Tuesday, April 17, 2012

Sinopsis Novel 'Seindah Memori - Ilani Mysara'

Beli novel ni tahun 2005 .. hari ni baru nak buat sinopsis .. hehe .. bukan apa .. baru bersemangat nak buat sinopsis novel ... sebab nak buat sinopsis novel ni perlukan masa dan persediaan .. bukan leh main boh jek .. kena faham jalan cite dulu baru leh tulis .. karang kalau hentam keromo jek, baik salin jek yang kat belakang novel tu .. tak yah pening-pening kepala nak mengarang ayat .. hehe ... bukan senang tau dari satu novel yang bermuka-muka surat tu nak jadikan cite pendek ... ewahhh .. gituuuu .. layan jek la sinopsis novel Seindah Memori ni ...

"Debunga cinta masih mewangi di rimba hati ku yang sepi tak bertepi"

Sinopsis oleh : aznanie

Dayang merelakan Badri menikahi Tipah, kawan baiknya sendiri. Meskipun dia tahu Badri. Tapi sudah tertulis tiada jodoh antara mereka. Badri terpaksa menurut kemahuan Dayang. Hatinya luka parah dengan keputusan Dayang. Sanggup diputuskan pertunangannya dengan Siti kerana kasihnya pada Dayang namun hati Dayang sekeras batu. Dayang tetap menolak dirinya. Akhirnya, Badri pasrah. Janjinya untuk bahagia bersama Tipah bukan mainan. Demi cinta dan kasihnya pada Dayang, dia rela menurut apa sahaja permintaan Dayang.

Kehadiran Iqbal menyentuh hati wanitanya. Namun, perbezaan darjat antara mereka tidak memungkinkan mereka bersama. Walau Iqbal bersungguh mempamerkan rasa hatinya. Dayang tetap keras menolak hasrat Iqbal. Penolakan yang melukakan perasaannya jua. Dayang tetap percayakan pepatah, pipit dan enggang manakan buleh terbang bersama. Dirinya ibarat pipit yang terbang rendah, manakala Iqbal ibarat enggang yang megah terbang membelah angkasa. Mentelah Ustazah Halimah amat pentingkan darjat dan keturunan Syed / Sharifah.

Musim perpisahan tiba jua. 3 tahun syarat ditetapkan keluarga Iqbal sebagai tempoh untuk menerima Dayang dalam hidup keluarga mereka. 3 tahun Dayang dan Iqbal tidak boleh bertemu. Setelah 3 tahun barulah Dayang akan dibawa ke Mesir untuk diperkenalkan kepada seluruh keluarga Iqbal. Dayang pasrah. Berpisah tatkala cinta mulai mekar di hatinya. Iqbal tertekan namun itu takdir percintaan mereka. Iqbal hanya meminta Dayang bersabar dan berjanji akan menunggunya.

Dugaan datang menimpa. Dayang diperkosa oleh Badar, adik Badri. Badri mahu bertanggungjawab tapi Dayang menolaknya. Dayang nekad melarikan diri dari kampungnya. Ayah angkat Dayang, Bak Man telah meninggal dunia akibat merana kerana kehilangan Dayang.

Di rumah Pak Dolah, Dayang berkelana. Bekerja di rumah Tuan Bahaman. Namun, Iskmal harus dijauhi. Lelaki ini tidak menyenangi wanita. Kerna dia ada sejarah pahit dengan kaum yang satu itu.

Kehadiran Dayang dihidu jua oleh Iskmal. Berang Iskmal bila diberitau yang Dayang bekerja di ladang ibunya, Puan Normah. Diarahkan Dayang diberhentikan kerja. Pak Dolah yang kecut melihat kemarahan Iskmal hanya menurut. Tapi perasaan perikemanusiaan Pak Dolah tidak sampai hati mahu memberitahu perkara itu pada Dayang mentelah luka di tangan Dayang masih belum sembuh akibat terkena parang semasa mahu menolong Iskmal.

Rahsia Dayang masih bekerja di ladang Tuan Bahaman terbongkar. Iskmal terjumpa Dayang sedang memegang dompet kepunyaannya di rumah Pak Dolah. Iskmal menuduh Dayang mencuri dompetnya. Teruk Dayang dibelasah dan dihinanya. Dayang melarikan diri lagi pada keesokkan harinya. Iskmal yang terpukul dengan penjelasan Pak Dolah berasa bersalah. Dia tidak tahu yang Dayanglah yang telah menolongnya semasa dia tertusuk anak pokok dahulu.

Perubahan diri Iskmal mengembirakan hati ibu bapanya. Iskmal yang pemarah dulu telah bertukar menjadi tenang. Mulai megenal tikar sembahyang. Dia jugak mengajak pak Dolah mencari Dayang. Mereka kerumah ibu bapa Dayang dikampung tapi hampa. Dayang tidak pulang ke kampung. Iskmal buntu. Ke mana lagi mahu di cari Dayang.

Dayang menuju ke Bagan Serai. Itulah destinasi terakhirnya. Bila mendapat tahu yang Iqbal ada balik ke Bagan Serai, Dayang bagai orang gila. Terus meredah malam dengan keadaan yang tidak bermaya. Dan tanpa diduga dia di langgar kenderaan. Dan akibat dari kemalangan itu, kaki kirinya telah dipotong. Beban deritanya semakin menghiris hati. Tapi dia tahu. Dia harus terima dugaan ini dengan hati yang tabah dan ikhlas.

Malam pernikahan Badri bersama Tipah amat meriah. Dayang ingin menyaksikan hari bersejarah Badri tapi malang menimpanya. Dayang terjatuh dari tangga. Dia tidak mampu mengawal badannya kerana kakinya masih belum sembuh sepenuhnya. Dayang disahkan meninggal dunia akibat dari kejadian itu.

Iqbal hanya mendapat tahu setelah seminggu pemergian Dayang. Dirinya bagai berada di awang-awangan. Tapi dia redha menerima ketentuan Ilahi. Senaskah Al-Quran lambang cinta mereka akan di simpan sebagai sejarah cintanya. Tamat ...

Penulis : Ilani Mysara
Terbitan : Alaf 21
Point : 5/5

* Kisah cinta yang sungguh tragis ... banyak halangan dan dugaannya .. tapi akhirnya Dayang pergi membawa cinta yang tidak kesampaian ... sedih sangat ... mood sedih jek lepas baca novel ni .. hehe .. emo pulak .. kena baca novel ni kalau nak tahu dengan lebih real lagi penderitaan yang di alami Dayang ...  

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...