Thursday, December 26, 2013

Sinopsis Filem 'Bencinta'

Filem Bencinta yang di bintangi oleh Nora Danish selaku heroin ... Farid Kamil heronya ... dibantu oleh Qi Razali, Uqasha Senrose, Zalif Sidek, Angelina Tan dan ramai lagi pelakon yang hebat-hebat .... kisah rumah tangga ... kemelut rumahtangga apabila si suami berubah menjadi pembengis dan kaki pukul ... sanggup pukul isteri sendiri ... si isteri yang dipukul tanpa belas kasihan itu nekad melarikan diri dari suaminya ... lari dan lari ... akhirnya si isteri tak larat nak lari ... si isteri tekad berdepan dengan si suami yang bengis itu ... sebelum itu si isteri telah membuat persediaan sewajarnya ... bila dah bersedia baru si isteri berjumpa dengan si suami ... apa yang terjadi akhirnya ... jom layan sinopsis filem Bencinta yang di karang oleh aku ....



Sinopsis oleh : aznanie

Fathia, seorang gadis yang lemah lembut dan ceria. Bekerja di sebuah restoran sebagai pembantu chef. Suatu hari terjadi pertengkaran di restorannya dan Faizal menjadi hero bilamana dia menyelamatkan keadaan.

Setelah kejadian itu, hubungan Fathia dan Faizal menjadi rapat dan akhirnya mereka berkahwin dan dikurniakan seorang anak perempuan, Tiara.

Faizal yang baik dan penyayang berubah setelah 5 tahun usia perkahwinan mereka. Faizal berpoya-poya dengan perempuan lain di belakang Fathia. Apabila rahsianya terbongkar, Fathia di belasah semahu-mahunya.

 Tidak tahan dengan sikap dan perangai Faizal, Fathia melarikan diri bersama anaknya, Tiara ke Pulau Langkawi. Fathia meminta pertolongan dari kawan lamanya, Shah. Shah yang masih menyimpan perasaan terhadap Fathia sudi membantu.

Malangnya Faizal dan orang-orangnya dapat mengesan di mana Fathia dan Tiara berada. Akibatnya Fathia terpaksa melarikan diri lagi dan keluar dari pulau itu. Dia dah tak tahan lagi melarikan diri jadi dengan bantuan kawannya, Remy, Fathia nekad belajar ilmu mempertahankan diri. Dia tidak mahu melarikan diri lagi. Dia mahu berdepan dengan Faizal. Dia mahu Faizal tahu yang dirinya bukan boneka yang senang-senang di perlakukan seperti binatang.

Bukan mudah untuk Fathia menguasai ilmu mempertahankan diri itu. Namun dengan semangat yang kental, jiwanya menjadi kuat dan tepu. Akhirnya dia berjaya menguasainya dan mencapai apa yang diingininya.

Fathia meminta Lia menjaga Tiara dan menelifon polis tepat pukul 10 malam. Dan meminta Lia menjaga Tiara sekiranya terjadi apa-apa pada dirinya malam itu.

Akhirnya Fathia bersemuka dengan Faizal di rumah mereka. Faizal yang memang dipenuhi dengan amarahnya mahu membelasah Fathia tetapi Fathia telah bersedia. Terjadi pergaduhan antara mereka. Fathia yang dipenuhi rasa dendam dan marah telah membelasah Faizal tanpa rasa belas kasihan sama seperti Faizal lakukan pada dirinya. Akhirnya, Faizal terbaring dengan dipenuhi kaca apabila Fathia menendangnya dan Faizal telah merempuh pintu kaca. Tangannya patah terkulai.

Sayup-sayup terdengar siren polis. Fathia mendekati Faizal dan meminta maaf di atas perbuatannya. Faizal jugak meminta maaf di atas sikap barannya dan membuatkan Fathia sengsara. Untuk terakhir kalinya, Fathia mencium tangan Faizal.

Setahun sudah berlalu, Fathia kini bahagia bersama suaminya, Shah. Kebaikan dan keperihatinan Shah membuka hatinya untuk menerima Shah dalam hidupnya. Tiara juga dapat menerima Shah sebagai ayahnya. Fathia kini mengandungkan anak keduanya bersama Shah. Mereka hidup bahagia hingga ke akhirnya. Tamat ....

Para pelakon :
Nora Danish sebagai Fathia
Farid Kamil sebagai Faizal
Qi Razali sebagai Shah
Zalif Sidek sebagai Remy
Uqasha Senrose sebagai Lia
Angelina Tan sebagai madam

Arahan : Eyra Rahman

* cite yang ringkas tapi menarik ... jalan cite yang ringkas ... tak belit-belit ... walau nampak cam tak berapa nak logik ... hehe ... tapi cam ada sikit-sikit cam cite Aku bukan Bidadari yang ditayangkan kat tv3 dulu ... hehe ... sikit jek la ... bab dia belajar ilmu mempertahankan diri sebab nak lindungi diri dari suami dia ... aku suka bila tengok Fathia belasah si Faizal tu ... padan muka ... jahat sangat ... tapi si Fathia kena teruk jugak ... kena pijak la ... kena hantuk kat meja la ... kena hantuk kat dinding la ... mau patah riuk tulang dibuatnya ... hahahaha ... layannnnn .... 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...