Sinopsis oleh : Aznanie
Harga kesetiaan seorang lelaki bernama suami begitu mahal nilainya pada insan bernama Lukman Hafizi ini. Setelah pemergian isteri tercintanya, Sarah, hari-hari yang dilaluinya tidak lagi seindah semalam. Dia terus hanyut dalam lamunan khayalannya.
Kepulangan Farah, kembar seiras menggugah selaut kenangan bersama arwah isterinya. Farah pula tersepit dengan wasiat terakhir kakaknya serta dilema perasaannya sendiri. Dia pasrah akhirnya.
Lukman tak berdaya. Melihat Farah bagai melihat bayangan Sarah. Sesungguhnya ada getar dalam hatinya. Di yakini bahawa Farah hanya adik iparnya, namun hati tak mahu mengerti. Lama-kelamaan hatinya berbunga juga cinta untuk gadis bernama Farah. Tapi ego mengatasi segalanya. Dia malu pada arwah isterinya, bila dirasakan kasihnya berpaling arah. Sekuat hati di tolak Farah dari hatinya.
Ternyata jodoh bukan sesuatu yang boleh ditentukan. Ada jodoh antara mereka. Biarpun pada mulanya berlandaskan wasiat semata, namun kasih bersemi akhirnya. Dugaan melanda lagik, memaksa Farah membawa diri. Jauh di tinggalkan Lukman dan Zahin. Jauh mengubat hati yang terluka.
Lukman menyedari keterlanjuran diri. Di pujuk Farah. Namun kekerasan hati Farah tidak mampu dilentur dengan airmata Lukman dan Zahin. Sehinggalah terjadinya suatu kejadian yang memaksa Farah kembali ke tanahair.
Farah pasrah. Anak yang dikandungnya lemas dalam kandungan. Farah menyalahkan Lukman atas apa yang terjadi. Akhirnya dia sedar apa yang berlaku adalah ketentuan Tuhan. Dia redha menerima namun untuk menerima Lukman dalam hidupnya adalah suatu yang amat mustahil.
Lukman berusaha bersungguh-sungguh untuk menawan hati Farah semula. Bermacam-macam cara dilakukan sehingga Farah tidak berdaya untuk menolak Lukman mentelah masih menebal rasa cinta pada suaminya itu dan akhirnya mereka sepakat untuk membina kehidupan baru dengan lebih bahagia.
Penulis : Aisya Sofea
Terbitan : Alaf 21
Point : 5/5
2 comments:
mcm mana nk bli novel ini ye?
cuba tanya kat book store yang besar-besar .. mungkin ada stok lagi .. buku ni dah lama terbitannya .. atau .. saudari Nur Wanny boleh email kat alaf21 .. tanya kalau2 diaorang ada simpan stok novel ni lagik kan ..
Post a Comment