Sunday, April 17, 2011

Cerekarama 'Wan Tempe Ke London'

Malam tadi ngeteh ngan adik aku, tam ..makan sate .. lama tak makan sate .. Rm 10.00 makan 2 orang jek .. waduh .. semput nak menghabiskan makanannya ..  sampai umah dah pukul 10.00 malam. Terus bukak TV3. Tengok cerekarama. Dengo muzik intro dah tau ni cite kelaka. Apalagi tengok senarai para pelakonnya. Sah-sah ler cite kelaka ni .. Layan jek ler ...

Sinopsis oleh : aznanie

Wan bercita-cita untuk memperkenalkan perniagaan tempenya ke luar negara. Di kampungnya, tempe Wan bukan sahaja di gemari oleh masyarakat setempat malahan masyarakat cina dan india juga mengemarinya. Kedatangan seorang pelancong dari London, Herbert seakan memberinya harapan apabila Herbert mengajak Wan ke London untuk berniaga tempe di London. Wan merasa teruja dengan tawaran itu.


Wan meminati seorang gadis bernama Shamsiah. Tetapi malangnya Shamsiah tidak menyukai Wan apatah lagi tempe. Dia tidak sukakan bau tempe yang busuk itu. Wan berasa terhina dengan pandangan Shamsiah terhadap dirinya.

Wan berusaha juga untuk membawa tempenya ke London. Walaupun dipersenda oleh semua kawan-kawannya terutama Shamsiah. Dia tak putus semangat. Dia meminta pertolongan kawannya dari Kuala Lumpur, merupakan kumpulan rock, The Federated yang akan ke London menyertai pertandingan di sana. Wan dan adiknya, Ramon mahu mengikut kumpulan itu pergi ke London dengan membawa tempenya.

Setelah Wan pergi ke Kuala Lumpur, bapa Shamsiah memberitahu yang Wan dan keluarganyalah yang banyak membantu mereka dari segi kewangan semasa Shamsiah melanjutkan pelajaran dahulu. Shamsiah berasa malu dan bersalah kerana selalu menghina Wann dan tempenya. Shamsiah berjumpa dengan ibu Wan dan bertanyakan tentang Wan. Ibu Wan mengajak Shamsiah bekerja dengannya memandangkan Shamsiah tak ada pekerjaan lagik. Shamsiah meminta alamat Wan di Kuala Lumpur dengan alasan untuk memberitahu tentang tawaran ibunya mengajak dia berkerja dengannya.

Setelah berjumpa Wan di Kuala Lumpur, Wan memberitahu yang dia dan Ramon tak akan balik lagik ke kampung sebab diaorang nak menetap terus kat London dan berniaga di sana. Shamsiah yang kecewa terus pulang setelah memberitahu yang dia akan bekerja dengan ibu Wan membuat tempe.

Setelah berfikir masak-masak, akhirnya Wan tak jadi hendak ke London. Kerana mengenangkan perasaan cintanya pada Shamsiah. Dia menyuruh kawannya Poji iaitu ketua kumpulan The Federated memperkenalkan tempenya sambil menyertai pertandingan di sana. Mereka menyetujuinya.

Wan pun pulang ke kampung. Sementara itu, ayah Wan iaitu Wak Mosdor ada hati dengan janda muda, Piah. Mereka tinggal berjiran. Piah tak nak dengan Wak Mosdor tu. Wak Mosdor tu jek yang perasan. Jadi, dia meminta pertolongan dari ayah Shamsiah untuk meminang piah. Tetapi ayah Shamsiah tidak berani memandangkan isteri Wak Mosdor, Mak Melah garang orangnya. Dia takut diserang oleh Mak Melah.

Pada malam Wan balik ke kampung, Wak Mosdor pergi ke rumah Piah. Merayu Piah supaya berkahwin dengannya. Piah tak mahu. Wan beritahu Mak Melah yang ayahnya pergi ke rumah Piah. Mak Melah pun ke sana dan menyuruh Wak Mosdor balik.

Poji menelifon Wan dan menyuruh Wan membuka siaran televisyen dan kumpulan The Federated sedang membuat persembahan menyanyikan lagu tempe dalam versi rock.

Para pelakon:
Wahid senario sebagai Wan
Ceplos sebagai Ramon
Amanda Misbun sebagai Shamsiah
Kazar sebagai Wak Mosdor
Maimun Talib sebagai Mak Melah
Zila Baharin sebagai Piah

* Kelaka jugak ler cite ni .. menjadi watak yang dibawak Kazar sebagai seorang yang berlidah pendek .. cara percakapannya buat orang tersenyum jek .. Wahid biasalah dia dengan lawak senario dia tu .. yang lelain tu tak berapa kelaka ler .. nyampah tengok si Amanda tu ... konon tak suka tempe .. tapi makan sampai tak leh berenti .. haha .. apa pun buleh layan ler cite ni .. tak kelaka sangat .. tak le busan sangat .. hehe .. 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...