Sunday, March 02, 2014

Sinopsis Cerekarama Potret Duka

 Cerekarama time ... tengok ngan anak-anak ... si kecik Zara tak mau tido ... kemaruk nak main .. maklum baru ligat bergerak ... si abang Aisy kesakitan jatuh basikal petangnya ... melecet tangan ... just cuci ngan letak ubat sendiri aje .. tak gi klinik pun ... mama leh jadi nurse ... hehe ... ok .. berbalik pada cerekarama ... kisah seorang gadis yang menghidap HIV positif ... dah nak kahwin baru dia cakap kat lelaki tu dia ada penyakit tu ... memula si lelaki terkejut tetapi bila tau macam mana si gadis dapat penyakit tu ... dia pasrah dan terima ... tapi sebenarnya si gadis tipu si lelaki ... haaaa ... apa yang terjadi bila si lelaki tau yang diri dia di tipu oleh si gadis tu ... jom layan sinopsis cerekarama Potret Duka aku ni ....

Cerekarama Potret Duka

Sinopsis oleh : aznanie

Kisah seorang gadis bernama Sarah. Sarah gadis kampung yang melanjutkan pelajarannya di luar negeri. Ayahnya, Haji Mustafa begitu bangga dengan anak gadisnya itu. Padanya, Sarah anak yang baik dan pandai menjaga diri.

Pertama kali memandang Sarah, hati Doktor Azreen sudah terpaut. Dia yakin yang Sarah jugak mempunyai perasaan yang sama dengannya walapun Sarah tidak mempamerkannya.

Doktor Azreen tidak mahu menunggu lama. Dia nekad untuk menyunting Sarah menjadi isterinya. Dia ke rumah Sarah dan memberitahu Haji Mustafa akan hajat di hatinya itu. Haji Mustafa tiada halangan dan Sarah jugak bersetuju.

Hasrat Doktor Azreen untuk memperkenalkan Sarah pada ibunya terbantut apabila ibunya bersikap dingin dan berlalu dari situ sebelum sempat Sarah diperkenalkan padanya.

Ibu Doktor Azreen itu seorang yang keras hatinya. Dia sanggup berpatah arang dengan anak sulungnya, Arif hanya kerana Arif berkahwin dengan pilihannya sendiri.

Sarah serba salah ingin berterus terang tentang dirinya pada Doktor Azreen. Akhirnya dia nekad. Sarah memberikan laporan perubatannya pada Doktor Azreen. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapat tahu yang Sarah menghidap HIV positif.

Penerimaan Doktor Azreen sudah dijangka oleh Sarah. Sarah pasrah menerimanya.

Tetapi sungguh tak diduga, Doktor Azreen akhirnya dapat menerima dan mahu meneruskan rancangannya untuk mengahwini Sarah. Sarah bersetuju setelah di pujuk oleh Doktor Azreen.
Ibu Doktor Azreen menyelongkar barang milik anaknya itu. Dia terjumpa diari milik Azreen dan membacanya.

Bila Azreen pulang, ibunya terus memarahinya. Azreen tidak menduga ibunya sanggup bertindak begitu. Sarah terdengar perbualan Azreen dengan ibunya itu. Dia meminta Azreen menimbangkan semula rancangannya itu tetapi Azreen tetap berkeras untuk meneruskannya jugak.

Ibu Azreen berusaha mencari bukti kejahatan Sarah. Dan akhirnya terbongkar rahsia Sarah apabila kawan ibu Azreen memberikan maklumat tentang bekas kekasih Sarah yang telah meninggal akibat penyakit Aids.
Azreen tidak mempercayainya. Dia menuduh ibunya sengaja mereka cerita agar dia tidak mengahwini Sarah.

Pagi itu Sarah muntah-muntah. Ayahnya mahu membawanya ke hospital. Sedang mereka bersiap-siap, ibu Azreen sampai. Dia memarahi Sarah dan meminta Sarah tidak lagi berjumpa dengan Azreen. Ibu Azreen tidak mahu pesakit HIV berkahwin dengan anaknya. Haji Mustafa bingung dengan kata-kata ibu Azreen itu. Dia tidak mengetahui akan penyakit anaknya.

Doktor Azreen tiba tidak lama kemudian. Dia cuba menenangkan ibunya tetapi pengakuan Sarah sungguh mengejutkannya. Rupanya Sarah mendapat HIV dari bekas teman lelakinya bukan dari pemindahan darah seperti yang diberitahunya kepada Azreen dulu.

Azreen tidak dapat menerima pembohongan yang dilakukan oleh Sarah. Azreen rasa betul-betul sakit dibohongi oleh Sarah. Maka berakhirlah hubungan mereka.

Haji Mustafa marah dengan apa yang berlaku. Dia sungguh tak sangka Sarah sanggup melakukan perkara begitu. Tetapi akhirnya Haji Mustafa mulai sedar. Dia sepatutnya tidak membuang Sarah disaat semua orang meninggalkan Sarah. Sebagai seorang bapa dia harus berada di belakang anaknya tak kira dalam keadaan apa sekali pun.

Azreen merayu pada ibunya agar menerima abangnya, Arif kembali. Dan akhirnya ibunya lembut hati dan menerima Arif sekeluarga.

Berita gembira itu dikongsi bersama dengan Sarah. Mereka memutuskan untuk menjadi sahabat sahaja. Sarah memulangkan cincin pemberian Azreen dahulu kerana tidak manis sekiranya dia masih menyimpannya.

3 tahun berlalu. Sarah mendalami ilmu agama untuk mencari ketenangan dan bertaubat pada yang Esa. Sarah memberikan Azreen potret yang dilukisnya dulu. Sebagai kenangan mereka pernah bersama menyulam cinta.
Sarah bersyukur kerana ayahnya sentiasa ada di sisinya di saat dia perlukan sokongan dari ayahnya itu. Tamat ...

Para Pelakon:
Kamal Adli sebagai Doktor Azreen
 Elfaeza Ul Haq sebagai Sarah

Ahmad Idham sebagai Arif
Shiela Mambo sebagai Ibu Azreen

Khairi Anwar sebagai Haji Mustafa

* Jalan cite menarik ... Cite pun simple ... Mudah paham .. Tak berbelit sangat .. Kisah pesakit HIV yang mahu mulakan hidup baru .. Jumpa lelaki yang mencintai diri dia ... Walaupun tahu ada HIV tapi terima jugak pinangan lelaki tu .. Dia sebenarnya lun cintakan lelaki tu .. Tak nak kehilangan cinta itu .. Sampai sanggup berbohong .. Tapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jugak .. Terbongkar rahsia .. Semua blah tinggalkan dia .. Ayah dia pun tak layan dia .. Sian dia .. Apa pun leh layan sampai abis cite ni .. Huuuuuu ... Jom layannnnn

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...