Sunday, April 22, 2012

Sinopsis Novel 'Kasih Yang Suci - Meen Zulaikha'

Novel Kasih Yang Suci ni adalah karya Meen Zulaikha ... TV3 pernah tayangkan drama berdasarkan novel ni yang telah diubah tajuknya kepada Nora Elena ... mengikut nama heroin dalam novel ni ... popular tu cite Nora Elena .. rating tinggi ... best jalan citenya .. sama best dengan membaca novelnya ... tapi pada aku baca novelnya beri satu kepuasan yang lebih maksima dari tengok cite kat tv .. sapa setuju???? hehe ... jom layan sinopsis novel Kasih Yang Suci yang di olah oleh aku sinopsisnya ...

" Seputih harapan ku dambakan memagari rindu yang membiru "

Sinopsis oleh : aznanie

Nora Elena hanya inginkan bahagia dalam hidupnya. Kasih suci yang harap berkekalan dari Saiful Idham punah di tengah jalan. Semuanya kerana tragedi sepuluh tahun dulu. Rahsia yang disorokkan dari pengetahuan tunang kesayangannya akhirnya terbongkar jua. Saiful Idham meninggalkannya tanpa sempat mendengar penjelasannya. Tentang kebenaran yang dirinya dinodai tanpa relanya. Kesuciannya diragut di usia remaja. Di saat dia tidak mengerti apa-apa.
Nora Elena serba salah. Kesungguhan Seth Tan menawarkan diri untuk menjadi suaminya amat mengejutkannya. Sungguh pun dia amat perlukan seseorang untuk menjadi penganti pengantin lelaki yang melarikan diri di saat semua persiapan kenduri sudah dimulai. Mahu tak mahu Nora Elena terpaksa menerima Seth Tan sebagai suaminya.

Seth Tan bersyukur kerana doanya dimakbulkan. Sepuluh tahun dia cuba menjejaki Nora Elena. Penantiannya tidak sia-sia. Akhirnya dia dapat memiliki Nora Elena. Gadis yang dicintai dalam diam. Cinta pandang pertamanya. Walaupun dia tahu Nora Elena tidak mencintai dirinya tapi dia akan berusaha untuk memikat hati Nora Elena.

Akhirnya, rahsia yang disimpan Seth Tan terbongkar jua. Rupanya dialah lelaki durjana yang merampas mahkota miliknya dulu. Menodainya kerana kasihnya yang suci. Dirinya mahu memiliki Nora Elena. Tidak tega melihat gadis itu dimiliki lelaki lain. Tahap kebencian Nora Elena sampai kekemuncaknya namun apakan dayanya Seth Tan adalah suaminya kini. Dia pasrah dengan takdirnya.

Di amati keperibadian dan sikap suaminya yang sentiasa bertolak ansur melayan kerenahnya akhirnya dalam diam dia mengakui yang Seth Tan memang lelaki yang ditakdirkan untuknya. Cintanya berputik jua untuk lelaki yang bergelar suami itu. Nora Elena redha dan rela menerima cinta Seth Tan. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki inilah syurganya di akhirat nanti. Tamat ...

Penulis : Meen Zulaikha
Terbitan : Alaf 21
Point : 5/5
Penulis novel Kasih Yang Suci, Meen Zulaikha (bertudung) bersama heroin cite Nora Elena, Siti Saleha ...

* Novel ni cetakan pertama dia tahun 2007 ... aku baca novel ni 1 hari jek ... jalan cite yang memang menarik .. baca sampai tak leh lepas sebelum habis ... best sangat ... sian Nora ... terdera mentalnya ... dah mengandung baru tau orang yang memperkosa dia suami dia sendiri .. si Seth tu cop dulu .. tak bagi orang lain amik ... hahaha ... buleh gitu .. mungkin rasa cinta yang begitu menebal di jiwa dia yang membuatkan dirinya bertindak begitu .. tak bolehlah cam tu ... cinta sekali pun perbuatan tu di larang dalam islam .. mungkin sebab Seth ni bukan beragama islam jadi dia tak tau la kottt .. gituuuu ker???? .. hehe .. apa pun novel ni best ... tak rugi beli .. leh buat koleksi dan diulang baca ... baca berkali-kali pun tak pe .. siapa nak marah ... kannnnn???? hehe

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...