Sunday, May 19, 2013

Sinopsis Cerekarama 'Mentol Ku'

Cerekarama malam tadi memang kelaka ... serius kelaka la .. sampai bujang aku tak leh tahan ketawa dia ... habis adik dia kena tepuk-tepuk ... naik angin le si adik kena wat cam tu ... penyudahnya .. bertekak dua-duanya ... haiii ... memang nak kena budak 2 orang ni ... ok ... berbalik pada cite ... kisah cerekarama malam tadi mengenai kehidupan seorang lelaki yang bernama Amran atau nama panggilannya mentol ... si Mentol ni penakut dengan suasana gelap ... fobia dengan kegelapan ler kiranya ... ada sejarah masa kecik-kecik dulu ... terbawak-bawak sampai ke tua ... rahsia dia diketahui oleh kawan-kawan sepejabat bila lampu bilik terpadam sewaktu mereka sedang bermesyuarat ... mentol menjerit ketakutan dan menyorok di bawah meja ... kejadian itu membuatkan mentol selalu di ejek dan menjadi mangsa buli si Feroz ... haaaa ... best tak intro .... ok la ... jom layan sinopsis cerekarama Mentol Ku yang aku garap sendiri ni ...



Sinopsis oleh : aznanie

Amran seorang lelaki yang boleh di katakan macho. Tetapi dia mempunyai masalah. Masalah dia ialah dia fobia dengan suasana gelap. Disebabkan itu dia dipanggil mentol.

Tembelangnya pecah sewaktu kejadian blackout di pejabatnya sewaktu mentol dan kawan sepejabatnya sedang bermesyuarat. Mentol menjerit ketakutan dan menyorok di bawah meja. Setelah lampu dihidupkan semula, rakan-rakannya mentertawakan dirinya. Sejak dari itu, mentol selalu menjadi mangsa usikan dan buli si Feroz.

Pertemuan dengan Ain bukanlah dengan permulaan yang baik. Mentol menganggap Ain seorang gadis yang brutal dan handal bertomai. Ain pula menganggap Mentol lelaki gatal yang suka mengambil kesempatan pada gadis secantiknya.

Bukan di pejabat sahaja Mentol menjadi mangsa usikan, malah di rumah jugak. Rakan serumahnya jugak suka mengusiknya. Membuatkan mentol menjadi tertekan dan meminta pendapat ibunya di kampung. Ibunya menyuruh mentol bersabar dan tidak mengambil pusing apa yang dikatakan oleh kawan-kawannya itu.

Ibunya memberi cadangan supaya mentol mencari seorang gadis yang mempunyai ciri-ciri fobia sepertinya. Barulah mentol dapat merealisalikan impiannya untuk berkahwin dan mempunyai cahaya mata. Mentol berasakan cadangan ibunya itu logik tetapi dia ragu-ragu, adakah gadis yang serupa dengannya.

Di rumah sewanya, mentol memberitahu cadangan ibunya kepada kawan-kawannya. Kawan-kawanya bersetuju dengan cadangan ibunya itu. Seorang kawan serumahnya mencadangkan mentol mempelajari seni mempertahankan diri bagi mengatasi masalah fobianya itu. Mentol terus terbayangkan Ain dan bersetuju untuk mempelajari seni mempertahankan diri dari gadis itu.

Keesokkan harinya, Mentol bertemu dengan Ain. Dia menerangkan hajatnya dan Ain setuju membantunya. Ain mengajar Mentol cara-cara untuk bertomai. Akhirnya, terbongkar rahsia bahawa sebenarnya Ain baru 5 hari belajar di situ. Sedang mereka bertekak, tiba-tiba lampu terpadam. Mentol dan Ain menjerit ketakutan dan menyorokkan diri di lantai. Apabila lampu menyala, keduanya terkejut kerana mereka berdua mempunyai fobia yang sama.

Mentol berasakan yang Ain adalah gadis yang dicari selama ini. Dia meluahkan perasaannya pada Ain. Berbagai cara yang dilakukannya. Mentol dah mula angau dan asyik terbayangkan Ain.

Suatu hari, Mentol ternampak Ain bersama dengan Feroz. Mereka sedang menikmati makan tengahari bersama. Mentol bersama sangat marah. Dia rasa tertipu. Dia merasakan yang itu adalah rancangan Feroz untuk memalukan dirinya. Kerana perasaan marahnya itu dia tidak mahu memberikan Ain peluang untuk menjelaskan duduk perkara yang sebenarnya.

Setelah dipujuk, barulah Mentol mahu berjumpa dengan Ain dan mendengar penjelasan Ain. Sebenarnya Ain dan Feroz adalah kawan sekolah dahulu. Ain memberitahu mentol yang Feroz tu berlagak jek lebih, padahal si Feroz tu penakut dengan lipas. Mentol mula memasang rancangan untuk mengenakan Feroz pulak.

Mentol berpakat dengan kawan-kawan sepejabatnya. Dia meletakkan bungkusan di atas meja Feroz dan memanggil rakan-rakan sepejabat yang lain untuk melihat kelakuan Feroz. Apabila Feroz membuka penutup bungkusan itu, Feroz ternampak beberapa ekor lipas di dalamnya. Dia terus menjerit dan membuang bungkusan itu. Feroz naik ke atas meja dan menjerit ketakutan. Mentol dan kawan-kawan memtertawakan Feroz. Mereka semua berasa lega kerana dapat membalas perbuatan Feroz yang selama ini selalu membuli mereka.

Akhirnya, Mentol dan Ain disatukan. Pada malam pertama, Mentol memberitahu Ain yang sepatutnya malam pertama bilik tidur haruslah gelap. Tetapi mereka berdua ragu-ragu untuk menutup lampu. Masing-masing bertolak-tolak untuk menutup lampu. Ibu mentol di luar mula memasang rancangannya. Dia menutup suis utama dan keadaan rumah menjadi gelap-gelita. Mentol dan Ain yang terkejut terus menjerit ketakutan. Tamat ....

Para pelakon :
Tomok sebagai Mentol / Amran
Kilafairy sebagai Ain
Liza Abdullah sebagai ibu mentol



* Best jugak citenya ... jalan cite ringkas ... tomok memang sesuai bawak watak gila-gila ... cite yang ringan ... tak perlu banyak fikir ... just tengok dan enjoy ... memang dari awal dah dapat agak yang si Ain tu pun sama penakut gelap cam mentol jugak ... nampak jek cam minah brutal ... haha ... orang kata kalau dah jodoh tu kannn ... dapat pulak tu yang sama-sama ada fobia takut gelap ... kononnya masa kecik nampak hantu masa lampu padam .. tu yang fobia gelap gila-gila punya ... bayangan hantunya pun sama jek .. nampak bayangan putih melintas kat tingkap ... tu yang fobianya sama ... haha ... layannnnnzzzz

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...