Friday, November 01, 2013

Sinopsis Cerekarama Kasih Syafiqa



Sinopsis oleh : aznanie

Pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya. Kasih Syafiqa pada anaknya Hurairah atau nama panggilannya Rai tidak terpadam walaupun anaknya itu dimasukkan ke dalam penjara atas kesilapan yang tidak dirancang olehnya. Kerana terlalu cintakan Damia, Rai sanggup melakukan apa sahaja asalkan Damia berasa gembira.

Suatu hari, Rai telah membelasah rakan sekolejnya sehingga lumpuh hanya gara-gara termakan hasutan Damia. Akibat dari perbuatannya itu, Rai dimasukkan ke dalam penjara dan dihukum penjara selama beberapa tahun.

Syafiqa tidak pernah mengabaikan Rai. Malah Syafiqa menyuntik semangat supaya Rai terus kuat dan tidak mudah putus asa.

Pertemuan dengan Jamhari menguatkan lagi semangatnya. Dia mahu mengikut jejak langkah Jamhari yang sanggup belajar lagi untuk memdapatkan pembelaan buat anaknya yang didalam penjara. Jamhari yang menyarankan agar Syafiqa mengambil kelas bagi mengantikan anaknya, Rai.

Dasuki menjejaki Syafiqa kembali. Kekasih lamanya. Ternyata Syafiqa juga masih menaruh kasih pada Dasuki tetapi mengenangkan keadaan Rai yang harus di utamakan, Syafiqa ketepikan perasaannya. Apalagi bila dia melihat Dasuki tidak menunjukkan perasaan untuk bersama menyuntik semangat dan memberi harapan pada masa hadapan Rai.

Dasuki marah pada Jamhari. Padanya Jamhari adalah orang ketiga antaranya dengan Syafiqa tetapi Jamhari menerangkan yang dirinya sudah beristeri dan mempunyai keluarga. Jamhari menasihati Dasuki supaya jujur pada dirinya sendiri dan renungkan apa sebenarnya yang dia mahukan dari Syafiqa.

Syafiqa mahu berbicara dengan Damia. Tetapi sikap Damia yang kurang ajar itu tidak dapat diterima oleh Syafiqa. Damia tidak mahu Syafiqa rapat dengannya. Dia tidak mahu Syafiqa tahu kegiatannya selama ini. Damia sebenarnya pengedar pil exstacy. Dia tidak takut menjual bahan terlarang itu di kolej mereka.

Rai yang pada mulanya tidak mahu mendengar nasihat ibunya akhirnya lembut hati. Dia mulai mengulang kaji pelajaran di dalam penjara. Sokongan dari kawan-kawannya membuatkan dirinya terharu.

Akhirnya, Rai dan Syafiqa berjaya menamatkan pengajian mereka dan memperolehi segulung ijazah. Rai bersyukur kerana di kurniakan seorang ibu yang sanggup bersusah payah untuk dirinya. Dan pengorbanan ibunya tidak akan disia-siakannya.

Damia di tangkap oleh pihak berkuasa bersama barangan dagangannya dan dijatuhi hukuman.

Tamat ...

Para pelakon :
Vanidah Imran sebagai Syafiqa
Syafie Naswip sebagai Hurairah
Rushdi Ramli sebagai Jamhari
Esma Daniel sebagai Dasuki

* Touching tengok kesungguhan seorang ibu membela nasib si anak ... di saat dia kabur kawan dia, suraya cakap kat dia ... dia kena kuat ... dia kena tumpukan perhatian dia pada anak dia ... dia kena pastikan masa depan anaknya tidak gelap walaupun anak dia bekas banduan ... sejak tu dia berusaha ... tumpuan dia cuma pada anak dia aje ... bekas pak we datang menagih kasih pun dia tak hirau ... haha ... padan muka si Dasuki tu ... ada ke patut dia cakap biarkan aje la si Rai tu dalam penjara ... biar dia jalani hukuman dalam penjara tu ... menyirap ler si Syafiqa tu ... terus kena reject .... hahaha ... layannnnn



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...