia. Kamarul membesar tanpa belaian dan kasih sayang dari seorang ibu.

Pemergian ayahnya menyahut panggilan ilahi membuatkan perasaan benci pada ibunya, Latifah semakin menjadi-jadi. Baginya ibunya lah yang menyebabkan ayahnya meninggal dunia.

Bersama waktu, Latifah menyesali kesilapan lalu. Namun untuk melembutkan hati Kamarul bukan mudah. Bukan dengan hanya kata maaf yang lahir dari bibirnya. Hati Kamarul terlalu keras dan dia lupa pada ajaran ayahnya. Dia mula meninggalkan solat. Menjadi budak jahat sehingga membuntingkan Zulaikha dan tidak mahu bertanggungjawab ke atasnya.

Zulaikha yang kecewa nyaris membuang anak yang dilahirkannya. Mujur ada yang menghulurkan bantuan kepadanya. Membawanya tinggal bersama dan memelihara mereka berdua.

Setelah berjaya dan berkahwin dengan anak Tan Sri, Kamarul semakin megah. Dia membawa ibunya tinggal bersamanya dan menjual rumah ibunya. Ibunya disuruh menjadi orang gaji di rumahnya. Tidak diberitahu yang wanita tua itu adalah ibunya. Dikhabarkan pada isterinya, Ruby yang ibunya sudah meninggal dunia.

Kamarul semakin lupa diri. Arak dan perempuan menjadi mainannya setiap malam. Sehingga satu malam dia pulang dalam keadaan mabuk dan dia terjatuh di tangga dan koma. Ruby menjaganya di hospital dan bila terdengar Kamarul memanggil ibunya, dia bergegas mencari Latifah. Namun tidak menjumpainya. Dia meminta pertolongan rakannya untuk menjejak Latifah. Rakannya itu memberikan alamat Zulaikha kepadanya.

Latifah yang di halau oleh Kamarul semasa pergaduhan di rumahnya telah membawa diri ke taman permainan tidak jauh dari tempat Zulaikha berniaga. Anak Zulaikha, Zul telah menjumpai Latifah yang terbaring lesu akibat kelaparan. Zul mengambil makanan di tempat ibunya berniaga tanpa memberitahu ibunya tujuannya. Zulaikha yang kehairanan mengekori Zul dan berjumpa dengan Latifah yang sedang menikmati makanan yang dibawa Zul. Zulaikha mengajak Latifah ke rumahnya dan memperlawa Latifah tinggal bersamanya memandangkan Latifah tiada tempat tinggal.

Pertemuan Ruby, Zulaikha dan Latifah membongkar semua rahsia. Zul adalah anak Kamarul yang dilahirkan Zulaikha. Setelah Zulaikha menceritakan kejadian yang menimpa Kamarul, mereka bergegas ke hospital. Latifah merayu Kamarul memaafkan dirinya dan menyatakan yang dirinya telah memaafkan segala perbuatan Kamarul kepadanya.

Akhirnya, Kamarul sedar dari koma tetapi telah lumpuh kakinya. Dia kini hanya mampu duduk di kerusi roda. Zul akhirnya dapat menerima Kamarul sebagai ayahnya. Mereka semua hidup bersama di bawah satu bumbung. Sesungguhnya Allah telah memberi peluang kedua kepada Kamarul untuk bertaubat dan memperbetulkan kesalahan masa silamnya.

" .... bila azan berkumandang, hendaklah kamu diam .. bersegeralah kamu solat ... agar mudah mengucap di saat mengadap tuhan ... "

Para Pelakon :
Shahz Jaszle sebagai Kamarul
Zarina Zainordin sebagai Ruby
Norish Karman sebagai Latifah
Wan Sharmila sebagai Zulaikha




* Tersirat berbagai pengajaran dalam cite ni .. sedih ada ... tapi tak suka watak norman hakim tu .. cam tak best jek jadi ayah yang alim dan warak .. cara penyampaiannya tak kena dengan perwatakan dia .. Shah Jaszle tu ok .. masa dia tendang meja sebab mak dia tampar dia masa hari jadi dia tu .. real betul .. sampai meloncat Norish Karman .. punyalah terkejut .. haha .. Zarina tu pun cam tak best jek .. tapi bab menangis .. dia memang terror .. asyik menangis jek .. mata basah jek .. kalah Norish Karman .. si Wan Sharmila tu pun .. cam kaku jek bawak watak Zulaikha tu ... masa dia jumpa Kamarul dengan Ruby .. dia punya tergagap-gagap tu cam dibuat-buat pulak .. ni cite happy ending .. walaupun di tunjukkan diaorang pergi menziarahi pusara selepas tengok Kamarul koma kat spital .. ramai yang sangka Kamarul dah mati ... padahal diaorang menziarahi pusara ayah Kamarul ... haha .. terkena trick pengarah le siapa yang beranggapan cam tu ...

2 comments:

Anonymous said...

sape taw lagu dlm dama ni? sedap.. nk carik tp x jumpa lak

tentang aku said...

tajuknya suara azan, penyanyi fitri haris .. dah ada saya buat kat atas tu .. huhu ..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...