Monday, April 30, 2012

Sinopsis Novel 'Yang Terindah - Anis Ayuni'

Novel yang sesuai dijadikan koleksi .. gaya bahasa dan jalan cerita yang mudah difahami ... ianya seperti sebuah diari catatan perjalanan hidup watak utamanya, Elly ... gaya bahasanya membuatkan kita menyelami perasaan dan kehidupan Elly .. seperti kita yang merasai setiap insiden-insiden yang berlaku pada Elly .. wahhhh .. sampai macam tu sekali ... dasyatnya penangan novel Yang Terindah karya Anis Ayuni ni .. jadi, jom layan sinopsis novel Yang Terindah ni ...

" Malam menjadi siang ... bila hati kita bersatu "


Sinopsis oleh : aznanie

Elly Farhana, gadis yang tidak pernah merasai kasih sayang seorang ayah. Dibesarkan oleh mama dan atuknya di sebuah Estet Bukit Beringin. Keadaan hidup yang serba kekurangan itu membuatkan dirinya berasa rendah diri.

Pada Tuan Zufri di tumpahkah kasih sayang. Menganggap Tuan Zufri sebagai ayahnya. Tuan Zufri yang sentiasa menghulurkan bantuan kepada keluarganya. Di tambah dengan hubungan rapat antara anak-anak Tuan Zufri dengannya.

Luahan hati Zahari, anak Tuan Zufri yang telah dianggap abang olehnya membuatkan kehidupanya mulai berubah. Elly tidak pernah menyangka yang Zahari menyimpan perasaan padanya. Sebenarnya dia keliru. Adakah hubungan mereka sekadar teman biasa atau sebaliknya. Di imbas kembali detik-detik manis bersama Zahari. Barulah Elly sedar yang selama ini perasaannya bukan sekadar kawan biasa bersama Zahari. Terselit perasaan indah yang di luar sedarnya. Namun, kesedarannya terlewat tiba.

Kehadiran Dr. Hazlin meremukkan hati Elly yang semakin yakin dengan perasaannya. Mahukan Zahari menerima dirinya setelah cinta lelaki ditolak pergi. Mampukah dia merebut kembali Zahari dari Dr.Hazlin yang ternyata lebih sempurna berbanding dirinya. Elly kesal dengan sikapnya yang terburu-buru membuat keputusan. Akhirnya, mereka terpisah oleh keadaan.

Pertemuan kembali Elly bersama Zahari menimbukan kesedihan dalam dirinya. Sayu hati melihat jejaka idamannya bukan miliknya lagi. Tapi semua itu hanya andainya sahaja sedangkan di hati Zahari hanya ada Elly seorang. Tiada yang lain. Pengakuan Zahari melegakan hatinya. Dan tanpa berselindung, Elly berterus-terang tentang perasaannya. Huluran kasihnya disambut penuh bahagia oleh Zahari.

Mereka disatukan dalam suasana yang meriah namun terselit jua rasa terkilan kerana tidak dapat bertemu dengan ayah kandungnya. Puas di cari apabila mengetahui yang ayah kandungnya masih hidup lagi. Tapi takdir belum mahu menemukan mereka. Akhirnya, pencarian Elly terhenti apabila ayah kandungnya datang menyerah diri. Bagai tidak percaya apabila mengetahui yang ayah kandungnya adalah orang yang dikenalinya. Orang yang pernah rapat dengannya.

Pada mulanya agak sukar Elly mahu menerima kehadiran ayah kandungnya. Namun akhirnya, Elly dapat menerima penjelasan ayahnya tentang kehilangan dirinya. Mentelah mamanya sendiri tidak mendendami ayahnya. Penerimaan Elly disambut baik oleh semua pihak. Bersatu dalam sebuah keluarga yang bahagia. Tamat ...

Penulis : Anis Ayuni
Terbitan : Alaf 21
Point : 5/5

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...