#KenangKembali
#17082020
#HospitalSultanIsmailJB
#MagnesiumSuphate
#InjectionTestosteroneEnanthate
#HidupDenganUbat
#DoakanKesembuhanAnakKu
#MasihPKPP
#JagaJarak
#KitaJagaKita
Ni kali ke 2 amik ubat anak sulung ku ... masa temujanji kat HKL bulan 6 aritu, doktor tambah ubat lagi ... sebelum ni makan 2 jenis ubat .. by pos jek .. senang ... ubat kali ni tak leh pos pulak ... kena amik kat hospital .. hospital terdekat kat HSI ni lah ... dekat pun 2 jam jugak dari rumah huhu ... demi anak apa jek akan ku lakukan ... yang penting anak ku sihat .. jika sudah takdirnya hidup dengan makan ubat, kami redha ... ku pohon kepada semua pembaca blog ku ini mendoakan kesihatan dan kesembuhan anak ku ini .. terima kasih
Ni lah ubat tambahan yang doktor HKL suh makan ... sejenis garam yang dinamakan Magnesium Suphate ... masa kat HKL ritu dapat yang air .. kat HSI ni dia bagi jenis serbuk .. kena bancuh sendiri ... 1 peket ada 3gram ... bancuh dengan 10ml air .. makan cuma 9ml sahaja .. yang bakinya kena buang ... haaa gitu cara makannya ... 1 hari kena bancuh 3 kali ... harap-harap makan ubat ni tak lama .. dan harap-harap badan dia boleh hasilkan garam magnesium ni sendiri tanpa bantuan .. aamiin
Yang ni pulak, ubat untuk injection ... nama dia Testosterone Enanthate ... untuk hormon ... masa temujanji kat HKL ritu, doktor mintak injek ubat ni ... untuk 4 bulan jek ... jadi amik ubat kat HSI la .. ubat tak leh pos ... amik ubat jek kat HSI .. pastu mintak klinik kesihatan tolong injekkan .. kat bontot .. haha ... kebas bontot kata bujang ku ... hahaha
Doktor kata ubat ni untuk hormon dalam tulang ... ritu buat xray tulang kat HKL .. doktor kata tulang dia tak kuat .. rapuh la senang kata ... jadi masukkan ubat ni untuk aktifkan sel tulang ... semoga ada penambahbaikkan lepas amik ubat tu ... dan semoga tulangnya jadi keras lepas ini .. aamiin
Ni ubat yang sudah dimakan bertaun-taun lamanya .. yang kuning tu namanya Potassium Chloride ... sejenis garam dalam darah ... badan dia tak dapat hasilkan garam sediri ... jadi kena bantuan ... start makan ubat ni dari taun 2004 lagi ... dulu jenis air ... tapi dia tak tahan .. rasanya sangat tak sedap dan lekat kat tekak ... so mintak doktor tukar yang tablet pulak ... walaupun doktor rasa ubat ni tak hadam dan keluar bersama najis tapi tak leh buat apa-apa .. terpaksa teruskan jugak ... semoga dia kuat ya
Yang lagi 1 jenis tu .. yang kala oren tu ... start makan taun 2017 bila doktor sahkan dia menghidap Neurofibromatosis Type 1 ... ubat ni adalah ubat tahan sakit jek ... bila kebas dan sakit berdenyut kat kaki, tangan, belakang badan dan tengkok dia ... doktor tetapkan 3 biji untuk 1 hari ... jadi bujang ku makan sebab dia takut sakit .. jadi dia makan ikut aturan .. bukan sakit baru makan .. kadang-kadang tengah tido pun dia rasa sakit ... solutionnya dia tampal koyok atau sapu yoko yoko dekat tempat yang sakit tu ... kurang sikit kata dia dan boleh la tido ... semoga kuat anak ku .. aamiin
Ubat ni tak perlu amik kat spital ... by pos jek ... bayaran rm 5.30 sahaja poslaju ... tapi masa PKP ritu free jek tak kena bayar pun ... alhamdulilah ... terima kasih poslaju .. hehe
0 comments:
Post a Comment