Sunday, April 01, 2012

Resepi Puding Kastard Berkuah

Semalam kawan ku, Saripah Comel .. bagi semangkuk puding berkuah .. wahhh .. lama tak makan puding berkuah  .. last makan masa birthday Ayen bulan 2 ari tu ... di sebabkan rasa tak puas makan .. anak-anak request  nak makan lagi ... aku pun nak makan lagi yang sebenarnya .. hehe .. so .. hari ni .. buat lah puding berkuah ni .. jom layan resepi puding kastard berkuah ..
Puding kastard berkuah .... yang dibuat by aku .. hehe

Puding Kastard Berkuah

Puding Kastard
Bahan-bahan:
Tepung kastard
Susu cair
Gula
Jagung krim
Air sebanyak yang diperlukan
Garam secukup rasa

Cara membuat :
Tepung kastard di masukkan dalam periuk
Masukkan juga susu cair, gula, garam sedikit
Kacau semua bahan sehingga sebati
Masukkan jagung krim dan kacau lagi
Bukak api perlahan, letak periuk tadi di atasnya
Kacau hingga menjadi likat, pekat dan berkilat
Angkat dan masukkan dalam loyang atau acuan
Biarkan sejuk sebelum di potong

Kuah Puding
Bahan-bahan :
Susu cair
Gula
Buah-buahan dalam tin (samada koktail buah campuran atau laici atau longan - terpulang)
Air secukupnya
Garam sedikit
Tepung kastard - sedikit sahaja

Cara membuat :
Masukkan semua bahan kecuali buah-buahan
Kacau hingga sebati
Bukak api perlahan, letakkan periuk tadi di atasnya
Kacau-kacaukan sehingga semua bahan sebati
Angkat dan sejukkan
Dah sejuk, baru masukkan buah-buahan dan simpan dalam peti sejuk ...
*Puding ni sedap dimakan ketika sejuk .. kalau letak ais pun buleh tapi ais kan merubah stuktur kuah

Puding kastard berkuah - fokus dekat sikit ... ni puding yg diberi oleh kawan ku, Saripah Comel .. thanks yer ...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...